Bahang PRU Menusuk Ke UiTM


Malam kelmarin balik dari kelas tengok atas meja ada satu borang kaji selidik..tup tup tengok.. O.O wow..borang ape ni..tetiba je..untuk FYP ke??tengok-tengok...

Kajian Persepsi Pelajar UiTM Terhadap Kepimpinan Negara

Hahaha...nampak sangat le tu nak tahu pelajar UiTM di sebelah mana...tanya geng lain, korang dapat ke borang yang sama?diorg bagitau, “Kat fakulti tadi aku isi jugak..nyirap tol..” dan ada juga pihak yang dapat melalui sms dan panggilan telefon bertanya soalan yang sama.


Ni yang dari Fakulti FKM


Ni yang diedarkan kepada Kolej Kediaman di UiTM Shah Alam
  
Wow..kata kajian Akademik, 

Persoalannya:
Kalau betullah nak buat kajian kenapa borang berbeza?


Bukan tu je, pada Konvensyen Mahasiswa Kelantan 1 Malaysia 2012 tu ada gak benda alah ni..
  
Sedikit info utk konvensyen yang pengurusan  siap telefon dan keluar senarai anak negeri Kelantan ni suruh turun ke program ni.


Ulasan dari berita:

SHAH ALAM 8 Dis. - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed memberi jaminan akan melaksanakan perubahan yang lebih besar sekiranya rakyat memberikan sokongan dan kepercayaan kepada BN untuk menguruskan pentadbiran negeri itu.


''Saya berjanji akan membawa perubahan yang lebih besar kepada negeri Kelantan, begitu juga dengan negara ini secara keseluruhannya jika BN kembali menguasai Kelantan," katanya yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri ketika berucap pada majlis penutup Konvensyen Mahasiswa Kelantan 1Malaysia 2012 di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini hari ini.



Artikel Penuh: Utusan Malaysia
 

Ni soal selidik yg diperlu dijawab oleh yang hadir

Wow…terdesak ke??Sampai suruh semua anak Kelantan turun program yang kata ‘tiada terlibat dengan mana-mana parti politik? 

Bukan dari UiTM sahaja tapi dari Universiti Awam lain ada juga.

Eh eh..aritu kata “POLITIK TIDAK BOLEH MASUK KAMPUS”ni apsal ni... 

Buat program nama 

AKADEMIK

 tapi isinya

 ‘POLITIK KEPARTIAN

Mungkin diorg lupa..




“ Mereka boleh menyertai parti politik di luar kampus tetapi dilarang membawa fahaman politik kepartian ke dalam kampus kerana ia menjejaskan suasana neutral di kampus,” - DS Khaled Nordin.




 
Sumber:Utusan Malaysia

 Tapi hakikat yang terjadi?


26 Ogos 2012-Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, dalam satu kenyataan berkata, Pemuda Umno akan menubuhkan kelab penyokong di setiap kampus institut pengajian tinggi awam di negara ini bagi meraih sokongan golongan mahasiswa terhadap parti itu dan Barisan Nasional (BN).


  
 Sumber :
1.   Sinar Harian

Pada 19 April lalu, Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2012, yang membenarkan penuntut universiti terbabit dalam politik dan memegang jawatan dalam persatuan serta pertubuhan di luar kampus.

Pindaan itu menyediakan peruntukan bahawa seseorang pelajar boleh menjadi ahli mana-mana pertubuhan, termasuk parti politik, sama ada di dalam atau di luar Malaysia.

Bagaimanapun, ia mengenakan sekatan ke atas penglibatan pelajar dalam aktiviti politik di kampus.

Pagi tadi (27 Disember 2012) dapat maklumat ada satu notis/kertas ditampal di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media.
 
Tepuk dada tanya diri..adakah PRU dah dekat????Dapat 'tiket' FREE masuk semua Universiti Awam ye ^.^

Yang berapi,



7 comments:

  1. stuju ngan entri ni... sedih la UiTM walaupun kerajaan yg menolong bangunkan UiTM n menolong melayu bumiputera, tp janganlah buat politik murahan cmni... biarlah pelajar2 tidak terdedah dgn mana2 anasir politik bukan saja BN malah Pembangkang sekalipun... hrp UiTM kurangkan aktiviti seperti ini... UiTM di hati ku <3

    ReplyDelete
  2. ni spekulasi...sja gembar gembur....rakyat yang saja porak perandakan negara..nk lihat negara runtuh,btlah hal. jangan sampai suatu hari nanti menyesal kalau parti lain yang memerintah....hidup kerajaaan..yang dah memerintah negara.....56 tahun!!!!!

    ReplyDelete
  3. Bukan ni je..banyak lagi program2 yg tidak didedahkan...kalau dedah PASTI KANTOI pengurusan berat sebelah yang membenarkan PARTI POLITIK MEMBUAT PROMOSI FREE di dalam kampus

    ReplyDelete
  4. macam mana mahasiswa nk berkembang pemikiran jika berterusan begini

    ReplyDelete
  5. betul dan benar. Semua ini berlaku di dalam UiTM Shah Alam ini. Sangat menyedihkan!

    ReplyDelete
  6. benda ni dah lama berlaku,byk program2 dkt uni yg sbnrnya secara tersirat menyuruh siswa menyokong kerajaan

    ReplyDelete
  7. biarlah sokong kerajaan yag dah tentu mendokong hidup kau. ingat PAS bagi boleh bagi makan rakyat dia ke?

    -penyokong tegar GMM Haprak

    ReplyDelete