Gelanggang politik kampus UiTM bakal dihangatkan dalam masa
terdekat. Maka, sebelum barisan kepimpinan mahasiswa bertukar, elok lah kita
mengkaji akan sejarah politik kampus di UiTM. Penulis pasti ramai mahasiswa
yang masih kabur akan rentak politik kampus di UiTM kerana UiTM ini special sikit
daripada institusi pengajian tinggi yang lain.
Apa yang special pasal UiTM?
Nah, penulis bawa kembali
memori beberapa PRK sebelum ini yang mencatat pelbagai emosi dalam sesi perlantikan
Majlis Perwakilan Pelajar. Penulis bersetuju dengan pandangan mahasiswa luar
bahawa UiTM tidak menunjukkan kesamaan dalam aktiviti politik kampus berikutan
kekebalan Akta 174 yang melarang kebebasan mahasiswa bersuara dan berprogram sepertimana
yang dilakukan oleh mahasiswa universiti lain.
Kadang UiTM dilabel sebagai tertutup dan kurang berdaya
saing berikutan arena politik kampus yang hambar dan kurang menarik. Mengapa
terjadinya sebegini? Jika difikirkan semula, UiTM merupakan institusi pengajian
yang paling besar kerana mempunyai cawangan di setiap negeri dan menyalurkan
ramai graduan yang bertaraf antarabangsa dan berkualiti. Namun mengapa dalam
aktiviti melatih kepimpinan pelajar melalui platform Pilihan Raya Kampus, UiTM
agak terkebelakang berbanding institusi pengajian tinggi yang lain? Ini
merupakan satu persoalan penting yang perlu difikirkan oleh seluruh warga UiTM.
Hal ini kerana gelombang kematangan suara mahasiswa sudah
meliputi keseluruhan institusi pengajian tinggi yang lain dan membuat UiTM agak
terpulau dengan sendirinya berikutan sifat mahasiswa UiTM yang kurang memberi
saingan setelah sekian lama didoktrinkan bahawa aktiviti politik adalah
dilarang dalam kampus.
Headlines dan paparan seperti ini menimbulkan kekeliruan
dalam kalangan mahasiswa kerana kita sedia maklum bahawa Pro-M dan Pro-A tidak
wujud dalam UiTM. (Mungkin kalau wujud pun, disebalik tabir) Tapi ini lah yang
menyulitkan keadaan apabila mahasiswa merasakan politik kampus UiTM terlalu
hambar dan memilih jalan untuk tidak menyertainya kerana tidak yakin akan
platform yang menyuarakan hak-hak pelajar kepada pengurusan ini dan bimbang
ditipu lagi oleh pihak pengurusan yang diakhir pemilihan tiba-tiba mengeluarkan
statement bersifat kepartian sedangkan pada kempen dan pengundian tiada.
Namun adakah dengan tindakan begini, keuntungannya akan
sampai kepada mahasiswa? Jika mahasiswa merasakan situasi hambar pada politik kampus
UiTM, bukankah mahasiswa itu sendiri wajar menghidupkannya? Majlis Perwakilan
Pelajar adalah satu entiti yang amat penting bagi mahasiswa kerana ia
satu-satunya pertubuhan yang disertai oleh mahasiswa sendiri dan mengelola
perkara-perkara berkaitan dengan mahasiswa dari perspektif mahasiswa. Ia
bertindak sebagai orang tengah antara HEP dan mahasiswa secara tidak
lansungnya. Mahasiswa harus sedar bahawa MPP banyak memainkan peranan dalam
meningkatkan kualiti hubungan mahasiswa dan pihak atasan. Walaupun banyak
kerja-kerja belakang tabir yang tidak terlihat pada pandangan mahasiswa, namun
ia tidak bermakna mereka hanya duduk goyang kaki tanpa mencuba menjadi pemimpin
pelajar yang baik.
Kalau nak disebut satu persatu pasti sakit hati orang yang
menuduh tanpa bukti itu bila membacanya. Namun, perlu diingat, demi memperkasa
dan memperbaiki sistem dan kebolehan MPP dalam menjalankan tugas, mahasiswa
tidak dapat tidak harus menyertai sistem PRK bagi menentukan hala tuju
kepimpinan mahasiswa itu sendiri. Tidak boleh mahasiswa yang mengerti akan
kewajipan memilih pemimpin menolak untuk memilih pemimpin atas alasan sistem
salah dan ‘tak jamin dapat buat kerja’. Sekiranya mahasiswa yang cakna dan
faham mengambil jalan untuk berlepas tangan daripada memilih, bagaimana bila
yang dinaikkan adalah mereka-mereka yang bacul dalam kepimpinan? Kemudian
mahasiswa akan menjadi pengkritik tanpa henti sahaja kah? Mengapa di awal pemilihan
tidak peduli dan selepas dipilih mula mencari-cari kesalahan? Ini kan politik
kampus yang mahasiswa canangkan?
Mungkin sudah tiba
masanya kanvas perjuangan mahasiswa dalam arena politik kampus diubah, sudah
terlalu usang dan lapuk kanvas lama yang merakam contengan emosi dan bukan
tindakan yang mencerminkan kematangan mahasiswa dalam mendepani konflik PRK
UiTM ini. Hala tuju lapangan PRK ini perlu disemak semula. Rujuklah PRK
kampus-kampus luar yang banyak menyajikan kematangan daripada kampus kita. Kita
masih terlalu jauh untuk disifatkan sebagai politik kampus yang matang dek
kerana permasalahan kesedaran mengundi pun masih tidak selesai. Ambillah contoh
yang baik, bukannya yang sebaliknya.
Mahasiswa, anda sendiri punya hak menentukan kepimpinan
anda. Jangan biarkan hak itu disalah guna oleh pihak-pihak berkepentingan.
"Pilihanraya
kampus sepatutnya dimeriahkan dengan debat dan wacana ilmiah dua hala
bagi mengukur kekuatan ilmu, idealisme dan kematangan para
calon.Bukannya sekadar
kempen biasa, ucapan satu hala, edar risalah, gantung bendera serta
menjaga pagar kolej kediaman. Jika budaya ini tidak berubah, kita tidak
boleh mengharapkan apa-apa dalam tempoh 10 tahun akan datang."
Semak semula ibrah dalam sirah pada zaman Rasulullah SAW
dahulu ketika baginda wafat, hinggakan waktu untuk pengebumian terpaksa
ditangguh sebentar sebelum dikebumikan bagi melantik seseorang yang boleh
memikul tanggungjawab sebagai khalifah. Daripada situ kita sudah dapat melihat
betapa penting pelantikan khalifah itu kepada masyarakat untuk melaksanakan
agenda seterusnya ke jalan yang benar.
“Dan
janganlah kamu menyembunyikan penyaksian, maka sesiapa yang menyembunyikan
penyaksian sesungguhnya ia berdosa akan hatinya” (Surah Al-Baqarah pada ayat
283), Tafsir Al-Manar - PILIHANRAYA DAN HUKUM MENGUNDI
Renung-renungkan lah
Buat mereka yang sibuk menghasut agar mahasiswa menidakkan
proses ini, lihatlah betapa sebenarnya kalian telah mengajak mahasiswa untuk terjun
dalam kezaliman.
-Sertai kami dalam mengubah kanvas perjuangan mahasiswa-
team GMM
0 comments:
Post a Comment