Dua tiga kucing
berlari,
Mana nak sama si kucing belang,
Setiap hari bas di Uitm dinanti,
Tidak muncul jua ke manakah menghilang?
Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
A,B,C,D,E,G bas berlegar-berlegar,
Tidak muncul jua pelajar kelambatan.
Assalamualaikum. Hai, guys. Selamat
pulang dari cuti semester& selamat meneruskan perjalanan menuntut ilmu. Isu
kali ini adalah mengenai BAS. Ya, Oh! Our Bus.
sang merah yang menjadi rebutan mahasiswa
Isu
bas di UiTM masih tidak ada kesudahannya walaupun generasi kepimpinan MPP UiTM
telah bertukar tampuk pemerintahannya. Sejak dahulu lagi isu bas ini tidak
pernah selesai walaupun banyak aduan telah diadukan kepada barisan kepimpinan
MPP. Ternyata kesalahan tidak boleh diletakkan kepada mereka 100% tetapi perlu
wujud persefahaman dan komunikasi dengan pihak Bas Etika, UiTm dan Rapid Bas.
Admin
menerima banyak aduan daripada mahasiswa UiTM mengenai isu HOT ini. Mungkin nampak
simple tetapi sebenarnya tidak seringkas yang disangka. Antara aduan yang
diterima ialah bas lewat 30 minit, tiada bas di
perhentian bas pada waktu kelas/ waktu puncak, terlalu banyak Bas B (ke padang
kawad) dan lain-lain lagi. Situasi ini bertambah kritikal apabila tibanya
minggu konvokasyen di mana bas yang sedia kurang dan lambat bertambah lambat
menurut mahasiswa yang member aduan.
Bayangkan
bas yang ditunggu sepatutnya sampai tepat pada waktunya tetapi akhirnya tidak
muncul-muncul atau sangatlah lewat. Perkara ini akan menyebabkan mahasiswa
lambat tiba di kelas. Apabila sudah lambat, maka risiko untuk dimarahi
pensyarah sangatlah tinggi. Risiko untuk ketinggalan dalam pembelajaran juga
sudah terang lagi bersuluh.
Bagaimana
pula jika disebabkan bas lambat, maka mahasiswa-mahasiswa ini terlambat untuk menduduki test, kuiz dan sebagainya?
Sudah tentu kelewatan ini akan ‘effect’ markah mereka. Sudah tentu juga slogan
‘Mengubah Destini Anak Bangsa’ itu akan mengubah destini mahasiswa tersebut
daripada ingin menjadi mahasiswa bertaraf antarabangsa kepada mahasiswa yang
‘low class’. Hanya kerana bas. Isu yang nampak remeh tetapi akhirnya akan
merugikan UiTM sendiri dari sudut kualiti mahasiswa yang dihasilkan. Isu bas
ini juga sebenarnya mendidik mahasiswa tentang MASA.
GMM
bukanlah ingin mencari kesalahan sesiapa tetapi ingin mengutarakan suara &
hak mahasiswa UiTM yang majoritinya telah menghadapi masalah ini tetapi tidak
tahu medium untuk menyuarakan hak mereka. Di sini disediakan masalah dan cadangan
penyelesaian masalah tersebut. Harap pihak Bas Etika,
UiTM dan Rapid Bas memberi perhatian kepada perkara ini. Di mana ada permintaan, di situ perlu ada bas.
Sekiranya pihak Etika dan bas-bas lain mematuhi
jadual yang dicadangkan, insya-Allah masalah bas ini berjaya diselesaikan. Apabila
pemandu bas ini mematuhi jadual perjalanan, maka mahasiswa akan mengambil
inisiatif menunggu bas pada waktu-waktu demikian dan
isu kelewatan ke kelas tidak timbul lagi.
Demikianlah
perutusan admin GMM kali ini mengenai isu bas. Mahasiswa yang membaca artikel
ini, silalah share untuk kebaikan semua dan membuka mata pihak bertanggungjawab
supaya tidak memandang enteng isu seperti ini. Janganlah lepas baca biarkan
sahaja kerana setiap 1 share daripada anda akan membawa kebaikan buat ribuan
mahasiswa UiTM.
GMMprihatin
GMM; Cakna Dunia Sebenar
0 comments:
Post a Comment