GMM-ready to shoot!


Assalaamua’laikum wbt, hello there! 

Krik…krik ...krik….

GMM sudah beberapa ketika tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan atau posting yang pastinya membuatkan pengunjung GMM tertanya-tanya apakah yang disembunyikan oleh team GMM. Adakah GMM merajuk kerana keputusan PRU-13 tempoh hari?? Oh TIDAK SAMA SEKALI!  Team GMM meraikan hari demokrasi negara itu dan sedang menghadam hasil dan hikmah disebalik apa yang berlaku. 

Jangan risau! GMM hanya berhenti seketika untuk few renovations pada blog GMM yang anda minat ini. KINI terbaru, kami tampil dengan para penembak tepat yang pastinya akan membuatkan hari-hari anda kembali berdebar debar menanti posting baru daripada GMM. 



GMM kini akan memperkenalkan beberapa ruangan baru sebagai tanda GMM komited untuk berubah dan memberi satu kelainan kepada ruang diskusi mahasiswa ini secara umumnya. Antara TERHANGAT di GMM adalah ruangan baru seperti ANDA BERTANYA GMM MENJAWAB, LAWAK MAKAN DALAM, GMM berSPEAKING now! , PENA PEMBACA dan HIKAYAT.  

GMM juga tampil lebih kemas dan bertenaga dengan ruangan lama yang diberi nafas baru iaitu UMUM, PANAS, TERBARU DALAM KAMPUS, ILMIAH dan PRE-RELEASED.

Mesti masing-masing berdebar-debarkan? Haha…

Nantikan….GMM akan shoot beberapa isu dalam masa terdekat ini termasuklah isu warna warni PRU-13…ayuh nantikan. Keep supporting us!



0 comments:

Post a Comment