GEMPAR :BENDERA PAS DI UiTM SHAH ALAM !!!



Hari ini Uncle M mendapat satu berita mengejutkan dari rakan-rakan aktivis mahasiswa UiTM Shah Alam…  Kibaran bendera PAS, di dalam UiTM Shah Alam… !!


Jika sebelum ini, UiTM sangat sinonim dengan kebiruannya namun hari ini sebahagian pelajar UiTM telah membuktikan bukan semua anak muda yang bersetuju dengan kerajaan…Mereka turut menolak kepimpinan yang korup… 

Jika acara atau program UMNO, Uncle M pasti semua orang dah tak terkejut dengan program atau kelibat puteri/pimpinan UMNO serta NGO UMNO lain seperti PERKASA yang datang ke UiTM menghasut anak-anak muda melayu menyokong mereka. Tak perlu Uncle M buktikan sebab semua orang tahu tentang program wanita UMNO di kolej mawar tahun lepas dan persidangan PERKASA diperingkat Selangor baru-baru ini… Itu baru dua contoh, yang lain malaslah Uncle M nak habaq… Korang cari sendiri la…. Tapi hari ini, kibaran bendera di Menara Sains Teknologi telah membuktikan yang anak muda UiTM juga mahukan perubahan dalam PRU 13 nanti….

Uitm yang di anggap sebagai lubuk emas bagi UMNO kini bukan lagi tempat yang boleh mereka dapatkan sokongan anak muda terutamanya melayu dan bumiputra…. Adakah ini juga salah satu petanda awal anak muda menolak UMNO terutamanya yang sebahagian besar dari mereka korup kepimpinannya dan tidak layak langsung membimbing anak muda… ?? Jika UiTM sudah menolak, apatah lagi universiti-universiti lain… Sebab UiTM nie bagi Uncle M adalah asas kepada sokongan anak muda UMNO… 

-    
Kini pro- haluan kiri sudah mula melangkah dengan berani di uitm…   Walau siapapun yang memasang bendera PAS itu tahniah Uncle M ucapkan…. Sudah lama Uncle M tidak dengar citer-citer panas dan begini di uitm…. Kita sebelum ini lesu dek belajar mungkin…. J

Lu memang berani bro..!


Uncle M 
GMM Fire Team


Admin GMM-Artikel diatas merupakan hasil tulisan dan gambar-gambar adalah dari pembaca blog GMM yang mengemailkan karya beliau kepada  GMM Admin. Anda nak  hasil karya anda diterbitkan??Sila ke pautan diatas Ingin Menjadi Team GMM

Reactions:

0 comments:

Post a Comment