Pada 23 Mei 2014, merupakan satu hari kemenangan kepada mahasiswa UiTM Sabah, iaitu saudara Fathihie, kerana beliau hanya diberi amaran terhadap kesemua pertuduhan yang dikenakan keatas beliau.
Admin tidaklah bermaksud memilih bulu dalam memperjuangkan nama-nama tertentu sahaja untuk dibela. akan tetapi, admin hanya menuntut hak keadilan terhadap pengurusan UiTM.
Contohnya, mengapa tidak pula dikenakan tindakan bila mana ada pula mahasiswa yang menunjukan sokongan mereka kepada mana-mana tindakan kerajaan barisan nasional? Sedangkan kalau diikutkan sama juga kes beliau dengan saudara Fathihie ini.
Admin pasti rakan-rakan GMM juga tahu ramai mahasiswa yang terang-terang menyatakan sokongan mereka kepada parti politik yang mereka pilih, namun mengapa adanya 'double standard' dalam layanan HEP kepada mahasiswa?
Selain itu, apa-apa sahaja diskusi matang dihalang, isu yang tidak sepatutnya dipolitikkan, dituduh ada kaitan dengan politik dan tidak dibenarkan dibawa dalam kampus. Admin sebenarnya kasihan sekali dengan situasi dalam kampus UiTM khususnya kerana bicara membuka minda susah sekali untuk kedengaran. Bukan mahu ikut-ikut orang, namun perhatikan Universiti Malaya, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Universiti Sains Islam Malaysia (SPMM USIM), Universiti Kebangsaan Malaysia dan IPT lain yang hebat dan lebih terbuka diskusi dan isu dalam kampusnya, tidak lah semata isu pertahan kedaulatan sahaja. Jika kita mahu menjaga IPT kesayangan kita ini, jaga lah juga budaya ilmu di dalamnya, jangan terlalu menyekat minda mahasiswa. Hidangkan bicara dan aktiviti yang membina pemikiran kritis mereka supaya hujah sayangkan UiTM tidak keras semata demi bangsa tapi atas dasar kefahaman dan sayangkan budaya ilmu yang baik dalam kampus yang kita sayang ini.
Apa Habaq Siswa" Program anjuran Pemuda Umno Kedah dimana program ini menghimpunkan mahasiswa Anak Kedah sekitar Lembah Klang. Disamping sesi ramah mesra, program ini turut menyaksikan perasmian
"Kelab Penyokong Universiti Barisan Nasional Kedah (BNKEDAH4U).
Admin pasti rakan-rakan GMM juga tahu ramai mahasiswa yang terang-terang menyatakan sokongan mereka kepada parti politik yang mereka pilih, namun mengapa adanya 'double standard' dalam layanan HEP kepada mahasiswa?
Selain itu, apa-apa sahaja diskusi matang dihalang, isu yang tidak sepatutnya dipolitikkan, dituduh ada kaitan dengan politik dan tidak dibenarkan dibawa dalam kampus. Admin sebenarnya kasihan sekali dengan situasi dalam kampus UiTM khususnya kerana bicara membuka minda susah sekali untuk kedengaran. Bukan mahu ikut-ikut orang, namun perhatikan Universiti Malaya, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Universiti Sains Islam Malaysia (SPMM USIM), Universiti Kebangsaan Malaysia dan IPT lain yang hebat dan lebih terbuka diskusi dan isu dalam kampusnya, tidak lah semata isu pertahan kedaulatan sahaja. Jika kita mahu menjaga IPT kesayangan kita ini, jaga lah juga budaya ilmu di dalamnya, jangan terlalu menyekat minda mahasiswa. Hidangkan bicara dan aktiviti yang membina pemikiran kritis mereka supaya hujah sayangkan UiTM tidak keras semata demi bangsa tapi atas dasar kefahaman dan sayangkan budaya ilmu yang baik dalam kampus yang kita sayang ini.
Admin hanya meninggalkan persoalan untuk difikirkan serta diteliti bersama. Kami tidak meminta IPTA yang kita sayang bersama ini untuk disentuh isu kedaulatannya namun apa yang kami mahu tampilkan adalah budaya ilmu yang disekat dalam kampus ini dan kerenah birokrasi yang memilih dalam tindakan.
Kami juga sayangkan UiTM seperti alumni dan mahasiswa lain, sebab itu kami pantulkan perkara ini. Kami pasti para Alumni juga mengharap bakal alumni yang akan menyertai mereka lebih mengerti akan kenapa mereka mempertahankan slogan 'UiTM dihatiku' itu. Bukan lah semata bangsa, tapi kerana kualiti universiti ini.
Kami ingin menjadi cerminan, yang akan membuatkan kita mengelokkan apa yang kurang.
GMM; Cakna Dunia Sebenar
Kami ingin menjadi cerminan, yang akan membuatkan kita mengelokkan apa yang kurang.
GMM; Cakna Dunia Sebenar
Mana demokrasi dalam GMM? nak dengar komen yang baik2 je. kritikan taknak siarkan? haish... berat sebelah..Dok cakap kerajaan je salah, kau punya kain rabak tak nampak??
ReplyDelete