MUNAFIKUN KEMBALI MENGGANAS


Baru-baru ini UiTM boleh berbangga sekejap dengan program agama yang dianjurkan oleh pelbagai pihak seperti kelab dalaman, kolej, pusat islam dll selama 10 hari berturut-turut.

Namun segalanya terpalit dek kerana satu rentetan program yang sangat buruk dan mencemarkan imej UiTM iaitu program Festival Mawar Indah dan Anggun (FEMINA). 

Siap ada kupon lagi terrr..
Sebelum ini mungkin anda terbaca posting dari GMM berkaitan gangguan golongan munafik di UiTM. Belum baca?  < Baca di sini>

Apa yang mr.Freelance ingin sampaikan program ini membuktikan golongan ini bukan sahaja mengganggu, malah semakin menggila dan mengganas.

Ada empat fokus utama mr. freelance, pertama,

1. Mawar Got Talent on 20/11. 
Memang dasar munafikun dengan menganjurkan program jahiliyah yang membawa peserta dekat pada neraka dan kemurkaan Allah. Program ini memang tiada keberkatan bahkan ini satu bala kepada kolej mawar. Sepanjang program ini mengikut pemerhatian, Mr. Freelance terlalu banyak masalah teknikal. 

2. Konsert Akustik on 21/11.
Wau, sambutan boleh tahan dengan kehadiran penyanyi Adi Six Sense bersama sebuah band demi melaghakan warga mawar dengan hedonism melampau. Maka terlompat terkinjalah yang hadir pada malam itu. Tepik sorak sudah seperti manusia yang hilang akal. 


Mr. Freelance sejujurnya hairan dengan jumlah peruntukan yang dikeluarkan, dan selepas disiasat didapati program ini menerima penajaan dari luar. Tak sangka ada juga penaja (sebuah syarikat bumiputera) dari luar mahu merosakkan anak bangsanya sendiri.

Tidak habis di situ mereka menganjurkan pula,
3.  De Voice Night -23/11, kesinambungan dari Mawar Got Talent. 

Dengan kehadiran artis Shiha Mentor, buat kali ketiga warga Mawar dimabukkan dengan program berunsurkan maksiat. 
Program penutup pada 25/11 pula amat mengejutkan mr.freelance kerana ianya seakan-akan membuka satu rahsia bahawa golongan munafikun ini bukan sedikit tetapi mempunyai rangkaian yang besar dan stabil dalam UiTM.

Program ini dinamakan Hari Mawar Kasih yang juga merupakan majlis penutup bagi FEMINA.
Ia dihadiri oleh pegawai besar UiTM sendiri iaitu Dr. Bahrin, Pengarah Pembangunan Pelajar UiTM dan Tn. Hj. Aziz  yang merupakan pegawai di pejabat bendahari UiTM dan mereka dihiburkan dengan tarian dari penari-penari pusat kebudayaan UiTM.  

 Memang pergh! Sedih melihat program maksiat sebegini mendapat “restu” dan “redha” pihak pentadbiran UiTM(Kolej dan JPK yang melaksanakan benda ni).

Koreksi:
Sebagai akhirnya mr.freelance ingin membuat penegasan di sini: 
1.      Mr. Freelance tidak pernah menghalang dengan membabi buta sebarang program berbentuk hiburan, namun hiburan itu perlu dikawal dan berpandukan syariat 
2.     Mr. Freelance mengecam budaya hedonism melampau di dalam sebuah institusi yang sepatutnya menjunjung tinggi nilai ilmu dan ketamadun. 
3.     Mr. Freelance mengingatkan mereka yang terlibat agar segera menghentikan aktiviti-aktiviti sebegini sebelum serangan yang lebih besar dilancarkan kepada mereka.



Yang Benar,
Mr Freelance
Penaku Menari Tarian Pedang.

Penafian:Pemilik video tidak ada kena mengena dgn GMM

1 comment:

  1. Assalamualaikum, Salam Ukhwah.
    Mr. Freelance,
    Sebelum saya memulakan bicara, saya ingin menyatakan yang saya tidak menyebelahi mana-mana pihak. Saya bukan pelajar di Universiti itu tetapi saya telah di-invite untuk membaca post ini. Memang betul apa yang dikatakan oleh Mr. Freelance tu. Bagi pandangan saya, program-program seperti itu memang ada sedikit sifat kebaratan. Tetapi mungkin bagi pihak penganjur tidak ada sedikit niat pun untuk menekankan budaya hendonisme yang keterlaluan. Maaf jika saya terkasar bahasa, tetapi Mr. Freelance perlu ingat yang kita ini manusia. Sentiasa melakukan kekhilafan sama ada besar ataupun kecil. Walau bagaimanapun, kita sebagai umat Islam yang hidup sebagai saudara perlulah berpesan-pesan kepada kebaikan. Bukan dengan cara memanipulasikan sesuatu perkara tanpa mengkaji dengan lebih mendalam. Sekali lagi saya menyatakan yang saya tidak menyebelahi mana-mana pihak. Jadi saya mengakhiri komen saya dengan lafaz Bismillaahir rahmaanir rahiim. Harap Mr. Freelance boleh bersikap lebih profesional. Terima Kasih

    ReplyDelete