HIBURAN VS ILMIAH (3)- Satu diskriminasi atau kebetulan

Satu Diskriminasi atau Kebetulan


Salam hujung minggu buat warga UiTM..
Angin Kampus UiTM semalaysia dua tiga hari ini bergerak mendung terhadap pelajar-pelajar sekelam cuaca yg melanda UITM Shah Alam, bermula dengan kejutan satu gambar konsert kontroversi di DSB (Dewan Sri Budiman) di laman sosial facebook dan diikuti Speaker Corner oleh aktivis mahasiswa.

Gambar yang tersebar di laman sosial pelajar UiTM sehari dua ini berkaitan konsert anjuran satu kelab dalaman yang telah mendapat perhatian dari setiap pihak, ada yang tidak puas hati dan tidak kurang juga ada yang menyokong berkenaan konsert itu. Kerisauan pelajar-pelajar kebanyakannya adalah berasas jika dilihat penganjuran program hiburan idari setahun lepas. GMM cuba menyenaraikan program-program berbentuk hiburan yang sempat diambil di UITM Shah Alam pada tahun 2011. 

Apa yang pasti, ekoran pendedahan gambar ini, ramai pihak tampil mengatakan kekesalan atas penganjuran konsert sebegini yang ternyata melalaikan dan memberi gambaran negatif kepada pihak luar. GMM mendapat tahu bahawa hal ini bukanlah isu baru kerana sebelum ini, pelbagai konsert yang menghidangkan artis-artis pujaan tanah air sudahpun diadakan di segenap penjuru UiTM.

Timbul persoalan mengapa sekiranya ingin diadakan program-program ilmiah, kerenah birokrasi yang terpaksa dihadapi sangat menekan mahasiswa UiTM. Adakah pihak tertentu sengaja memudahkan kelulusan program-program hiburan sebegini supaya remaja UiTM terus leka dan lalai, selesa dalam zon masing-masing sehingga memandang enteng perkara-perkara yang berlaku di luar sana yang berkaitan dengan keadaan masa depan Malaysia?
Persoalannya lagi, adakah ini satu diskriminasi atau kebetulan?:-

1-PUBLISITI

Program-program hiburan mendapat PUBLISITI MELUAS dengan banner dan bunting sekeliling UiTM, program ilmiah hanya ditempat program sahaja. Sumber dipercayai GMM memberitahu, kelulusan program ilmiah yang sering lewat disebabkan birokrasi menjadi salah satu faktor hal ini sedangkan program hiburan baru-baru ini mendapat kelulusan kurang sebulan daripada perjumpaan pertama mereka dan siap ditaja untuk menjadi  ‘promoter’ hiburan oleh penaja berkenaan !

2-TEMPAT & FASILITI PROGRAM
Program berbentuk hiburan mendapat tempat & fasiliti yang sangat eksklusif dan mendapat tumpuan ramai seperti di Dataran Mawar,  Dataran Cendikia, DSB dan juga di DATC. Program ilmiah pula di dataran-dataran kolej, surau, dan Pusat Islam yang sememangnya terlalu sedikit pelajar tertarik ke sana, ditambah kesukaran mendapat kelulusan untuk mendapat tempat yang efektif yang telahpun di'booking' oleh konsert-konsert berkenaan.

3-TAPISAN
Jemputan program hiburan dilihat ditapis sebesar gawang bola sepak dengan undangan artis yang telah digam sendiri oleh RTM tapi penceramah atau panelis program ilmiah ditapis sebesar lubang jarum, menyesakkan dan menyusahkan pelajar sendiri yang terpaksa berulang kali naik pejabat HEP kerana terpaksa menukar penceramah.

4-SPONSOR & BAJET
Peruntukan untuk program hiburan MUDAH dan BESAR, tajaan dari stesen televisyen, syarikat komunikasi namun apabila dibandingkan dengan peruntukan untuk  program ilmiah hanya datang dari Hal Ehwal Pelajar dalam peruntukan yang terhad dan  kekangan komunikasi serta birokrasi apabila terpaksa mengadakan sehingga dua hingga tiga kali perjumpaan sebelum mendapat kelulusan.

5-KELULUSAN
Ini yang paling penting. Kelulusan program agak lambat diterima oleh program ilmiah menyebabkan pengurusan program agak kelam kabut berbanding program-program hiburan yang mendapat sokongan & pelinciran dari pihak atasan.  Di mana keadilan??

Bagaimana? adakah ia satu tuduhan melulu? maaf dipinta jika terkena tapi ia adalah REALITI hasil dari pengalaman sumber dipercayai GMM dan rakan-rakan UiTM sendiri yang sedang atau habis beraksi di dalam arena kampus UiTM ini...YAH nie lg satu konsert akan datang...KITA LIHAT BAGAIMANA??

Oh ya! GMM tidak lupa mengingatkan mahasiswa UiTM mengenai kejadian yang berlaku di Dataran Cendekia baru-baru ini apabila terdapat pidato pelajar yang dikatakan di’cemari’ dengan kehadiran beberapa aktivis mahasiswa luar. Apapun, kejadian sebegini tidak sepatutnya berlaku kerana mahasiswa yang hadir untuk memberikan hujah-hujah mereka dan mahasiswa lain boleh terus menanyakan soalan atau berdebat dengan ilmiah sekiranya tidak sependapat, konsepnya sama seperti pidato politik yang diadakan oleh Pemuda BN tak lama dulu. Untuk ulasan yang lengkap..tunggu...

Dan bagaimana pula program ilmiah yang berada di UiTM ini pula,adakah sudah menepati kehendak semasa mahasiswa atau berada di awangan semata-mata..? Sama-sama lawati GMM dalam siri seterusnya ….

p/s : Sebelum terlupa telah berlaku banjir di UITM  di Pusat Kesihatan dan beberapa tempat sekitar UIC  yang dinaiki air setinggi 0.5 meter, sudah lama tidak banjir..emm adakah petanda dari Allah dengan banyaknya program hiburan nie..Wallahua’alam..jumpa pada episod seterusnya…

AKAN DATANG..


HIBURAN VS ILMIAH (4)

-PIDATO POLITIK VS SPEAKER CORNER- .......nantikan..


0 comments:

Post a Comment