Lynas:Impian atau Igauan Ngeri?




Kami bawakan faktanya untuk anda hasil hujung jari  seorang mahasiswa. 


Anda juga mahasiswa. 

Anda nilailah dengan pemikiran rasional, bukan dengan sentimen politik.




Sebelum saya mula untuk menerangkan anda adakah "Lynas:Impian atau Igauan Ngeri?"Sila tonton video ini



Untuk edisi Bahasa Malaysia :Lynas LojI Pembunuh (Edisi Bahasa Melayu)

Apa itu LYNAS?

Kilang memproses nadir bumi untuk menghasilkan barang-barang yang selalu kita guna dalam gadjet2 semasa.Contohnya alat elektronik dan komunikasi.

Apa itu thorium?



Thorium ni lah antara alternatif kepada uranium dalam penghasilan tenaga nuklear.  

Thorium apabila reput, akan menghasilkan gas radon radioaktif yang boleh dibawa dalam jarak yang jauh, meliputi udara yang disedut oleh rakyat Malaysia. 

Bahan radioaktif ini lah yang akan menyebabkan radiasi.









Sumber:

Berbahaya kah thorium?

- Thorium bukanlah terlalu berbahaya dalam jumlah tertentu. Namun ia masih boleh merisikokan keselamatan individu.

- Thorium menghasilkan radiasi yang sangat rendah.

- Namun jika thorium dikumpulkan = sisa pemprosesan nadir bumi bertambah dari semasa ke semasa ia boleh membawa padah jika dilepaskan.
  
Baru-baru ini keluar di dada akhbar di Malaysia...









Did u know??  Projek memproses nadir bumi di Gebeng oleh firma Australia,  

       - Lynas akan menghasilkan 20,000 tan sisa radioaktif setahun apabila beroperasi kelak. 

       -10 kali lebih kontroversi dari kilang nadir bumi Asia di Bukit Merah yang ditutup 20 tahun lalu
 
-      -Lynas argument : thorium mempunyai tahap radiasi yang rendah serta tidak mendatangkan bahaya kepada manusia dan persekitarannya

-      -BUT, ia bahaya apabila jumlah yang banyak mula terkumpul.

  SEBENARNYA, sebarang pendedahan berterusan tidak kira sekecil mana sekalipun adalah   bahaya kepada kesihatan dan merosakkan alam sekitar


 Banyak sangat kah sisa yang akan terhasil?
 20,000 tan setahun. Namun,  jika ada operasi tambahan? Bermaksud ada penambahan sisa    di situ.

 Ringkasnya, seperti tempat pembuangan sampah.Mula2 sikit, kita boleh kambus.Tapi bila  dah banyak, kita perlukan lebih ruang untuk kambus.

 Dan akan sampai ke satu tahap bila mana kambus pun takkan berguna lagi, jadi kita memerlukan ruang yang baru. Sama macam thorium neh. 

 Berapakah banyak tanah yang perlu kita korbankan untuk menampung sisa tersebut? 

 Adakah suatu hari nanti kita terpaksa berebut tanah dengan sisa radioaktif ini pula?

 LYNAS bercadang mahu beroperasi sekurang2nya untuk tempoh 12 tahun lamanya kerana terdapat perjanjian dengan kerajaan. 

 How much would the waste be by then??

Jika sisa dibuang melalui tanah dan dikambus, katakan lah jika dia bergabung dengan tanah, contohnya ketika hujan..air meresapi tanah.

 Adakah tidak ada kemungkinan bahawa ia akan mengalir bersama air di dalam tanah? 

 Tidak logik kah ia menganggu tumbuhan dan udara kita?

 Persoalan-persoalan ini GMM sampaikan kepada pembaca.

Tapi bukankah kerajaan ada jaminan wang RM50juta sebagai pra syarat utk merisikokan nyawa kuantan?

Keuntungan yang lynas raih =  rm8billion = SETAHUN.
Selama 5 tahun kerajaan akan dibayar rm10juta setahun sebagai bon jaminan.

Adakah nilai rm50juta boleh membeli tanah2 di malaysia? Alam sekitar kita?Udara dan air kita.

Adakah nyawa kita hanya bernilai rm50juta untuk 26juta nyawa rakyat malaysia?


Apakah cara terbaik untuk menguruskan thorium?
Pindahkan ia keluar dari negara kita!!! 

Tiada cara yang lebih baik dari cara ini.  Untuk rekod, jangka hayat thorium lebih tinggi berbanding uranium.

Ia perlukan masa yang lebih lama untuk terurai. 

Tidakkah anda memikirkannya?

Isunya di sini, rakyat Malaysia bukan hanya berfikir soal tinggi atau rendah kadar radiasi itu sahaja, tetapi kita sangat meniti beratkan soal keselamatan, kesihatan dan alam sekitar. 

Kalau tiada jaminan bahawa ia akan selamat, siapa yang mampu bersetuju dengan projek tersebut? 

Kesimpulannya, apakah dengan merisikokan nyawa rakyat dan alam sekitar ini akan berbaloi?

Adakah wang ringgit mampu mengembali kan senyum seorang kanak-kanak yang telah cacat seperti Lai Kwan? 


If Australians don’t want it(the thorium) then why should we MALAYSIA sacrifice our future generation?????


Konklusi adalah Lynas Malaysia satu Impian atau Igauan Ngeri????

0 comments:

Post a Comment