Gambar diambil dr (http://www.sinarharian.com.my/nasional/mohamad-pelaksanaan-aes-baik-1.99512) |
Baru-baru ini kerajaan Malaysia telah mencadangkan pengunaan AES, Sistem Penguatkuasaan Automatik....
Apa itu AES ??? Meh Uncle M habaq..
AES adalah sistem kamera automatik berteknologi tinggi yang dipasang di lokasi yang dikenal pasti sering berlaku kemalangan selain bertujuan meningkatkan keberkesanan dan kecekapan sistem penguatkuasaan serta mampu mengurangkan kemalangan maut...
Oooo... itu rupanya AES... Faham ka ?
Tengok gambar bawah ni supaya anda lebih faham apa itu AES?
Cuma persoalan yang bermain di pikiran Uncle M, betui ka AES nie boleh mendidik pemamdu supaya jadi lebih beretika di jalan raya ? Betul ke bleh kurangkan kemalangan jalan raya?
Banyak survey yang Uncle M lihat di internet, kata mereka tidak bersetuju dengan pemasangan AES secara drastik nie.. Alasannya adalah AES tidak menjamin pengurangan malah memberi masalah kepada pemamdu...
Contoh, kata seorang individu yang komen, Pak Man( bukan nama sebenar ), beliau kata, "Penggunaan AES ini adalah termasuk di jalan-jalan yang tidak sibuk, bukan setakat lebuh raya.. Bayangkan sesetengah AES telah di setkan dengan had pemanduan yang tidak melebihi 50 km/h dan ada yang 30 km/h ", kata Pak Man..
Wah, biar betul... Kalau 30km/h nie, pak cik yang nak ke masjid pun kena AES... Erm... Susah la macam tu.. Dengar citer jugak, AES telah ditentang hebat oleh negeri yang dikuasai PR dan menolak pemasangan AES... Jika betul, ia satu tindakan yang tepat sebab AES ini perlu dikaji dulu pelaksaannya. Bukan terus laksanakan...Tidak kurang hebatnya gambar-gambar AES di Facebook yang dirosakkan... Erm...
Terpikir gak Uncle M, untung jika dapat tender buat AES... Banyak masyuk tu... Rosak, buat baru... Memang clear la jap lagi jalan raya... Patut la tak de kemalangan...
kikiki~
~ UNCLE M ~
GMM Fire Team
(^-^)
Admin GMM-Artikel diatas merupakan hasil tulisan dari pembaca blog GMM yang mengemailkan karya beliau kepada GMM Admin. Anda nak hasil karya anda diterbitkan??Sila ke pautan diatas Ingin Menjadi Team GMM.
0 comments:
Post a Comment