HIBURAN VS ILMIAH (2)

Bahana cerita hantu!

Cerita hantu dan cerita seram satu benda yang berbeza.Seram xsemestinya ada hantu. Tapi bila ada hantu mesti seram.TAPIIIII....mana ada hantu!!

Aku bukan la seorang pengarah filem. Tapi untuk menyumbangkan idea dalam industri filem barangkali ada. Aku juga bukanlah anti hiburan dan filem melayu. Semua movie aku tengok. Dan aku pasti setiap orang mempunyai pandangan yang tersendiri tentang filem apa yang mereka tonton.

Cuma aku melihat filem melayu pada hari ini berlambak filem hantu. Ye la...bagi aku filem hantu paling mudah. Berapa ramai yang dah nampak hantu?Jadi mudah untuk kita 'mereka' filem hantu sebab kita tidak berada di dunia mereka. Agaknya kalau hantu tengok pun dorang ketawa sebab nanti dorang cakap "kita pun xmcm tu...tipu je manusia ni.hahaha"

Walaubagaimanapun,aku risau bilamana memikirkan kelahiran filem seram yang terlalu banyak ni. Apatah lagi ianya menontonkan lakonan yang boleh menjejaskan akidah umat Islam. Bila berlakon hanya memikirkan keuntungan inilah padahnya.

Sebagai contoh,Filem terbaru ni.Suatu malam kubur berasap.




Tengok tajuknya saja menjadikan kanak-kanak boleh takut.

Jangan sampai kanak-kanak nanti cakap "mak....adik tak nak tanam kat kubur boleh?takut la kubur nanti berasap" sebagai mak bapak nak jawab mcmane?


ini bukan maharaja lawak mega tuan puan. Ini soal akidah dan masa depan Islam.
APa pandangan orang bukan Islam bila tengok filem hantu ni..Silap-silap mereka tak nak masuk Islam. Bahkan mereka boleh bergelak ketawa bila orang Islam cerita tentang mati dan alam kubur. Kita ni kononnya kuat sangat kemelayuan,sebab tu ISLAM tak boleh nak jaga.

Tambah lagi,ia boleh menjadika kita syirik kepada Allah. Anak-anak dijadikan takut kepada syaitan dan hantu tapi tidak takut kepada Allah.

Barangkali kita melihat ia sebagai cerita lawak seram,tapi mati berkait rapat dengan kehidupan manusia. Bahkan Allah berfirman "jangan kamu mati melainkan dalam agama Islam". Kalau bab mati kita masih lagi boleh bergelak ketawa,apa lagi yang mampu membuatkan kita menangis kerana takut akan mati?

Islam bukan agama yang untuk dipermainkan..Islam dihina oleh umatnya sendiri.

Justeru, kita kena berhati-hati dalam menonton filem seram begini. Ibu bapa perlu mengawasi anak-anak. Sepatutnya tanamkan terlebih dahulu Akidah yang jelas pada mereka..Supaya tidak menjadi kerisauan di akhir nanti.

Sampai bila akan begini?

from http://anwarateh.blogspot.com/2011/12/bahana-cerita-hantu.html

GMM : satu cetusan dari seorang pelajar UiTM yg mngkin bimbang diatas fenomena yg berlaku sekarang..hiburan yg tmbuh bak cendwan besar tmbuh selepas hujan sekarang nie.. GMM bersifat terbuka kearah hiburan ini sebab ia adalah satu ekspresi manusia untuk mencapai tujuan kesenangan dan keseronokan, tapi bagi kami sebagai mahasiswa ia harus berbeza bagaimana bentuk hiburan yg perlu dihadam oleh peringkat mahasiswa yg dikatakan intelektual ,adakah hiburan berbentuk ringan dan tiada mesej dan kdg2 memberi mesej yg songsang kepada mahasiswa,ini yg mahu diterapkan kepada warisan bangsa,agama kita yang akan memimpin negara pada anak cucu kita nanti.sudah tentu tidak bukan..???


GMM menghargai usaha kelab2 dan persatuan dalaman dalam menganjurkan program sebegini,tapi bukankah lebih baik jika diorientasikan program nya kearah membentuk pemikiran mahasiswa yang sepatutnya..dgn konsert kita panggil band2 ini dengan menyediakan lirik2 berunsur semangat,kemanusiaan atau ketuhanan, buat pementasan drama berkenaan sejarah,tokoh2 dan lain2. bukankah mencabar segala apa yg telah dipelajari didlam kelas.Apa yg disogokkan sebenarnya kepada mahasiswa adalah hiburan picisan yg sesuai untuk kebanyakan atau komersil tapi kita adalah golongan mahasiswa yg berpendidikan.ambiklah kata-kata kami ni sebagai satu cabaran buat kamu seperti fakulti TEKA,music,persatuan kebudayaan dan lain2 serta termasuk juga persatuan yang cuba untk mengubah persepsi mahasiwa terhadap HIBURAN..

0 comments:

Post a Comment