Ramadhan Merdeka

       Tidak ditinggalkan dua perkara melainkan Al-Quran dan sunnah setelah pemergian Rasulullah SAW kepada umatnya. Menjadi tanggungjawab bagi seorang pemimpin, khalifah dan hamba Nya untuk mempraktikalkan isi yang terkandung dalam dua perkara tersebut. Ramadhan..hadir setahun sekali. Merdeka..jadi ingatan dan kenangan juga setahun sekali. Jadi, apa beza sambutan dan penghargaan terhadap dua perkara yang nyata berbeza tetapi hadir dalam waktu yang sama tahun ini?
       GMM ingin berkongsi bersama mahasiswa, sedikit peristiwa dan sejarah besar dalam Ramadhan yang dipetik dari sebuah buku bertajuk Ramadhan: Tetamu Yang Dirindui. Bulan Ramadhan bukan hanya terkenal sebagai pusat latihan ibadah kepada umat Islam, malah ia juga terkenal dengan peristiwa besar dalam sejarah Islam. Antara sejarah penting Ramadhan ialah:
  1. BULAN DITURUNKAN AL KITAB.
  2. PERISTIWA BADAR
  3. ISLAM MEMBUKA KOTA MEKAH
  4. PERISTIWA PERJALANAN NABI MUHAMMAD SAW KE TABUK
  5. ISLAM SAMPAI KE YAMAN
  6. KHALID BIN AL WALID MERUNTUHKAN BERHALA AL ‘UZZA
  7. PENYERAHAN BANDAR TAIF
  8. PEMBUKAAN ANDALUS (SEPANYOL)
  9. PEPERANGAN ZALLAQAH; PORTUGAL
  10. TENTERA ISLAM MENGALAHKAN TENTERA MONGOL
  11. PEPERANGAN YAKHLIZ
  12. TERTAWANNYA GARIS BAR LEV, ISRAEL
       Sungguh besar dan istimewa peristiwa Ramadhan bukan? Ini hanyalah secebis peristiwa yang GMM sempat catitkan. Ayuh kita lihat pada merdeka Malaysia yang disambut pada setiap 31 Ogos ini.
Di sebalik kemerdekaan negara selama 52 tahun, masih ada mahasiswa yang masih belum memahami takrif merdeka mengikut definisi yang sebenar lebih-lebih lagi dari sudut Islam sendiri.
       Mahasiswa, usah terus dijajah minda anda dengan idealisme asing yang menyusup menerusi satelit, internet dan media pastinya. Paling menyedihkan apabila tibanya sambutan kemerdekaan masing-masing membayangkan bendera dikibar, berkumpul beramai-ramai didataran, bersorak gembira apabila detikan jam 12 berbunyi dan percikan bunga api yang berwarna-warni. Relevankah pemikiran sebegitu bagi seorang mahasiswa yang benar-benar faham erti kemerdekaan?
       Secara dominannya, GMM pasti apabila disoal tentang sejarah dan turutan peristiwa bagi mendapat kemerdekaan pasti ada kalangan mahasiswa masih tercanguk-canguk dalam menjawab. Apa yang mereka tahu? Beragenda dengan pasangan masing-masing, memuaskan nafsu atau hanya pandai berteleku di meja tulis menghadap buku-buku tanpa pernah memikirkan isu semasa negara lebih-lebih lagi Islam. Nafsi-nafsi. Sendiri-sendiri. Tunggu sajalah rosaknya kemasyarakatan dari satu dimensi ke satu dimensi yang lain. Tidakkah mahasiswa dapat melihat dengan jelas kemunduran pemikiran dalam kalangan mahasiswa sendiri sekarang?
       Mahasiswa, kkemerdekaan adalah apabila seseorang, sesuatu bangsa atau umat mendapat kemerdekaan daripada penjajahan dalam seluruh aspek, baik penjajahan lahir atau batin. Mahasiswa yang merdeka pasti dapat berfikir dengan bebas apa yang baik dilakukan untuk diri, bangsa atau kepentingan umat seluruhnya tanpa khuatir kepada makhluk yang menghalangi, tiada yang ditakuti kecuali Allah SWT dan segala tindakan kita berpandukan al-Quran dan sunnah Nabi Muhammad SAW.
       Jangan mahasiswa menganggap Hari Kemerdekaan adalah hanya merupakan hari cuti biasa. Seronok pulang ke laman ibu ayah tanpa mengambil iktibar dari perjuangan orang-orang terdahulu. Sudah menjadi tanggungjawab mahasiswa mempertahankan kemerdekaan negara daripada rejim-rejim terselindung seperti hiburan melampau, rokok, pergaulan bebas,arak dan sebagainya. Harus diingat, penjajahan dari kepelbagaian warna, bentuk dan saiz yang menyenikan dicipta apabila penjajahan menerusi kapal dan senjata dikecam seuruh dunia.
       Semuanya terpulang kepada mahasiswa sendiri untuk memikirkan. Tugas GMM adalah untuk mengingatkan dan menyeru mahasiswa bangkit dari lena atau mabuk dalam nafsu sendiri. Darah muda, kata orang-orang tua. Sesungguhnya seorang mahasiswa yang masih gagah, muda dan aktif mindanya apabila berpegangkan Al-Quran dan sunnah lebih hebat nilainya berbanding seribu mahasiswa yang mendapat cgpa 4.00 namun tidak tahu apa-apa tentang kemerdekaan mereka.
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE-52 DARI WARGA GMM!

2 comments:

  1. Tahniah,mahasiswa!anda membuktikan adanya kalangan mahasiswa yang bisa berkata-kata dalam kelesuan kampus!

    ReplyDelete
  2. BERHIBUR BIARLAH SEKADARNYA DAN PILIHLAH HIBURAN YANG BENAR-BENAR BERMANFAAT UNTUK MANUSIA YANG BERGELAR MAHASISWA.

    CABARAN UNTUK MAHASISWA BUKAN KECIL SEBAB KAMU BUKAN GOLONGAN BUDAK KECIL LAGI.SEDAR-SEDARLAH.BANGKIT SEMUA MAHASISWA..

    JANGAN HANYA HIDUP SEPERTI BINATANG..LEMBU..KUCING..KATAK..HANYA TAHU TIDUR BILA PENAT,BANGUN CARI MAKAN UNTUK ELAK LAPAR,TUNTUT ILMU UNTUK DAPAT KERJA (KATAK PUN BELAJAR DR GURU DIORANG IAITU MAK DIORANG UNTUK HIDUP KAT BUMI),KAWIN BERANAK PINAK ALAST SAMPAI MASA MATI CAM GITU JE.MACAM TAK DE NILAI SANGAT HIDUP KORANG KAT DUNIA.

    AT LEAST, JGNLA STAKAT HIDUP JE TAKUT-TAKUT KORANG KAT AKHIRAT DUK TENGAH-TENGAH PINTU SYURGA N NERAKA SBB AMAL KEBAJIKAN SAMA BERAT DGN DOSA.

    OLEH ITU, MARILAH BERJUANG UNTUK AGAMA KORANG. WALOPON ANTARA KORANG YG KRISTIAN, CUBA-CUBALAH KENALI ISLAM.JANGAN KORANG YG KRISTIAN PI KENAL ISLAM DGN MANUSIA FREE HAIR DAN TAK TENTU HALA TUH.CARI PUSAT ISLAM ATAU GURU-GURU AGAMA KAT TEMPAT KORANG.OKEH!!!

    ReplyDelete