Salam Maal Hijrah 1434H


Assalammualaikum..

Pertama-tamanya, GMM sangat teruja dengan kehadiran begitu banyak program – program kerohanian sekarang ni. Terbaikklah pihak HAL EHWAL PELAJAR UiTM SHAH ALAM sebab luluskan dan bagi bajet untuk program-program kerohanian yang besar

Thanks sesangat to our beloved VC, TNC, Pengarah Pembangunan Pelajar, dan terutamanya staf-staf HEP sebab yang sentiasa membuka pintu dan ruang untuk program kerohanian berlangsung, dan pihak GMM berharap usaha menyemarakkan dakwah Islam akan berterusan dan sentiasa mendapat sokongan orang atasan.

Cayalah, we UiTM student love uoll!!..

Untuk makluman, kat bawah post ni teman sertakan senarai program kerohanian yang akan berlangsung bermula malam ni. Datang, jangan tak datang. Mana tau terserempak teman kat sana kan haha. 

Ps: if jumpa orang yang datang pakai topeng V kat Masjid UiTM malam ni, tegurlah ye..ahaks!

Secondly, sempena dengan MAAL HIJRAH ni, teman nak pesan pada member-member sume, jom kita semarakkan masjid / surau dan sama-sama. Moh le kita sama-sama cari keredhaanNya, dan moga dengan kedatangan awal muharram ni, kita dapat ubah apa yang tak elok tu menjadi lebih elok, lillahi Taala. Antaranya, if tak bertudung, boleh la start pakai tudung, if merokok, berhentilah merokok sebab terang tang-tang hukum dia haram kan?. Apa yang penting, bukan setakat kerjasama, tapi apa yang penting kita kena ingat hidup kita hanyalah semata-mata untuk Allah, okai?

Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdikan diri(beribadat) kepadaku.
Adz-Dzariyat 51: Ayat 56.

“Dan tiadalah kehidupan dunia ini selain dari main-main atau senda-gurau. Sedangkan akhirat itu, sungguh lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Tidakkah kamu mengerti?.
Al-An’am 6: Ayat 32.

Moga kita semua sentiasa dalam iman dan takwa padaNya.
Salam Maal Hijrah everyone!!

Oleh: The White Wing.

 
Senarai program kerohanian di UiTM SHAH ALAM. Masyarakat luar dialu-alukan datang!!
 

14 Nov 8 MALAM - SYRIA IS CALLING,
Anjuran Kolej Jati
Panel jemputan: Sheikh Samir Saqqa, Ulama' Syria, Ustaz Nazmi Karim (penterjemah), moderator Ustaz Syed Amni.
Venue : Masjid Tuanku Mizan UiTM 

 
15 Nov 8 MALAM - MALAM SIRAH MUZIKA L "KU CARI LAMPU ALLAH",
Anjuran Persatuan Mahasiswa Hadhari, CITU dan MPP.
Venue: Masjid Tuanku Mizan UiTM

 
15 Nov 8 MALAM – FORUM MAAL HIJRAH : QURBAN HIJRAHKU : BERKORBAN, TERKORBAN?
Anjuran Kolej Jati. Panel jemputan : Ustazah Fatimah Syarha, Ustaz Dasuki Abd Rani, moderator : saudara Mubasyir Zakaria. 
Venue : Dewan Serbaguna Kolej Jati.

16 NOV 8 MALAM - MALAM MENCARI HIJRAH.
Anjuran CITU, Jemputan : Dr. Mil Hazil Azran, Rabbani, No Noise Percussion, Ustaz Ghazali Ibrahim. 
Venue : DATC

17 NOV 8 PAGI-2 PTG - BENGKEL HAWA BIJAK BERHIJAB,
Anjuran : Kolej Melati, Jemputan : Puan Muna 'Izzah Fadzil. 
Venue : Dewan Melati Perak

17 NOV 8 MALAM - Akhirnya Aku Jatuh Cinta, 
Anjuran : Kolej Melati,
Jemputan : Ustaz Mohamad Farhan B. Abdullah Al Hafiz & Yatt Hamzah. 
Venue : Dewan Kuliah A, Fakulti Kejuruteraan
 

18 NOV 8.30 MALAM - FORUM SENI BELADIRI DALAM ISLAM : "NYAWAKU, MARUAHKU, TANGGUNGJAWABKU"
Anjuran Persatuan Seni Silat Cekak Hanafi, MPP dan CITU.
 Panel Jemputan : Ustaz Don Daniyal dan YM DR Syeikh Hj. Md Radzi Hj. Hanafi. Moderator : Sir Irmohizam. 
Venue : Masjid Tuanku Mizan

19 NOV 8 MALAM - BICARA SELEBRITI "AKU FASHIONSTA", 
Anjuran : Kolej Melati, 
Jemputan : Ustazah Fatimah Syarha & Puan Muna 'Izzah Fadzil. 
Venue : Dewan Kuliah A, Fakulti Kejuruteraan

20 NOV 8 MALAM - SEROJA BERSELAWAT
Anjuran : Kolej Seroja Uitm dan TaHa@U, 
Jemputan menarik : Farabie Band dan Al-Maulid.
 Venue : Dataran Kolej Seroja

21 NOV 8 MALAM - AKU PENGEMIS CINTA,
Anjuran : Kolej Seroja dan Persatuan Mahasiswa Hadhari (PMH), 
Jemputan menarik : Catriona Ross dan Diana Amir. 
Venue : Dataran Kolej Seroja

22 NOV 8 MALAM - MOTIVASI HIJRAH,
Anjuran : Kolej Seroja, 
Jemputan hebat : Amin Idris.
Venue : Masjid Tuanku Mizan UiTM


 
Last but not least!

Selamat Hari Kelahiran Buat YDP MPP UiTM Malaysia, Saudara AzrafuL Azman!!





0 comments:

Post a Comment