Marhaban Ya Ramadhan…..Marhaban Ya Ramadhan….

Ramadhan kini menjelma lagi. Barangkali siswa-siswi turut merasakan debaran Ramadhan yakni penghulu segala bulan. Di dalamnya terkandung LAILATULQADAR, malam yang lebih baik dari seribu bulan.

“Malam lailatul qadar lebih baik daripada seribu bulan,” (al-Qadr, ayat ketiga).

Barangkali debaran Ramadhan ini terasa kerana mungkin persediaan mental dan fizikal yang tidak mencukupi atau langsung tiada untuk menempuh Ramadhan dengan keputusan yang cemerlang. Mungkin juga berasa teruja kerana masih sempat bernafas di bulan Ramadhan ini. Ya…Ramadhan adalah bulan ALLAH. Bulan yang di dalamnya penuh dengan keberkatan dan kenikmatan ibadah. Satu bulan yang merupakan hadiah dari ALLAH untuk ummat Muhammad SAW.

Mengikut Imam Malik, sejarah malam lailatul qadar bermula apabila Nabi Muhammad SAW sedar yang usia umat Baginda tidak sepanjang usia umat terdahulu, hanya antara 60 tahun hingga 70 tahun, malah Rasulullah SAW sendiri wafat ketika usianya 63 tahun.
Menyedari hakikat itu, Rasulullah berdoa kepada Allah SWT memohon supaya umatnya dapat beribadat sama dengan nilai ibadat umat terdahulu lalu disebabkan kasihnya Allah SWT terhadap baginda, Allah SWT mengurniakan malam lailatul qadar.

Imam Qurtubi menjelaskan bahawa dikurniakan malam lailatul qadar itu sebagai tanda cintanya Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW dan umat baginda melebihi umat lain dan dikurniakan malam istimewa itu juga bagi menghiburkan hati Rasulullah SAW.

Nah……Sekarang siswa-siswi sudah mengetahui serba sedikit tentang kelebihan Ramadhan. Maka, khas kepada pemimpin-pemimpin mahasiswa UiTM Shah Alam, GMM berharap Ramadhan ini tidak dicemari dengan FESKEM yang tidak Islamik, tidak bersesuaian dilaksanakan di dalam bulan Ramadhan. GMM mencadangkan, pemimpin-pemimpin mahasiswa melaksanakan FESKEM dengan mengadakan penghayatan merdeka cara Islam bagi menjelaskan konsep merdeka berdasarkan al-Quran dan hadis. Dengan cara ini, kita sekaligus mengajak mahasiswa-mahasiswi bertadabbur al-Quran, yakni menghayati al-Quran. Bukankah al-Quran itu diturunkan pada malam-malam di bulan Ramadhan? Apakah hikmah diturunkan al-Quran ini di malam Ramadhan kalau bukan untuk mengajak manusia bertadabbur dengan al-Quran sepanjang bulan Ramadhan? Fikir-fikirkanlah!

Akhir kalam, kami barisan moderador GMM ingin memohon maaf kepada semua pengunjung setia blog ini seandainya ada kelemahan, rasa tidak puas hati dan perasaan-perasaan kurang enak dengan penulisan kami. Sungguh…kami berusaha menegur apa jua bentuk ketidakadilan atau penyelewengan pada kadar pengetahuan kami.

Semoga Ramadhan yang dilalui bakal membentuk hati yang tunduk patuh pada ALLAH, bukannya dilalui kosong tanpa mendapat sebarang manfaat. Celaka sekali kita jika kita melalui Ramadhan tanpa beroleh sebarang manfaat.

Jadi, ayuh siswa-siswi! Mari rebut peluang pahala di bulan Ramadhan ini!

FORUM TERKINI: http://mahasiswamerdeka.aimoo.com/

5 comments:

  1. Mengapa penuh masjid surau tatkala tibanya Ramadhan..? Sedang sebelum ini bulan-bulan biasa tiadalah pengimarahan waima solat Jumaat sekalipun ada yang selalu menguzurkan diri. Semangat solat tarawikh tiba-tiba memuncak dalam diri dan siswa-siswi tak melepaskan peluang berjemaah bersama-sama hingga kelapan rakaat kalinya.Bukan hendak menghalang siswa-siswi buat solat tarawikh tapi sy disini ingin mengajak mahasiswa berfikir dan bertafakur sekejap..renung sedalam-dalamnya situasi ini. Kenapa mahasiswa penuh di surau atau masjid hanya ketika dalam bulan Ramadhan..? Adakah mereka hanya terikut-ikut dengan amalan biasa Ramadhan di kampung-kampung dan rumah mak ayah bahawa solat tarawikh itu wajib kena pergi..kalau tidak tak sedap pula hati, maklumlah..dari kecil sudah jadi kebiasaan untuk solat tarawikh. Itulah silapnya..ibadah sunat dijadikan sebagai budaya. Bukan atas dasar kefahaman yang sebenar. Apa puncanya? Lagi-lagi mesti dikaitkan kurang ILMU! Generasi kini mahasiswa kini malas atau tidak didedahkan dengan ILMU?!

    ReplyDelete
  2. Malas=x dapat ilmu. X didedahkan ilmu=xde guru? guru ada tp x ngaja? Subjek semua sekular? Tarawikh=meriah, solat fardhu=???.. Solat fardhu wajib diutamakan, sunat tarawikh=menampung kelompangan solat fardhu itu sendiri. Tahu tp susah nak amal? Hmmmm....

    ReplyDelete
  3. Apa masalah siswi-siswi kat UiTM ah?
    Siswi-siswi kamu masih tak pakai-pakai tudung. Ke yg tak pakai tudung tu Kristian dan tak beragama?-sorry if deen23 tersilap cakap.heheh!

    ReplyDelete
  4. Sape-sape tolong bagitau aku!
    Macamana nak makesure hati aku ni baik.
    Sebab aku asyik pandang serong kat orang tak bertudung neh!

    ReplyDelete
  5. Jgnla pandang serong...pandang straight je.

    ReplyDelete