Sambutan Hari Kemerdekaan ini berlangsung di Dataran Shah Alam bermula jam 10 malam hingga 12.30 malam. Program yang di isi secara bijaksana berselang-seli dengan alunan muzik dan ceramah sesuai dengan keadaan muda-mudi Shah Alam yang dahagakan hiburan lebih dari keinginan mendalami Islam. Program 'Santai Malam Merdeka' sesuai dengan namanya, maka forum juga turut disampaikan secara santai lalu dinamakan 'sembang santai' pula. Diselang-selikan dengan persembahan Muadz dan Kumpulan Qamaruzzaman and The Gang. Disusuli dengan persembahan dokumentari '10 tahun sebelum merdeka' dan sembang santai bertajuk "Erti Kemerdekaan Pada Remaja" bersama YB Tn. Hj. Mohd Nor Hamzah dan Ustaz Nik Abduh.
Berdasarkan pengamatan penulis, rata-rata hadirin tidak begitu cakna pengisisan oleh panelis-panelis walaupun penyampaian santai. 'LoveBirds' dengan pasangannya, khayal dalam dunia cinta terlarang. Mat rempit dengan motor 'modified'nya siap sedia memulas minyak untuk mengeluarkan bunyi ekzos motor yang 'masyuk' di telinga mereka tetapi membingitkan bagi hadirin dan menganggu penyampaian panelis-panelis. Lebih malang....mereka sengaja mengeluarkan bunyi bising motosikal semasa doa penutup sedang dibacakan. Sekurang-kurangnya hormatilah orang sedang baca doa kalaupun tidak ingin turut sama berdoa.
Malam merdeka ini juga dimeriahkan oleh ramai sekali anak-anak yang masih bersekolah dengan basikal berhias masing-masing. Apalah agaknya yang mereka faham tentang merdeka jiwa, merdeka fikiran? Mereka cuma tahu meriahnya malam merdeka, seronoknya berkonvoi dengan kawan-kawan sambil mengibarkan bendera Malaysia dan bendera-bendera negeri, seronoknya dapat mempamerkan basikal mereka yang telah diubahsuai menjadi seperti rupa bentuk motosikal HONDA. Bangga dapat mempamerkan hasil usaha mereka dan tentu lebih bangga apabila wajah-wajah mereka menghiasi ruangan internet! Tidak kurang juga konvoi rasmi pasukan berbasikal yang siap memakai pakaian lumba basikal bersama basikal masing-masing. Bersemangat memeriahkan malam merdeka.
Usaha penganjur patut dipuji kerana membawa misi dakwah di tengah-tengah masyarakat yang sedang hanyut. Manakan tidak...masih ada yang bercanda semasa ceramah oleh para ustaz! Harap-harap bukannya mahasiswa-mahasiswi yang berkelakuan begitu apatah lagi sekarang adalah bulan Ramadhan.
Begitulah warna-warni malam merdeka. Berbagai bangsa turut berkumpul pada malam tersebut.....OneMalaysia tercapai di sini. Ohhh...tahukah mahasiswa-mahasiswi apakah tema merdeka kali ini? Penulis tinggalkan soalan ini untuk dijawab sendiri oleh anda. Sila jawab di ruangan Comment atau ShoutBox.
P/S: Penulis ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada adik-adik konvoi berbasikal, pasukan rasmi berbasikal, pasukan rasmi bermotor, unit amal PAS dan lain-lain kerana mengizinkan penulis membawa fokus lensa kamera pada anda semua!
FORUM: http://mahasiswamerdeka.aimoo.com/
Terima kasih kerana sudi hadir. Inilah cubaan pertama kami, insyaAllah akan kami susuli lagi dengan langkah-langkah yang seterusnya. Terima kasih juga kerana memahami, bukan mata kami buta daripada melihat adegan-adegan sumbang dan cacat di sana-sini, cuma masanya belum tiba lagi. Doakan moga usaha ini diberkati dan moga semua mendapat faedah daripada usaha yang kerdil ini.
ReplyDeleteMungkin ini sedikit sebanyak tentang sambutan kemerdekaan di UiTM Shah Alam yg ingin aku share dgn korang semua.Waktu pagi walopon dah lewat pukul 11 pagi tapi si MPP berusaha bagi briefing kat peserta Kuiz Kemerdekaan. walaupun peserta tidak begitu ramai, rasanya sudah berbaloi bagi merebut hadiah yang disediakan.hem..mungkin faktor balik kampung dah mahasiswa pun kurang dalam kampus,yg menyambutnya agak kurang.
ReplyDeletePetang, kuiz kemerdekaan yg terakhir dijalankan.aku menjangkakan dalam pemikiran MPP, itulah antara salah satu cara terbaik untuk menguji anak-anak Malaysia sama ada diorang tahu dan faham erti kemerdekaan atau tidak.ada juga nasyid rupanya selepas tu, kire oklah jugek.
Malam, berbuka dan terawikh. 'gap' selama hampir sejam barulah Forum dimulakan.kira-kira jam 11.55 malam diorang siap sedia untuk count down 12 malam.
Fuhhh..dahsyat juga bebudak UiTM ni.aku pun tak menjangka.Tepat jam 12 malam ada mamat mana ntah yang tiba-tiba jerit TAKBIR!yg budak-budak laki lain sahut ALLAHUAKHBAR!!! TAKBIR! ALLAHUAKHBAR!!! TAKBIR! ALLAUAKHBAR!!!
Terharu beb..rupa-rupanya yg pegi sambutan kemerdekaan malam tu bukan calang-calang mahasiswa rupanya!
Diteruskan dgn azan dari seorang USTAZ, semua diam bertafakur.
Walau sambutan memang boleh dikatakan sangat sederhana..tapi aku yakin apabila sambutan tu kita adakan kerana Allah SWT dan mengharap redhaNya, nescaya ertinya akan terkesan kpd mahasiswa sekalian..heheh!
Kebarangkalian juga lah ada yg komen mcm-mcm aktiviti xmenarik dan macam tak ada semangat kemerdekaan tp..apa yg aku boleh katakan, program yg kurang maksiat dan tak membazir itu lebih bermakna dan aku rasa SAMBUTAM FESKEM tahun inilah paling hebat bagi aku berbanding sambutan tahun-tahun lepas..sebab..aku tak melihat banyak maksiat FESKEM kali ni..wink!
TAHNIAH MPP N MAHASISWA MALAM TU!
maha...ertinya tinggi.
ReplyDeletesiswa...ertinya yang belajar.
jadi mana inteleknya sesebuah institusi jika program yang dijalankan tidak memadai dengan tahap ketinggian mahasiswa tu?
fikir-fikirkan.
aku tertarik dgn sambutan di UiTM 2.. ingat lagi 3 tahun lepas kami buat demonstrasi menentang HEP lepas sambutan kemerdekaan.
ReplyDeletekau menentang hep lepas tu..? tak takut ke? hehe.kau ikut jeke demonstrasi atau faham..?
ReplyDeletewhite_pinky