[Terkini] Krisis Di Mesir Keadaan Sebenar Pelajar Malaysia


Peristiwa Di Mesir menjadi "Boom Factor" kepada ledakan maklumat di media baru , banyak artikel , banyak penulisan dan banyak berita yang dimuatkan untuk menggambarkan keadaan sebenar disana , tidak kurang juga yang mempertikaikan kesahihan berita ataupun inilah peluang kepada blogger untuk meningkatkan hits blog masing-masing dan menaikkan rating iklan..dalah satu yang popular ialah seperti di dalam blog.arif



DIANTARA KANDUNGAN BLOG TERSEBUT

[Update] Terima kasih kepada semua atas kerjasama menyebarkan entri ni. Rasanya pihak-pihak tertentu sudah mula menunjukkan inisiatif mereka. Usaha macam ni walaupun nampak mudah, tapi dalam jangkamasa panjang dan kuantiti yang besar dapat memberikan impak yang diharapkan. Semoga semua perancangan untuk membantu rakyat kita berjalan lancar dan semoga mereka semua selamat di sana. Insya Allah.

Bila baca balik rentetan kejadian yang berlaku di Mesir sekarang ni, aku rasa sangat kesian kepada pelajar di sana. Aku faham sangat situasi mereka dan aku rasa apa yang mereka alami sekarang berpuluh kali lebih teruk dengan keadaan di Moscow. Aku juga teringat kepada segelintir pembaca blog.ariff yang juga merupakan pelajar kursus perubatan di Mesir dan juga kawan-kawan seangkatan di MAI ni yang kebetulan menghabiskan masa cuti musim sejuk di sana. Harap mereka semua ni dan seluruh rakyat Malaysia di sana selama.

Inilah nasib pelajar kita yang belajar di luar negara kalau ditempatkan di negara kelas kedua atau ketiga. Aku rasa satu hari nanti kerajaan patut menghentikan daripada menghantar pelajar ke negara-negara yang bermasalah dan hanya menempatkan pelajar di negara maju sahaja. Sebentar tadi aku baru dapat mesej melalui Facebook daripada seorang pelajar Malaysia yang menuntut di Egypt berkenaan keadaan pelajar di sana dan aku rasa mesej ini perlu disampaikan kepada semua supaya kita tahu yang sepatutnya kerajaan kita perlu secepat mungkin menghantar bantuan dan mengeluarkan rakyat kita dari sana.
Salam Ariff, saya Nadia, a student in Egypt.

Ariff, kini saya berada di Malaysia kerana pulang untuk winter break, but when I gothome, the condition in Egypt somehow got worse about the Hosni Mubarak thingy. Ramai yang sangka keadaan kat sana adalah okay, mengikut kata Jabatan Penuntut Kaherah Mesir dan Kedutaan Malaysia di sana, but there are parts that they don’t know:

Di tempat saya Mansoura, people got killed on the streets, houses are getting robbed and they are aiming to attack Malaysian students. There are about 6000 prisoners on the streets! Pelajar kita di Alexandria dirogol, airport dibakar dan anggota polis tidak lagi menjalankan tugas mereka.

Kita memohon supaya kerajaan Malaysia memandang serius hal ini. Bukan sahaja di Mansoura, malah di seluruh Mesir keselamatan rakyat kita terancam.
Segala update berkenaan keadaan di sana boleh dibaca melalui blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita

Jika ada cadangan di luar sana untuk membantu kami mendapatkan perhatian kerajaan Malaysia, sila hubungi Nurul Nadia Binti Md Zin di 017-3193923
Atau melalui:
Facebook: Nuvul Nadiva Dizavch
Twitter: DyyaDizarch
Blog: Nadia-ism
YM: nadia_mdzin2001@yahoo.com

Please let all Malaysians know about this. I will do the same but I need your help too especially to all the bloggers out there. May Allah save our citizens there.
- Nadia
Reblog this. Copy paste dan post dalam blog. Time ni memang aku galakkan sangat-sangat untuk korang copy paste.

Jawapan saya , sememangnya keadaan di Mesir Amat Serius , berkaitan mereka menyerang pelajar Malaysia adalah tidak tepat , memandangkan keaadaan sebegini bukan sahaja pelajar malaysia sahaja yang terkena , dan para demonstrasi adalah yang utama dari kalangan mereka yang mehukan Revolusi Islam , perlu diingat hanya ada satu kumpulan sahaja yang lead demonstrasi dan ada satu kumpulan yang mengambil kesempatan untuk mencetuskan kekacaauan yang lebih serius.

Kumpulan Revolusi islam ialah kumpulam yang akan melakukan solat hajat di setiap lokasi demonstrasi dan ianya terdiri oleh para penyokong Perjuangan Islam yang kebanyakannya adalah dari golongan Daei-Daei yang cukup dengan ilmu-ilmu islam


Kumpulan Pro-Kerajaan ialah mereka yang mengambil kesempatan untuk mencetuskan kekacauan menjadi lebih buruk . Mereka cuba menggambarkan kumpulan revolusi Islam ialah kumpulan yang dikasifikasikan sebagai ganas dan kejam dengan melemparkan fitnah Rogol , Rompak dan Ganas..Padahal kumpulan Revolusi islam sentiasa mengingatkan ahli-ahli mereka akar berada sentiasa dalam keadaan wudhu' walaupun bertayamum


Berita ini harus kita berhati-hati ,saya musykil bagaimana seorang yang sudah lepas ke Malaysia , mengetahui secara detail apa yang berlaku di Mansoura. 


Sememangnya perkara yang berlaku ialah diluar batas pengetahuan kita Di Malaysia kerana jaringan internet telah diputuskan , Aj-Jazeera telah ditarik balik lesennya.


Di Mesir , maklumat yang tepat lebih mahal dari sebuah kereta Ferrari , satu ayat yang menceritakan keadaan yang tepat adalah lebih mahal dari sebuah bangunan.


Walaubagaimanapun , bagi pejuang Islam , mereka percaya sahabat2 Ikhwanul Muslimin yang menjadi Penyelamat Mesir sekarang lebih tahu hal sebenar dan mereka ini adalah golongan yang benar.


Perlu Diingat , terdapat Dua Golongan - Golongan Benar , mereka yang solat hajat di setiap lokasi dan menyelamatkan semua orang terutamanya pelajar-pelajar luar negara, terutamanya pelajar-pelajar yang mendokong Gerakan Islam


Dan Satu Golongan yang Zalim , yang membantah demonstrasi , yang menyokong penuh Mubarak yang amat takut dengan kebangkitan Revolusi Islam , mereka ini adalah penyebar Fitnah Besar dan cuba memburuk-burukkan Golongan Revolusi Islam


Wallahu'alam


************************************************************************

Mari kawan2 ku, kita bukak mata....mcm mane dgn kwn2 kita di sana....jgn lah kita rasa selesa dgn keadaan kita kerna bila2 masa shj benda yg sama akan menimpa kita (nauzubillah).....tp kita ambil lah pengajaran bersama....cube kita tgk & fikir & kaji...mungkin kita akan bertemu jawapan yg sepatutnya & dpt kita cegah sblm ia terjadi...

Kwn2 mahasiswa, mari lah sama2 kite mendoakan kesejahteraan kwn2 kita di sana..smg dgn doa kita dpt meringankan & mempermudahkan segala urusan kwn2 kita di sana...insyaAllah.....

~MAHASISWA CAKNA KPD DUNIA~

1 comment:

  1. alhamdulilah skrg ni sudah ad inisiatif dr kerajaan sendri utk bw pulg pelajar2 kita di sana.. smoga mrk selmt pergi dn smpi..

    ReplyDelete