Selamat Datang ke blog GMM

Siapa kami??Kamilah Gabungan Mahasiswa Merdeka!

UiTM Seluruh Malaysia

Bersatu demi MATLAMAT yang SAMA. BUKA MATA BUKA HATI.

Perjuangan tidak berhenti disini

Demi masa depan anak-anak kami kelak, kami akan BERSATU memperjuangkan HAK kami.

Siapa kami?

Kamilah Gabungan Mahasiswa Merdeka

FREEDOM!!

HAK kita semua

jom sembang-sembang....



GMM : UiTM dihatiku dulu...kini dan selamanya....

PUTERI UMNO menerjah UiTM SHAH ALAM



“UiTM dengan kerjasama Puteri UMNO akan mengadakan Bengkel dan
Pelancaran Skuad VOQUE Puteri UMNO Malaysia pada 31 Julai hingga 1 Ogos 2010. Sehubungan dengan itu Kolej mawar telah dipilih untuk menempatkan peserta Puteri UMNO seramai 700 orang....”

Memo yang dikeluarkan kepada mahasiswi kolej Mawar dengan terang lagi bersuluh mewarwarkan kedatangan gelombang merah jambu menerjah atmosfera UiTM.

Program yang bertemakan "Voluntary For Everyone" ini mula menjadi persoalan adakah program ini semata-mata berorientasikan sukarelawan atau ada agenda tersembunyi lain untuk kepentingan UMNO????Voluntary For Everyone or Voluntary For UMNO???

Jika sebelum ini, mahasiswa mahasiswi sering diingatkan supaya patuh dan taat kepada AKTA 174 AKTA INSTITUSI-INSTITUSI PELAJARAN (TATATERTIB) 1976. Tetapi dengan kehadiran Puteri UMNO ini sebenarnya telah mendedahkan pekung pentadbiran UiTM yang telah mencabuli AKTA 174 itu sendiri.

Perkara 10 (3) :
“Tiada sesiapa jua, semasa menjadi seorang pelajar sesuatu
Institusi, boleh menyatakan atau berbuat sesuatu yang boleh ditafsirkan
sebagai menyatakan sokongan, simpati atau
bangkangan terhadap mana-mana parti politik….”

Jadi, siapa yang sepatutnya dikenakan tatatertib???Pentadbiran UiTM mahupun mahasiswa???Atau mahasiswa mahasiswi kini telah diberikan kebebasan berpolitik selepas guru dibolehkan berbuat demikian????

GMM juga melihat kedatangan Puteri UMNO seolah-olah cuba dikaburi dengan program-program berbentuk kempen kesedaran kesihatan, pencegahan jenayah, derma darah disamping aktiviti wajib UMNO iaitu persembahan konsert artis walhal agenda utama mereka adalah bertujuan untuk meraih undi mahasiswa sebagai persediaan menghadapi pilihanraya akan datang.

Pentadbiran UiTM juga dilihat sebagai kekuda yang diguna-gunakan oleh UMNO demi kepentingan politik. Bukan setakat dengan kewujudan program ini, tetapi jika diperhalusi agenda UMNO turut menyelinap masuk ke dalam program-program lain yang melibatkan mahsiswa. UiTM lubuk UMNO????!!!!Dato' VC...ada jawapan ke????

Syabas kepada UiTM dan Puteri UMNO dengan kerjasama ynag sangat mantap ini!!!!Teruskan merancang untuk program kaderisasi UMNO pada masa akan datang!!!Hidup Dato' VC!!!

Alter Terahsia Bangsa Melayu






Mengapa Israel bersusah-payah membina pangkalan dan pengaruhnya di Singapura?Apa kaitan Cina Singapura dengan Yahudi Zionis?Adakah terdapat apa-apa perancangan ketika Stamford Raffles menjejakkan kakinya di Pulau Singapura?Apa hubungan Bangsa Melayu dengan Bangsa Yahudi?Apakah dia alter terahsia Bangsa Melayu?.Apa yang terjadi 2000 tahun sebelum Masehi di antara Melayu dan Yahudi?

Semua persoalan ini akan terjawab di dalam siri artikel yang penuh dramatik ini.Artikel ini berasal dari kompilasi tulisan Lodgekeeper dan temuramah-temuramah yang dibuat dalam masa yang berasingan.

Selamat Membaca.



-M.O


ALTER TERAHSIA BANGSA MELAYU





"...sent them away from his son Isaac to the land of the east."

(Genesis 25:6 New International Version)



Di atas adalah petikan dari Kitab Kejadian dari Kitab Injil yang merupakan penyimpan rahsia terbesar berkenaan satu bangsa yang bergerak ke Timur dunia bagi mengembangkan keturunan manusia seperti yang diperintahkan Tuhan.

Bangsa terahsia inilah yang menurunkan pelbagai bangsa Asia dari tempat asal mereka iaitu Asia Barat dan Asia Tengah di mana dari situlah bermulanya peradaban
manusia.

Bangsa ini,yang merupakan pemegang rahsia akhir zaman adalah satu bangsa besar yang pernah membina kota-kota purba dan menyertai peperangan-peperangan agung sejak surutnya Banjir Besar bersama-sama bangsa agung yang telah pupus seperti Sumerian dan Akkadian.

Sesungguhnya kisah pengembaraan bangsa ini merupakan satu epik yang teramat panjang,lebih panjang dari epik Homer,The Iliad and the Odyssey.

Untuk mengkaji sifat dan karakter bangsa misteri ini,perlulah dicari dan dirintis sejarah panjang pengembaraan mereka dan apakah yang ditemui mereka di sepanjang epik perjalanan mereka itu.Faktor yang mewujudkan kepelbagaian dari segi wajah,bahasa dan personaliti bangsa ini.Faktor yang menjadi sumber
ALTER TERAHSIA bangsa misteri ini.

Apakah yang dimaksudkan dengan alter?Alter dalam bahasa mudah adalah personaliti tambahan atau pun personaliti lain yang selalunya akan muncul apabila di'suis' dalam keadaan tertentu.Istilah alter sebenarnya berasal dari istilah mindcontrol di mana alter ini muncul setelah seseorang individu mengalami teknik mindcontrol tertentu contohnya teknik berasaskan-trauma.

Contoh yang paling mudah ialah apabila seseorang dikejar oleh anjing yang garang.Secara tiba-tiba orang tadi akan berlari sepantas-pantasnya sehingga dia sendiri merasa hairan dengan kemampuan dirinya yang luarbiasa itu.Padahal setiap kali pertandingan larian 100 meter,dialah yang tercorot (misalnya).

Juga jika seseorang yang dianggap lemah dalam sesuatu perkara,secara tiba-tiba menjadi begitu bersemangat dan gagah bila menyentuh perkara yang lain.

Satu contoh yang baik tentang alter ialah dalam buku Norman Cousins berjudul Anatomy of an Illness, yang menceritakan kisah yang penuh dengan maklumat tentang Pablo Casals,salah seorang pemuzik yang terhandal dalam abad ke 20.Cousins menceritakan pertemuannya dengan Casals tidak lama sebelum hari jadinya yang ke 90 pemain celo yang handal itu.Cousins mengatakan bahawa adalah sangat menyiksakan untuk melihat orang tua itu semasa dia memulakan harinya.

"Dia sangat lemah dan artritisnya tambah melemahkannya sehinggakan dia memerlukan pertolongan untuk memakai pakaian.Emfisemanya sangat jelas semasa dia bertungkus lumus untuk bernafas.Dia berjalan dengan mengheretkan kakinya,badannya bongkok dan kepalanya menjunam ke depan.Tangan-tangannya membengkak dan jari-jarinya menggenggam.Dia kelihatan seperti seorang yang amat tua,dan tersangat letih".

"Sebelum waktu makan,dia berjalan ke arah piano,iaitu salah satu alat muzik yang Casals cekap bermain.Dengan bersusah payah dia membetul-betulkan dirinya di atas kerusi piano.Dia nampaknya bersusah-payah berusaha untuk membawa jari-jarinya yang bengkak lagi tergenggam itu ke papan tanda."

Kemudian sesuatu yang menakjubkan berlaku.Casals dengan tiba-tiba betul-betul dapat mengubah dirinya di depan mata Cousins.Dia telah masuk ke dalam keadaan yang pintar akal,dan semasa dia melakukannya,fisiologinya berubah ke tahap di mana dia mula bergerak dan bermain,menunjukkan di kedua-dua badan dan piano hasil yang sepatutnya hanya berlaku pada seorang pemain piano yang sihat,kuat dan fleksibel.Seperti yang dinyatakan oleh Cousins,

"Jari-jarinya terbuka dengan perlahan-lahan dan mencapai ke arah mata piano seperti tunas-tunas pokok bergerak ke arah cahaya matahari.Belakangnya ditegakkan.Dia nampaknya bernafas dengan lebih mudah".

"Tubuh badannya tidak lagi kaku dan susut tetapi lemah lembut dan benar-benar bebas daripada lingkaran hidup atritisnya.Apabila dia meninggalkan piano,dia kelihatan benar-benar berubah daripada orang yang mula-mula duduk bermain.Dia berdiri dengan lebih tegak dan lebih tinggi;dia berjalan tanpa ada tanda-tanda mengheretkan kakinya.Dia serta-merta berjalan ke meja sarapan pagi,makan bersungguh-sungguh,dan kemudian keluar berjalan-jalan di sepanjang pantai".

Alter selalunya tersembunyi dibelakang personaliti utama yang membayangi alter-alter tadi.Tetapi apabila subjek berada dalam keadaan tertentu di mana personaliti utama tidak mampu menanganinya,alter ini akan tiba-tiba muncul dan beraksi.Maka subjek tadi akan berubah menjadi alter lain,berbeza dari alter utama(personaliti utama).Tidak mustahil pula alter ini menggantikan pula alter sebelumnya sebagai personaliti utama subjek tersebut.

Alter inilah yang tersembunyi di dalam setiap orang Melayu yang kenal dirinya,asal-usulnya dan siapa dirinya yang sebenar.'Melayu' adalah bangsa misteri yang dimaksudkan,telah banyak berubah dari karakter asal mereka ketika berada di wilayah Kanaan dan Sumeria (Mesopotamia) akibat perjalanan masa yang amat panjang selama beribu-ribu tahun dahulu,serta perubahan akibat cuaca dan pengembaraan yang merentasi beratus kilometer menuju ke arah timur untuk menuju ke arah 'The Promised Land' seperti yang diwahyukan Tuhan kepada Nabi Ibrahim a.s.





Menurut kajian geneologi setakat ini,Nabi Ibrahim (Abram,Abraham) mempunyai tiga orang isteri,iaitu Sarah,Hajar dan yang terakhir Keturah.Sarah telah melahirkan Ishak (Isaac) manakala Hajar (Hagar) pula melahirkan Ismail (Ishmael).Keturah pula melahirkan enam orang anak iaitu Zimran,Jokshan,Medan,Midian,Ishbak dan Shuah.Nabi Ishak menurunkan bangsa Yahudi manakala Nabi Ismail menurunkan bangsa Arab.Kebanyakan teks-teks Judeo-Kristian mahupun Islam banyak menceritakan riwayat kedua-dua orang isteri Nabi Ibrahim ini tetapi lain pula dengan Keturah,isteri bongsu Nabi Ibrahim.Sarah,iaitu mempunyai pertalian keluarga dengan Nabi Ibrahim diketahui jelas berasal dari Tanah Kanaan iaitu tempat Nabi Ibrahim tinggal,manakala Hajar pula berasal dari keluarga diraja Firaun Mesir.Namun majoriti teks-teks Yahudi dan Kristian mendefinisikan Keturah sebagai 'unknown nationality'.Persoalannya,

"Siapakah Keturah ini?"

Dari mana dia berasal?.Telah ditakdirkan dari perut Keturah ini lahirlah bangsa-bangsa agung penakluk seperti Chaldea,Media dan Parsi yang mewarisi bangsa Sumeria,Akkadia,Assyria,Babylon dan lainnya dari kalangan Melayu cucu cicit Nabi Nuh dari jurai keturunan Heth bin Kanaan bin Ham bin Nuh a.s di mana di dalam teks Yahudi Kuno mengatakan kelak akan lahir bangsa-bangsa penakluk yang menjadi musuh orang Israel dari saudara mereka sebelah Keturah.Selama beribu-ribu tahun bangsa Yahudi diperangi,dibuli dan dikacau oleh bangsa-bangsa ganas dan kejam yang teramat gagah ini sehingga dibayangkan di dalam hikayat-hikayat mereka sebagai 'raksasa','orang gasar(barbarian)','kaum yang ganas' dan sebagainya.Jika kita lihat kisah Nabi Musa yang ingin kaumnya memasuki Tanah Palestin,di mana kaum Yahudi berkeras tidak mahu memasukinya kerana terdapat 'kaum yang ganas' di dalam Palestin dan sanggup mengeluarkan kata-kata,

"Biarlah engkau saja yang pergi berperang dengan mereka bersama Allah,dan kami menunggu di sini" (Kisah Nabi Musa)

Perlu diingat,akibat trauma dengan sejarah pedih bangsa mereka yang dibuli oleh saudara mereka yang ramai dari sebelah ibu tiri mereka Keturah,rabbi-rabbi Yahudi telah membeza-bezakan taraf isteri-isteri nabi Ibrahim di mana hanya Sarah saja disebut sebagai isteri (wife) manakala Hajar dan Keturah disebut gundik (concubine).Kita boleh lihat di dalam Perjanjian Lama (Taurat) dan Perjanjian Baru (Injil),di mana mereka telah mengubah tafsiran isteri-isteri nabi Ibrahim.Sesungguhnya Nabi Ibrahim selaku Rasul Allah yang teramat alim dan warak tidak pernah membeza-bezakan isterinya,meskipun di dalam peristiwa menghantar Siti Hajar dan anaknya Ismail ke lembah gersang di Mekah.Betapa pilu dan hancur hatinya melihat isterinya dan anaknya yang masih kecil terdampar di tengah padang pasir yang panas.Namun perintah Tuhan tetap dilaksanakan mengingatkan tanah yang dipijak Ismail ketika itu adalah Rumah Tuhan yang akan dibangunkannya bersama anaknya Ismail kelak.Adakah hanya Siti Khadijah sahaja sebagai isteri Nabi Muhammad s.a.w manakala isteri-isterinya yang lain hanya layak disebut gundik?TIDAK SAMA SEKALI.Walhal pada asalnya Siti Sarah adalah wanita yang mandul,sebelum Allah s.w.t mengurniakan Nabi Ishak kepadanya pada saat umur yang terlampau tua.Sebab itulah Siti Sarah berkeras mengahwinkan Siti Hajar (yang disangka hamba perempuan Firaun) dengan suaminya bagi meneruskan keturunan.Bukan sahaja disebut gundik,malah perasaan rasis mereka terhadap keturunan Keturah meleret-leret dengan mengheret keturunan Siti Hajar bersama-sama.Siti Hajar dikatakan hamba Firaun manakala sumber lain pula menyatakan 'gundik Firaun'.Padahal Siti Hajar adalah PUTERI FIRAUN yang diserahkan kepada Nabi Ibrahim untuk menebus rasa bersalah Firaun ketika itu yang ingin memperkosa Siti Sarah semasa Nabi Ibrahim dan Siti Sarah di dalam tahanannya .Dengan kuasa Allah setiap kali Firaun datang untuk memperkosa Siti Sarah,perbuatannya terhalang secara aneh berkat doa Nabi Ibrahim.Dari situ barulah Firaun sedar bahawa Nabi Ibrahim bukanlah sebarangan orang dan mungkin berasal dari orang suci yang harus dihormati.Akibat rasa bersalah yang teramat sangat,maka bukan sahaja Firaun membebaskan kedua-duanya malah membekalkan mereka dengan seorang perempuan muda yang bertutup wajahnya sebagai 'kifarat' dan hadiah kepada Nabi Ibrahim.Rahsia perempuan muda itu terbongkar ketika perjalanan pulang di mana Nabi Ibrahim membuka tutup kepala perempuan itu sambil bertanyakan asal-usulnya yang pada awalnya disangka seorang hamba yang dihadiahkan kepada mereka.Alangkah terkejutnya Nabi Ibrahim dan Siti Sarah bila mendengar pengakuan dari perempuan itu bahawa dia adalah anak perempuan Firaun bertaraf puteri diraja.Tersentuh hati Nabi Ibrahim sambil mengucapkan kesyukuran kepada Allah s.w.t yang sememangnya berkehendak menjaga keturunannya sebaik-baiknya.Jadi keturunan Nabi Ismail yang turun kepada Nabi Muhammad s.a.w adalah berketurunan diraja dari empayar agung Firaun yang pengaruhnya melewati Anatolia dan Kanaan ketika itu (Firaun ini berbeza langsung dengan Firaun di zaman Nabi Musa kerana Firaun ini hidup lebih lama dari Ramses II kerana sezaman dengan Nabi Ibrahim).

Perlu dingatkan bahawa semasa zaman Nabi Ibrahim tidak ada bangsa yang disebut sebagai Yahudi.Dan sesungguhnya Nabi Ibrahim bukanlah seorang Yahudi.Nabi Ibrahim adalah berasal dari satu kaum purba yang sezaman dengan bangsa Hittites yang telah pupus dan bangsa misteri di Mesir (Firaun tadi) yang mungkin mewariskan rahsia Piramid dan teknologi canggih zaman itu kepada bangsa Qibti yang menjadi pemerintah selepas itu termasuklah Ramses II di zaman Nabi Musa.

dalam Alquran ada disebut:

"Wahai ahli-ahli Kitab! Mengapa kamu berani bertengkar mengenai agama Ibrahim, pada hal Taurat dan Injil tidak diturunkan melainkan kemudian daripada zaman Ibrahim; patutkah kamu berdegil sehingga kamu tidak mahu menggunakan akal?....Bukanlah Nabi Ibrahim itu seorang pemeluk agama Yahudi dan bukanlah juga baginda seorang Kristian".
(Ali Imran: 65 - 68)


Bangsa Yahudi diturunkan dari jurai keturunan Nabi Ishak di mana anaknya Yaakub telah digelar sebagai isra' yang bermaksud suka berjalan malam akibat dari kegemaran Nabi Yaakub yang berjalan malam.Dari Nabi Yaakub ini turunlah anak-anaknya termasuk Levi,Yusuf,Bunyamin dan Yahudza.Di sini kita dapat mengesan perkataan yang memaparkan karakter Yahudi seperti Levi dan Yahudza.Bunyamin (Benjamin) pula adalah adik kesayangan Nabi Yusuf,yang kembali bertemu dengan Nabi Yusuf setelah sekian lama terpisah ketika Nabi Yusuf pada waktu itu menjawat jawatan tinggi dalam kerajaan Raja Mesir (dalam hal ini pemerintah Mesir pada waktu itu digelar al-Aziz bermaksud raja).Pada waktu itu bangsa Yahudi masih menjadi bangsa belasahan dan di bawah pemerintahan bangsa purba lain sehinggalah menjadi semakin kuat dan berjaya menubuhkan kerajaan sendiri sepertimana di era Nabi Sulaiman dan Nabi Daud.Dalam pada itu keturunan dari saudara -saudara mereka yang enam orang tadi dari sebelah Keturah telah membina kekuatan yang amat dasyat,pada masa yang sama mereka telah mula maju sedikit demi sedikit lebih pantas dari bangsa Yahudi,mencipta pelbagai ilmu sains dan teknologi yang canggih,membina negarakota-negarakota yang bertembok tinggi dan tebal,membina organisasi-organisasi moden yang sistematik serta menyusun balatentera yang gagah dan teknik peperangan yang maju.Perlu dingat ketika ini dunia di sebelah lain seperti di Tanah Besar Cina dan Benua Kecil India masih mundur dan kurang berpenghuni.Adakalanya kaum-kaum dari sebelah Barat ini,(di mana pusat ketamadunan manusia purba bermula dari sini di sekitar Mesopotamia) telah mengembara ke India dan China untuk menangkap kaum asli yang masih bercawat di dalam hutan untuk dijadikan hamba atau buruh kasar membina tembok-tembok dan kota (peristiwa ini dapat dihayati jika kita menonton filem Apocalypse arahan Mel Gibson atau 1000000 B.C).Pada masa yang sama bangsa Yahudi masih ditakuk lama,hidup bermalas-malasan sambil mengharap belas ihsan bangsa-bangsa yang lebih gagah dari mereka.Sehinggalah mereka bertembung kembali dengan bangsa-bangsa keturunan Keturah seperti Media (Madyan) dan Babilon (Babil) serta Chaldea (Kaldan) yang mula merampas tanah-tanah mereka dan mula mengganas memusnahkan kediaman mereka.





Bangsa Yahudi menjadi bangsa hamba di bawah pemerintahan bangsa-bangsa hebat yang menjajah mereka berkurun lamanya secara bersilih ganti.Bangsa ini pernah dibawa beramai-ramai ke kota Babilon untuk dijadikan hamba,pencacai,buruh kasar,kuli dan orang gaji dibawah kekuasaan Emperor Nebuchadnezzar (Buktanassar) dalam keadaan hina dengan dirantai kaki dan tangan mereka.Pada masa ini semua suhuf-suhuf dan Taurat telah dibakar oleh pemerintah dan hanya segelintir dari mereka berjaya menyimpan dan menghafal isi kitab itu secara sembunyi-sembunyi.






Diwaktu pemerintahan Babilon inilah bangsa Yahudi telah banyak tersesat jauh dengan mengamalkan sihir dan penyembahan syaitan akibat kekurangan ajaran agama dan tekanan hidup yang tinggi.Mereka mula mengabdikan diri kepada amalan spiritual yang pelik-pelik dengan harapan syaitan akan membantu mereka melepaskan mereka dari penderitaan di bawah penjajahan bangsa Babilon.Disinilah bermulanya amalan 'Babilonian Magic' yang menjadi asas Sihir Gematria,Necronomicon,Kultus Pentagram,Ramalan Tarot dan Persaudaraan Ular Iblis menyebabkan terjadinya insiden Harut dan Marut seperti yang dikisahkan dalam AlQuran.





Kegilaan bangsa Yahudi ini dalam mempelajari sihir telah menjauhkan mereka dari hidayah Tuhan dan menyebabkan ramai nabi diutus kepada mereka bagi membetulkan akhlak mereka.Bangsa Yahudi adalah bangsa spiritual.Mereka peka kepada perkara-perkara bersifat ghaib dan misteri.Mereka percaya kepada makhluk halus dan kuasa sakti.Mereka gemar mempelajari sisi spiritual dari bangsa-bangsa gagah yang menjajah mereka silih berganti.

Berbalik kepada wanita misteri yang menjadi isteri ketiga Nabi Ibrahim,tidak banyak diketahui tentang kehidupannya malah berasal dari kawasan mana ataupun dari jurai keturunan mana walaupun sudah pasti berasal dari kelompok pengikut Nabi Nuh mahupun mungkin terus berasal dari kaum kerabat Nabi Nuh sendiri.Sumber-sumber kuno Yahudi juga masih samar-samar dalam membicarakan asal-usul Keturah,si wanita misteri ini.Tetapi jika disusur dari kehidupan Nabi Ibrahim sebagai 'patriarch' (gelaran yang diberikan kepada lelaki yang menjadi ketua keluarga yang sekaligus sebagai pemimpin atau raja bagi kaum kerabatnya yang terhormat dan besar) memungkinkan baginda hanya berkahwin dengan suku terhormat sahaja.Tambahan pula Keturah telah melahirkan anak-anaknya yang gagah-gagah dan hebat.





Keturah di khemah sebelah kanan bersama-sama 6 anaknya.Diambil dari teks Yahudi kuno.


Keturah bermaksud kemenyan atau pun wangi-wangian yang kadangkala digunakan dalam upacara ritual.Dari sini kita dapat menyelusuri susurgalur bangsa Melayu sebagai bangsa spiritual.Tidak diketahui siapakah ibu bapa Keturah.Tetapi terdapat sumber yang mengatakan kemungkinan Keturah berasal dari kaum kerabat raja agung Sargon yang memerintah Akkadia (namun begitu teori yang paling meyakinkan setakat ini ialah Keturah berasal dari Timur Jauh;tempat di mana keturunan nabi Ibrahim diarahkan menyebar selepas itu).Jika demikian maka sahlah bangsa misteri ini sememangnya berasal dari keturunan raja-raja agung sepertimana Arab Quraisy yang berketurunan dari Raja Mesir dari bangsa misteri yang memerintah Sungai Nil ketika itu.Sesungguhnya Piramid Agung bukanlah dibina ketika pemerintahan Firaun Khufu (Cheops) tetapi telah dibina berkurun sebelumnya oleh kerajaan-kerajaan silam yang lepas.Firaun-firaun Mesir hanyalah membaikpulih sahaja piramid-piramid ini yang diwarisi mereka.Hakikat ini lama-kelamaan disedari oleh ramai pengkaji tetapi terlampau lama untuk dapat dipercayai oleh masyarakat dunia.Anda boleh tonton filem 1000000 B.C dimana terdapat kaum yang membina Piramid ditengah-tengah padang pasir untuk mendapatkan gambaran tentang hal ini.Arkiteknya dalam menentukan lokasi piramid terpaksa melihat jarak bintang dilangit dan koordinasi buruj-buruj dimana pada masa yang sama dia juga adalah ahli astronomi dan ahli nujum Istana.Kedudukan ketiga-tiga piramid termasuk Piramid Agung Giza adalah bertepatan dengan kedudukan buruj Orion di langit,dan mengarah tepat ke arah kiblat.Ini antara misteri paling terbesar dalam sejarah kemanusiaan.Siapakah bangsa agung yang mula-mula merencanakan pembinaan Piramid?Sesungguhnya Piramid
Mesir adalah penunjuk kiblat paling besar yang terdapat dibumi di mana Allah Yang Maha Agung telah menciptakan bintang-bintang Orion sebagai tanda kiblat dilangit.Piramid Mesir adalah penunjuk arah ke Baitullah di bumi manakala bintang Orion adalah penunjuk arah ke Baitul Makmur di langit.Maha Suci Allah yang menciptakan segala sesuatu tanpa sia-sia.Bangsa misteri yang membina piramid terawal sudah tentu sebuah bangsa yang teramat bijak dan genius dan di zaman itu kemajuan material adalah setanding malah lebih maju dari apa yang kita dapati hari ini.Tidak percaya?.Cuba anda bayangkan kehidupan manusia sebelum Banjir Besar di zaman Nabi Nuh.Bayangkan kehidupan mereka adalah teramat canggih dengan kereta-kereta mewah dan kotaraya-kotaraya bercahaya serta pesawat-pesawat terbang seperti UFO yang bersimpang siur di udara.Setiap rumah ada sistem komputer yang canggih dan kemudahan internet kelajuan tinggi.Tetapi adakah semua itu berguna setelah banjir besar melanda seluruh dunia.TIDAK...TIDAK SAMA SEKALI.Nabi Nuh terpaksa memuatkan kapalnya dengan manusia,haiwan-haiwan yang berpasangan serta spesis-spesis tumbuh-tumbuhan yang terpilih.Di sini kita dapat mengetahui bahawa profesion Nabi Nuh bukan sahaja seorang pengembang agama tetapi juga pakar sains zoologi yang handal





Nabi Nuh boleh membina kapal yang teramat besar hanya berbekal pengikut yang tidak sampai 100 orang?FIKIRKAN.100 orang itupun ada yang wanita dan kanak-kanak jadi jumlah pekerja untuk membina bahtera nabi Nuh teramatlah sedikit.Malahan pula para pengikut nabi Nuh terdiri dari orang miskin yang lemah dan melarat sahaja.Nabi Nuh juga membina kapalnya dalam jangka masa yang terhad (sesetengah pendapat mengatakan dalam beberapa minggu sahaja).Misteri ini benar-benar memeningkan pengkaji malah ada pengkaji Barat mengatakan Bahtera Nabi Nuh dibina oleh makhluk asing.Sebenarnya kita tidak akan hairan dengan kemampuan Nabi Nuh ketika itu jika kita membayangkan kemajuan manusia sebelum Banjir Besar adalah seperti kemajuan pada masa kini sekurang-kurangnya.Kita boleh membayangkan yang Nabi Nuh membina bahtera di dalam hangar kapal yang besar berserta peralatan dan mesin-mesin yang canggih dibantu sistem perkomputeran yang termaju.





Masih tidak percaya?.Kalau kita lihat kronologi kemajuan manusia pun kita dapat melihat logik atau tidak kenyataan ini.Biar kita ambil jangkamasa dari lahirnya Nabi Isa mengikut kalendar Masehi iaitu 1 Masehi hingga 2009 Masehi.Bagaimana kehidupan manusia di zaman Nabi Isa hidup.Bagaimana kemajuan manusia selepas 2000 tahun selepas kelahiran Nabi Isa?Berapakah jangkamasa Adam manusia pertama sehingga peristiwa Banjir Besar di zaman Nabi Nuh.Katakanlah lebih kurang 2000 tahun (ini anggaran yang amat minimum memandangkan jangkamasa dari manusia pertama turun ke Bumi sehingga Banjir Besar boleh memakan masa beribu-ribu tahun),maka logiklah kemajuan manusia mencapai tahap terhebat dan maju ketika Banjir Besar.Maka jika berfikir seperti ini,kita tidak akan terkejut dengan kisah-kisah seperti Atlantis dan Lemuria serta Kerajaan Rama yang mempunyai pesawat-pesawat terbang seperti UFO.Peperangan pun melibatkan kuasa nuklear seperti kesan-kesan yang ditemui di Mohenjo-Daro dan Harappa.TETAPI ADAKAH SEMUA KEMAJUAN ITU BERGUNA APABILA TIBA BALA BENCANA?Semua kemajuan itu habis tenggelam bersama-sama orang musyrik yang mengingkari perintah Allah s.w.t setelah hanyut dalam arus kemajuan material dan kecanggihan teknologi yang mengkhayalkan.Manusia ketika itu semakin rakus dengan kebendaan dan berbuat maksiat secara terang-terangan.Tidak hairan jika terdapat parti bogel di sana-sini.Pesta-pesta mandi buih acapkali diadakan di festival-festival besar.Konsert-konsert muzik yang mengkhayalkan seringkali diakhiri dengan pesta seks yang menghairahkan dihadapan sembahan-sembahan berhala yang mereka pertuhankan.Dakwah Nabi Nuh dikesampingkan walaupun sering keluar di media-media antarabangsa.





Mungkin anda berasa lucu dengan senario yang dipaparkan di sini.Ini kerana anda memikirkan Nabi Nuh hidup seperti orang gua,bercucuk tanam dan mengembala kambing sahaja.TIDAK SAMA SEKALI.Lihatlah lukisan-lukisan misteri di dinding kuil-kuil Firaun yang menceritakan satu mitos purba tentang penghasilan tenaga elektrik siap dengan lukisan kabel bawah tanah dan filemen elektrik.Penemuan bateri purba di Iraq dan cakera padat purba Dropa (sehingga kini tidak diketahui sama ada ia berbentuk CD,CD-RW,DVD,DVD-RW atau sebagainya) di China.Dan yang paling menggemparkan adalah penemuan loji nuklear berusia lebih 2 juta tahun di Afrika!Apa maksud semua ini?Berapa umur Bumi sebenarnya?Berapa umur umat manusia sebenarnya?.Kita tidak boleh menganggarkannya berdasarkan kajian Barat yang dipengaruhi oleh The Hidden Hand seperti Illuminati dan Freemason.Mereka ada sebab untuk mengelirukan manusia.Segala kenyataan sebenarnya amat jauh dari apa yang kita dapat bayangkan.Maka setelah Banjir Besar,para pengikut Nabi Nuh pun bertebaranlah di muka bumi sehelai sepinggang setelah meninggalkan kehidupan moden dan canggih mereka ditelan banjir.Mereka kembali menjadi orang gua dan mula berburu,bercucuk tanam dan mengail ikan.Di waktu-waktu malam mungkin mereka berkumpul di tepi unggun api sambil mendengar cerita orang-orang tua dikalangan mereka tentang kehidupan moden dan canggih mereka suatu ketika dahulu seperti menaiki bas dan komuter (kebanyakan pengikut Nabi Nuh adalah miskin) dan ada juga yang pernah menaiki kereta.Mereka juga menceritakan bangunan-bangunan tinggi dan komputer.





Sudah tentu cucu-cicit mereka tercengang bangang mendengar 'dongeng-dongeng' ini dikala kehidupan mereka sekarang ditahap zaman Paleolitik.Maka keluarlah pelbagai mitos mengenai 'keajaiban' cerita-cerita ini.Dan tidak hairan jika ada di antara mereka yang 'nakal' mula berangan-rangan tentang dewa-dewi yang menaiki kenderaan terbang dan berperang menggunakan senjata nuklear seperti yang kita dapati dari kitab Hindu Mahabrata.Malah tidak keterlaluan jika ada pengkaji yang merumuskan dewa-dewi orang Hindu diambil dari anak-anak raja kerajaan Rama,Atlantis dan Lemuria yang tenggelam di dasar lautan.Cuba perhatikan patung-patung sembahan Hindu.Dewa-dewi yang termasyhur semuanya berkulit cerah dan segak-segak seperti raja-raja purba.Apakah yang dikatakan oleh orang-orang gua apabila bertemu seorang yang kacak turun dari helikopter sambil memegang telefon bimbit?Lelaki tampan tadi akan dianggap sebagi dewa yang berkuasa!!Itulah yang terjadi kepada orang-orang Hindu.Mereka sebenarnya menyembah raja-raja purba yang digambarkan melalui kitab-kitab purba mereka seperti Ramayana dan Mahabharata,Veda serta Upanishad.Sudah tentu cucu-cicit keturunan Nabi Nuh yang menurunkan bangsa-bangsa moden selepas itu yang menceritakan kisah-kisah ajaib nenek moyang mereka yang menaiki pesawat terbang,komputer,reaktor nuklear dan kereta mewah seperti Mercedes Sport dan Ferrari!FIKIR-FIKIRKAN....tidak rugi kita meluangkan masa sejenak untuk berfikir asal-usul kita.
-------------------------------------



akan datang dalam siri Alter Terahsia Bangsa Melayu...

-Siapakah Keturah?
-Melayu dikalangan anak-anak Keturah
-Melayu dikalangan cucu cicit Nuh bangsa penakluk dan raja-raja agung
-Menjejak asal-usul raja-raja Melayu sehingga Cyrus The Great
-Cura si Manjakini bukti warisan Darius Emperor Parsi
-Negarakota Melayu di era Ur,Kish dan Uruk
-Hubungan Melayu dan Yahudi di era peperangan bangsa Sumeria
-'Bangsa Gunung'
-Pengembaraan ke Timur Jauh
-Perjalanan melalui jalan darat
-Jalan Sutera dan Kapak dari Asia Tengah
-Epik pengembaraan di padang pasir dan salju dingin
-Kenangan kehidupan silam di pergunungan Himalaya dan perkampungan Tibet yang damai
-Perjalanan melalui jalan laut
-Bahtera dan ilmu pelayaran bangsa misteri
-Astronomi dan rahsia bintang-bintang
-Bodhidharma,Dharmakirti,Sakyakirti dan pendeta-pendeta Melayu lainnya
-1000 rahib,sami dan arahat di Bukit Suci
-Misteri bangsa terahsia
-Siapakah dia Malai?
-Bumi Mala
-The Promised Land
-Tempat menyimpan rahsia
-Kunci-kunci rahsia
-Cucu-cicit Nabi

DEMONSTRASI; DIMANA KEUNGGULAN MAHASISWA?

Perkongsian Minda Bersama: ISLAMBOLI @ UITM KEDAH



Sejarah pernah membuktikan bahawa mahasiswa berperanan amat penting dalam usaha memegang tampuk pemerintahan negara dan pembentukan sesebuah negara. Semua pemimpin negara pada hari ini adalah bekas mahasiswa dan mahasiswi. Siswa siswi juga memberikan impak yang amat besar terhadap pemerintahan dan kepimpinan negara. Sebagai bukti, lihat pada zaman Anwar Ibrahim(kini penasihat PKR) sebagai mahasiswa suatu masa dahulu. Bagaimana beliau akhirnya dapat memberi impak yang besar terhadap isu kebuluran masyarakat kedah pada masa itu. Satu lagi bukti kukuh ialah bagaimana Mohamad Sabu(kini AJK PAS PUSAT) pernah dibuang kampus kerana kehandalannya berpidato sehingga boleh menggugat undi-undi Melayu terhadap BN. Yang paling terkesan dalam minda veteran pada masa kini yang juga merupakan satu senario yang senantiasa menghantui kehidupan pemimpin korup pada hari ini ialah peristiwa rampasan kuasa ITM oleh pemimpin pro mahasiswa pada masa itu iaitu Ibrahim Ali(kini ahli parlimen bebas).

Dengan wujudnya situasi-situasi sebegini, maka sedikit sebanyak telah memberi amaran awal kepada kerajaan agar tidak bertindak sesuka hati. Mahasiswa sebenarnya berupaya menggugat kuasa kerajaan dan mampu untuk menumbang dan menaikkan sesebuah kerajaan. Namun, dukacitanya hari ini, kesugulan serta kekusutan pemikiran mahasiswa semakin menjadi-jadi. Siswa siswi kononnya terlalu sibuk dengan kuliah dan tutorannya sehingga tidak ada ruang masa sedikit pun untuk menyumbang bakti kepada perjuangan menegakkan yang hak dan menumpaskan yang batil. Bila diajak ke program itu dan ini, alasannya pun itu dan ini. tambahan pula, pihak kerajaan mengambil kesempatan terhadap kemelesatan pemikiran siswa siswi ini dengan menubuhkan rang undang-undang baru iaitu AUKU. Akta ini kononnya boleh dikenakan kepada para pelajar yang bergiat dalam mana-mana parti politik di luar kampus. Akta ini juga melarang para pelajar daripada memegang apa-apa jawatan dalam parti kerana kononnya boleh menggugat kestabilan diri pelajar itu sendiri. Hal inilah yang telah menjadi punca terhadap kegagalan perjuangan mahasiswa pada hari ini. Siswa siswi lebih tertumpu kepada perkara-perkara yang lebih tidak berfaedah seperti berasmara di dalam hotel, berdua-duaan dan berpegangan tangan. Malahan, ada juga yang melepak di kelab-kelab malam, menjadi pelacur sambilan, melepak di pusat permainan video serta berniaga jualan langsung. Jelas sekali semua ini jauh daripada isu masyarakat yang patut difikirkan oleh seorang mahasiswa yang berfikrah dan bertanggungjawab.



Acap kali kita dikhabarkan dengan demonstrasi-demonstrasi yang dianjurkan oleh badan-badan bukan kerajaan dan parti-parti politik untuk mempertahankan hak ummah dan hak rakyat. Demonstrasi yang bukannya kosong sepertimana yang dianjurkan oleh pemuda UMNO dan AMAN MALAYSIA tetapi demonstrasi yang dimaksudkan ialah demonstrasi memperjuangkan hak dan keadilan rakyat dan ummah. Demo yang membincangkan isu sejagat. Demo yang pastinya dihalang oleh sekumpulan besar polis bertopi merah(FRU). Namun, penonjolan mahasiswa amat kurang dan mengecewakan. Adapun sesetengah aktivis siswa yang turun padang tetapi mereka hanya ibarat orang biasa yang tiada gahnya. Sekadar memetik gambar dan melaungkan slogan beramai-ramai. Sepatutnya, sebarang demonstrasi pada hari ini hendaklah dimulakan dan dipimpin oleh kumpulan mahasiswa itu sendiri. Malahan, demo juga sepatutnya dipimpin oleh orang muda yang berilmu tinggi sepertimana golongan mahasiswa itu sendiri.
Demo pada tahun 1998, menyaksikan kali terakhir golongan siswa siswi berjuang habis-habisan menentang kezaliman. Ketika itu, isu kriket Israel. FRU bertindak kasar sehingga parah kepala beberapa orang siswa dari UM. Sayangnya, kegagahan siswa siswi UM yang dahulu tidak lagi dapat ditonton pada hari ini kerana aktivis mahasiswa UM sudah sibuk dengan kerja-kerjanya yang kononnya lebih penting daripada isu rakyat dan ummah ini. UM yang dahulunya terkenal dengan perjuangan pro mahasiswa kini bertukar tangan kepada pro aspirasi yang bersikap ibarat pahat dengan penukul. Apa sahaja yang diarahkan oleh pentadbiran, itulah yang dia ikut sekalipun perkara yang ingin dilaksanakan itu bertentangan dengan hak-hak mahasiswa. Mengapa boleh bertukar tampuk pemerintahan UM dari Pro Mahasiswa kepada Pro Aspirasi? Muhasabahlah diri-dirimu wahai saudara-saudara seperjuangan dari UM.
Teringat saya pada ceritera seorang pejuang mahasiswa iaitu senior saya yang pernah menuntut di UIA Petaling Jaya pada masa itu. Cerita ini lebih kurang lebih belasan tahun yang lalu. Belum ada lagi kampus Gombak ketika itu. Terdapat satu kumpulan band yang membuat persembahan di dewan besar kampus berkenaan. Pada malam persembahan tersebut, satu demonstrasi diadakan bagi membantah persembahan itu daripada dilaksanakan telah diadakan oleh aktivis siswa yang berfikrah Islamiah. Sayangnya, hari ini, UIA bukan sahaja boleh dimasuki kumpulan-kumpulan band, malahan para penyanyi wanita yang berpakaian seksi dan berkelakuan kurang enak di khalayak. Kemana perginya pejuang-pejuang mahasiswa? Kemana perginya WUFI? Ke mana perginya GAMIS? Kemana perginya Tabligh? Kemana perginya JIM? Kemana perginya PKPIM? Ke mana perginya ABIM? Bukankah kamu semua telah ditarbiah dengan begitu hebat dan dahsyat sekali hinggakan boleh menghadapi cabaran fizikal dan mental yang begitu hebat? Maka sia-sialah kesemuanya.
Terbaru, isu Palestin. Demo pada 9 januari lalu benar-benar menyakitkan hati. Mahasiswa-mahasiswa takut turun ke jalanan kerana FRU? Amat mengecewakan. Hanya segelintir golongan siswa yang berani menegakkan hak ummahnya. Yang lain ke mana? Malahan, siswa-siswa yang mengikuti usrah di bawah pihak penganjur utamanya itu sendiri gagal hadir untuk serta bersama.
Paling hangat ialah isu PPSMI. Berlangsung pada 7 mac lalu. Pemimpin mahasiswa entah dari mana pun saya tak tahu tetapi dari segi intelektualnya, beliau benar-beanr menunjukkan kekenduran kepimpinan seorang mahasiswa Islam dan Melayu. Ucapan yang terliang-liuk. Tidak ada semangat perjuangan. Tidak berjaya membakar semangat juang anak-anak muda dan peserta demo pada hari tersebut. Hanya keranda sahaja yang dapat diusung kesana kemari. Bukan niat saya untuk menghina tetapi sekadar memberi peringatan. Maafkan ana wahai sahabat.




Pada zaman kepimpinan Arab dahulu, pemimpin dipilih mengikut kepetahannya berhujjah dan berbicara. Selain daripada ilmu dan kemahiran serta kegagahan yang ada, kepandaian berpidato merupakan salah satu faktor. Begitu juga hari ini di Mekah. Para khatib dilantik mengikut kepetahannya berpidato dan kegagahannya membakar semangat juang para jemaah sekalipun khatib berkenaan sudah berusia dan buta. Bukannya seperti Malaysia yang berkhutbah ikut teks semata-mata. Mana perginya sunnah Nabi SAW? Sibuk mengatakan khatib di Mekah itu Wahabi, tetapi kamu yang Sunnah itu entah apa-apa. Jangan perlekehkan gerakan Wahabi kerana ia satu perjuangan Sunnah Nabi.

Berdasarkan pengalaman dan tinjauan skuad kami pada 7 mac yang lalu, ketika itu, kami berada di barisan paling hadapan bersama-sama dengan beberapa lagi pejuang siswa dari PKPIM jika tak silap mata memandang. Namun, hanya sekerat sahaja yang berani menjadi benteng pertahanan melawan kekejaman pasukan polis pada masa itu. Kain rentang yang dipegang oleh siswa-siswa berkenaan cuba dirampas oleh pihak polis namun alhamdulillah dengan kuasa ALLAH percubaan polis itu gagal setelah siswa-siswa ini membalas segala pukulan dan ugutan polis berkenaan. Inilah yang membanggakan diri saya apabila melihat keberanian siswa-siswi pada hari ini. Namun begitu, hanya berapa kerat yang boleh dan berani melakukan sedemikian? Secara sahihnya, hanya segelintir. Mungkin daripada 1000 orang mahasiswa, hanya 10 orang sahaja yang berani. Sekembalinya ke masjid negara, kami yang berada di baris hadapan menghala ke istana negara tadi kemudiannya menjadi baris hadapan untuk berpatah balik ke masjid negara memandagkan pihak polis telah menggunakan kuasa tenteranya dan meriam air kimia serta peluru-pelura gas pemedih mata yang banyak tersasar ke atas kepala para peserta demo. Bagi mengelakkan sebarang perkara yang lebih teruk daripada berlaku, saf pimpinan mengarahkan agar berpatah balik ke masjid negara dan berlindung di masjid negara kerana terdapat begitu ramai peserta demo yang terdiri dari kalangan anak-anak kecil dan wanita. Ketika tiba dihadapan pintu masjid, kelihatan sekumpulan mahasiswa yang lari jauh ke atas bukit disebalik masjid berkenaan. Tidak basah dan tidak kotor bajunya, mungkin sekadar terkena tempias-tempias bayu asap gas. Namun, jelas mukanya sudah berubah. Tidak berpakaian putih sepertimana yang dituntut oleh pimpinan. Derhaka! Mungkin kerana ingin menjaga sirr? Atau takut terlalu mudah ditahan dan menjadi mangsa kerakusan pihak Polis? Fikir-fikirlah sendiri saudaraku. Biar takutkan Allah jangan takutkan gas yang pedihnya hanya seketika di dunia.
dalam al-quran telah disebut bahawa: apakah kamu orang beriman sedangkan kamu masih belum diuji?
maka saudara-saudaraku, kalian semua lantang menyebut kalimah ALLAH. lantang berdakwah, tetapi kalian masih belum layak digelar pejuang islam kerana kalian masih belum diuji dengan gas pemedih mata, air kimia, belantan dan perisai polis. kami yang telah diuji ini pula, kalian perlekehkan kononnnya kami pengganas dan tidak bermoral. apakah agenda kalian? saya tidak pernah mengiktiraf sahabat-sahabat saya ini sebagai 'amilin fil islam. bagi saya, hanya seorang dua sahaja daripada beribu pelajar di tempat saya ini yang layak digelar 'amilin fil islam sekalipun mereka tidak berserban dan jarang ke surau. kerna apa mereka layak? kerna mereka telah sinonim dengan perjuangan yang realiti dan bukannya fantasi. mereka telah merasai kepedihan dunia. mereka telah merasai keperitan air kimia. sedangkan sahabat-sahabat lain masih lagi bacul dengan pelbagai alasannya untuk turun ke demo.



ingat!!! Dr Fathi Yakan pernah menyeru para remaja agar bersama-sama turun ke jalanan bagi mendidik dan mentarbiah jiwa remaja agar jangan takutkan insan. hal ini adalah kerana mendidik para remaja dan belia agar boleh menghadapi situasi kezaliman dan melawan kemungkaran di tahap yang teratas.

Maka itu wahai saudara-saudaraku sekampus dan yang sama-sama menuntut di institusi pendidikan, janganlah kita memberi pelbagai alasan apabila hendak turun ke demonstrasi mempertahankan hak kita dan hak masyarakat yang perlu kita bela satu masa nanti setelah menjadi pemimpin. Ingat!!!demonstrasilah yang akan mentarbiah kita secara spiritual dan keseluruhan diri. Semasa demo lah yang akan menguji kita setakat mana iman dan ketahanan kita dalam memperjuangkan Islam dan keadilan. Demonstrasi jugalah yang akan membentuk perpaduan dan ukhuwah antara para pejuang. Demo juga lah yang akan melatih kita untuk berhadapan dengan golongan-golongan batil yang akan menentang perjuangan yang haq. Demonstrasi juga berupaya memberi pengajaran dan didikan kepada masyarakat luar tentang erti perjuangan. Demo juga berupaya menimbulkan kegerunan dalam diri para musuh apabila melihat kesatuan ummah yang padu dan tekad turun ke jalanan mempertahankan haq dan menumbangkan batil. Allahuakbar!!!

PILIHANRAYA KAMPUS UITM SHAH ALAM 2010





Jika mantan Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Shah Alam, saudara Mohd Mursyidi b. Mohd Diah pernah menjadi nakhoda kepada mahasiswa, menggalas tanggungjawab besar membawa nama UiTM ke merata-rata bagaimana pula dengan pengganti kerusi Yang DiPertua terbaru kita? Sesekali terdengar suara-suara berkata “Buat apa pergi mengundi kalau yang bertanding setakat pro Aspirasi?”.

28 Januari 2010 mencatatkan sekali lagi sejarah di UiTM Shah Alam apabila berjaya mengadakan Pilihan Raya Kampus secara e-voting sekaligus menampilkan pelapis-pelapis pimpinan terbaru dalam UiTM. Berbekalkan semangat kepimpinan, calon bagi setiap fakulti bertanding secara matang dan profesional sekali tanpa menimbulkan sebarang permasalahan besar. Poster-poster serta risalah calon diedar ke sekitar fakulti namun kemeriahannya..dilihat tidaklah seberapa berbanding universiti tempatan lain. Mungkin tanpa kehadiran calon pembangkang, pro Mahasiswa menyebabkan suasana PRK dilihat bagai tiada apa-apa. Seminggu berkempen, hanya warna-warni poster bergantungan dicelah-celah bangunan dan pokok diselangi kempen dari bilik kuliah ke bilik kuliah bertemankan ‘Campaign Manager’. Ada juga pamplet-pamplet calon diedar, tidak kurang yang membahagi-bahagi gula-gula, sekadar mengambil hati pengundi untuk mengundi. Namun, sejauh manakah kessedaran mereka untuk mengundi? Adakah kerana tiadanya pro Mahasiswa, UiTM begitu lesu dalam PRK nya?





Melihat kepada YDP terbaru saudara Ridzwan b. Salleh, mungkin ramai yang tidak menyangka alumni Cawangan UiTM Jengka, Pahang yang sebelum ini langsung tiada pengalaman berada dalam Majlis Perwakilan Pelajar di universiti mampu memberi pembaharuan dalam UiTM Shah Alam. Adakah saudara Ridzwan sekali lagi ingin mengulang sejarah yang sama, mengulangi kerja-kerja YDP sebelumnya atau terselit dalam pemikirannya seribu cara membangunkan lagi kredibiliti dan wacana ilmu mahasiswa? Cara pimpinan dan pemikiran beliau nanti adalah merupakan pantulan dan cermin kepada keberhasilan program-program 1Malaysia, Biro Tatanegara dan sebagainya yang menelan peruntukkan jutaan Ringgit Malaysia rakyat Malaysia.

Calon-calon yang mendapat kemenangan terdiri daripada tapisan-tapisan melalui program-program yang kerap kali diadakan. Menunggu-nunggu kopi panas tiba ke meja, pernah GMM terdengar satu adunan bicara sesama mahasiswa..”Diorang masuk bertanding untuk keje ngan HEP jeke..bukan bawa suara pelajar?” GMM tertanya-tanya. Maksud disebalik kata-kata pelajar tersebut. Bukankah MPP baru dilantik untuk memudahkan kerja pengurusan HEP justeru memudahkan masalah mahasiswa dibawa ke meja pengurusan? Persoalannya disini, madah-madah tersebut dikeluarkan kerana pincang institusi pengurusan HEP atau kalangan mahasiswa tersangat kurang informasi tentang Majlis Perwakilan Pelajar? Atau mereka sekadar membawa kata-kata orang lain yang lebih lidah dari rasional? Atau mereka sangat jauh dari MPP sebelumnya hingga menganggap MPP sekadar majlis perwakilan biasa-biasa sahaja.





Seminggu. Lebih. Cuba kita perhati corak dan budaya PRK UiTM yang cukup berlainan dengan PRK universiti tempatan lain. Tiada himpunan besar-besaran, tiada ‘open-talk’ besar-besaran dihadapan semua pelajar, hanya seminggu kempen diadakan, peruntukkan berjumlah kira-kira RM500 hanya kepada gambar, risalah, poster, belanja penggantung poster..cukup tidak melihatkan semangat PRK. Tidak perlu membazir, jawapan yang bernas sekali. Namun, jika semangat itu ada, gema PRK pasti dapat dilihat pada wajah-wajah mahasiswa.
Sekali lagi, adakah kerana tiadanya calon pro Mahasiswa yang bertanding seperti universiti tempatan lain? Kesan lesu, tanpa penglibatan sepenuhnya mahasiswa dalam PRK, lihatlah calon-calon yang telah menang dalam bertanding. Cuba kita kaji, betapa matang pengundi dalam memilih calon-calon yang benar-benar berkepimpinan dalam universiti. Jika di Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, mungkin hanya rupa menjadi taruhan. Fakulti Sains dan Perubatan mungkin akademiknya menjadikan pilihan utama. Bagaimana pula dengan pengaruh mantan-mantan MPP yang berat sebelah dalam membantu kempen. Mantan-mantan lebih suka menjaja nama-nama calon yang banyak membantunya dalam kerja. Rapat dan mesra. Begitu juga dengan pengaruh persatuan dalaman. Pasti calon pilihan yang sedap mata memandang akan dipilih. Disini dapat dilihat betapa calon mengharapkan pengaruh-pengaruh orang-orang tertentu dalam mencapai kemenangan. Bakat kepimpinan akan diasah selepas ditabalkan, seiring dengan gerak kerja. Oh, jadi benarlah pemenang-pemenang PRK kali ini tidak cukup berkepimpinan? Jadi, adakah kemenangan mereka atas keyakinan pengundi atau kerana pengundi sudah tiada pilihan lagi. Persoalan yang tak seberapa besar, namun impaknya pada barisan MPP terbaru ini, YDP baru sekadar tangkap muat kerana barisan-barisan pemenangnya sudah ketandusan mahasiswa hebat-hebat.




Usah diguna istilah PRK aman damai di UiTM tetapi gunalah istilah PRK lesu di UiTM. Jika universiti lain gempak dengan kisah kotak undi dibawa keluar universiti, ‘server down’ kira-kira 1 jam dalam e-voting, calon dilarang bertanding kerana berkempen melalui Facebook kerana disyaki berbau kepartian, calon-calon berlainan bangsa berhimpun besar berkempen, suara bising berteriak melaung-laung kata-kata semangat kepada calon, warga UiTM Shah Alam tiada kisah-kisah tersebut. Tiada cabaran dan proses mematangkan mahasiswa keseluruhannya.
Ini bukan kehidupan kampus yang sebenar-benarnya. Bukan membawa amarah, berkata tanpa alas atau menempelak tanpa sedar diri, tetapi mahu sama-sama membuka pemikiran kotak. Usah terlalu merasa tenang jika masih belum mahu hadapi makna hidup yang sebenar.