6 tuntutan BEBAS :-
1) Mansuhkan AUKU, AKTA 174 dan AKTA 555
2) Bebaskan ilmuan berakademik
3) Bebaskan mahasiswa bersuara
4) Bebaskan mahasiswa mengurus pilihanraya kampus
5) Bebaskan mahasiswa mengurus tadbir persatuan dan aktiviti
6) Bebaskan mahasiswa berpartisipasi dalam politik
3) Bebaskan mahasiswa bersuara
4) Bebaskan mahasiswa mengurus pilihanraya kampus
5) Bebaskan mahasiswa mengurus tadbir persatuan dan aktiviti
6) Bebaskan mahasiswa berpartisipasi dalam politik
Jadi apa kaitan kita dengan BEBAS ini? Walaupun kita sebagai pelajar UiTM penuh dengan nilai budaya bumiputra yang tinggi namun penghadaman isu ini perlu dititikberatkan kepada semua mahasiswa supaya kita sedar apa kesan dan implikasinya kepada mahasiswa khususnya kita pelajar UiTM.
Ada apa dengan BEBAS?
1) Majoriti mahasiswa dilihat masih takut-takut untuk bersuara waima dalam medan maya sekalipun, hanya boleh bersembang isu-isu berat di kedai kopi sahaja
2) Ruang ilmiah mahasiswa masih tertutup dengan tidak mampu diberi penerangan ilmiah berkenaan isu-isu semasa yang berlaku di dalam atau luar negara disebabkan tapisan penceramah mahupun tajuk
3) Mahasiswa lebih disogokkan perkara-perkara picisan yang melalaikan seperti karaoke, pertandingan siapa paling cantik dan sebagainya
....implikasinya dari perkara-perkara di atas:
1) Ramai mahasiswa kurang pendedahan bagaimana berhadapan dengan masyarakat luar yang berlainan pemikiran.
2) Kebanyakan mahasiswa tidak mempunyai pengetahuan yang luas mengenai isu-isu semasa yang berlaku berkaitan kampus
3) Rata-rata mahasiswa tidak cakna mengenai apa yang berlaku di luar mengenai hal-hal nasional mahupun antarabangsa
p/s-Sekalung tahniah GMM ucapkan buat Timbalan Menteri Pengajian Tinggi yang memahami keinginan mahasiswa yang mahu melihat ilmu ditempatkan di tempat yang tinggi dan dihargai tanpa tekanan mana-mana pihak. Beliau juga menyatakan kekecewaan terhadap sikap ketinggalan zaman universiti yang hanya pandai mengongkong mahasiswa dan bukannya membantu mereka ke arah keadaan yang lebih baik. Jelas, sikap pentadbir universiti perlu diambil perhatian semua dan kuasa autonomi mahasiswa untuk bersuara bukan sesuatu yang tidak relevan.
p/s/s- GMM sempat menjenguk diskusi meja bulat peringkat UiTM baru-baru ini. Ternyata ia indah khabar dari rupa. Masih tiada lagi keBEBASan untuk pemimpin-pemimpin pelajar UiTM bertindak..
p/s/s- GMM sempat menjenguk diskusi meja bulat peringkat UiTM baru-baru ini. Ternyata ia indah khabar dari rupa. Masih tiada lagi keBEBASan untuk pemimpin-pemimpin pelajar UiTM bertindak..
0 comments:
Post a Comment