TV 3, ALAT ZIONIS DI MALAYSIA ???

Oleh:  THE OBSERVER


TV 3: POLITIK KEPARTIAN   +    HEDONISME MELAMPAU    = PENJAJAHAN MINDA


-berhati-hati.. jangan mudah terpedaya..-


Assalammualaikum

Sangat ketara pada saya bahawa TV 3 sekarang bekerja secara licik untuk memastikan anda dipengaruhi  dengan agenda ‘mereka’! Tidak perlu saya katakan siapa mereka, anda lihatlah dengan matahati dan nilailah sendiri, siapa mereka..


INFORMASI MENJIJIKKAN….





Sepatutnya berita-berita dari seluruh negeri dengan isu yang pelbagai disiarkan tanpa ada kecenderungan pada mana-mana parti politik, tetapi, demi PRU 13, tidak sedikit maklumat yang ‘dipotong’, ‘diseleweng’ atau direncanakan demi kepentingan pihak tertentu. Kandungan berita pula lebih fokus kepada mengfitnah pembangkang dan mmperbesar isu yang remeh temeh. Mengapa iklan untuk menggalakkan rakyat mengundi, dengan cogan kata – saya undi Malaysia tetapi  warna biru sangat dominan didalam iklan?

Untuk baca lebih lanjut, sila rujuk sini: http://pre-lawrian.blogspot.com/2012/08/may-it-please-rakyat.html


HEDONISME SEBAGAI ALAT MENJAJAH MINDA

-hiburan, alat zionis menjatuhkan Islam-


Hedonisme ialah doktrin yang memandang kesenangan sebagai kebaikan yang paling utama dan kewajipan seseorang untuk mencari kesenangan bagi tujuan kehidupan.

Hedonisme ditonjolkan kerana bila rakyat dilekakan dengan hiburan demi hiburan berlandaskan nafsu dan tak mengikut nilai islam, masyarakat itu akan terhalang dari berfikir mengenai  dakwah dan nasib umat Islam. Mudahlah masyarakat  diperbodoh, tak kisah bila kemiskinan dan ketidakadilan menghimpit.   Contohnya, walaupun masyarakat India sangat miskin, mereka tidak kisah kerana ‘disihir’ dengan sentimen hiburan yang kuat ( Bollywood, Mollywood )

Ingat, hedonisme inilah antara senjata MUSUH ISLAM, antaranya pihak zionis dan tentera dajjal iaitu ‘anti-christ’untuk menjatuhkan umat Islam.


 


HIBURAN SEBENAR DALAM ISLAM ...

Bro and Sis, tak salah untuk berhibur kerana hiburan adalah fitrah manusia, tapi, kenalah ikut nilai-nilai Islam. Selagi menutup aurat, tiada penonjolan pergaulan bebas atau persentuhan lelaki perempuan bukan muhrim, Islam membolehkan, kerana Islam itu mudah dan indah. Aktiviti rekreasi yang pelbagai pun antara hiburan yang dibolehkan dalam Islam.. J


JOM UBAH!





Harapan saya, agar kita mahasiswa ni tidak jadi mangsa propaganda dan tidak terima ‘any’ info bulat-bulat, tak kisahlah pro kerajaan atau pembangkang.  Dan keduanya, tentang atau elaklah menonton program yang membawa hedonisme. Walaupun dalam TV3 ada program 'Islamic' tapi selagi ada benda haram , ia tetap tidak elok. Adakah anda boleh makan lauk ayam disembelih yang bercampur daging babi ?? . Benda yang baik kita terima, benda yang jelas mungkar wajib kita cegah dan jauhi. 


Wallahualam.


Oleh: THE OBSERVER
~ GMM FIRE TEAM ~

0 comments:

Post a Comment