Assalaamua’laikum wbt, hello there!
Admin GMM sedikit terkilan dan sedih hari ini. Kerana negara
kita dilanda fitnah ‘tawaran nikah muslimat Syria’. Sedih dengan posting-posting di facebook dan
rakan bloggers yang agak tidak menjaga adab, admin dengan ini memberi laluan
untuk kita sama-sama memahami apakah konflik yang terjadi di Syria kini dan
mengapa fitnah yang muncul hari ini boleh terjadi. Rujuk sini.(isu syria?)
Umum menyedari, episod fitnah dalam Malaysia sudah menjadi
kebiasaan hinggakan ramai di antara kita dalam tidak sedar, ‘suka’ untuk
menjadi agen penyebaran fitnah ini, nauzubillahiminzalik!
Maka dengan itu, Admin mahu para pembaca istighfar dan
renung kembali, mengapa Syria terus bergolak?
Inilah sebabnya. Akidah. Admin tidak mahu mengulas panjang,
pasti para pembaca sudah disajikan pelbagai kisah kekejaman di Syria bukan?
Namun adakah para pembaca faham akan isu ini?
Beralih kepada isu nikah muslimat Syria. Biar gambar
berbicara. KLIK UTK LEBIH LANJUT
Gempar seketika negara dengan insiden fitnah ini. Memalukan
pada pendapat admin. Lupakah kita akan tafsir ayat 6 surah Al-Hujurat yang meminta kita menyelidik sesuatu berita yang datang sebelum mempercayai dan menyebarkannya?
Maka pihak yang bertanggungjawab menyalurkan info mengenai keadaan di Syria iaitu Rakyat Malaysia Bersama Revolusi Syria FB telah tampil menafikan sekeras-kerasnya fitnah ini.
Maka pihak yang bertanggungjawab menyalurkan info mengenai keadaan di Syria iaitu Rakyat Malaysia Bersama Revolusi Syria FB telah tampil menafikan sekeras-kerasnya fitnah ini.
Wahai teman-teman,
Tanah itu terus bergolak, namun fitnah terus ditembak.
Pedihnya terus merebak. Oh Malaysiaku, berhentilah mempercayai fitnah!
Sebaliknya lihatlah penderitaan yang terus bercambah.
Kenapa Syria terus tiada pembelaan? Kemana perginya berjuta
umat Islam yang prihatin?
Admin memuji tindakan Presiden Mesir, Mohamed Morsi yang memutuskan perhubungan diplomatik dengan Syria atas respons profesional dan tegasnya terhadap kekejaman yang berlaku di Syria tika ini. Admin juga menanti-nanti apakah tindakan dan respons daripada kerajaan Malaysia yang baharu sahaja mengalami pembaharuan barisan kepimpinan mengenai isu antarabangsa ini. Admin percaya, rakyat Malaysia juga menantikan inisiatif yang tegas daripada barisan kepimpinan negara untuk membantu saudara-saudara kita yang tertindas di sana. Berikutan siaran-siaran berita yang bersifat menolak tindakan Presiden Mesir itu, admin pulangkan semula pertanyaan pada pihak berikut, Apakah tindakan itu secara tidak lansung membawa erti bahawa media Malaysia tidak mahu mengambil tahu isu sebenar yang berlaku di sana? Adakah media bersetuju dengan kekejaman Basyar-al-Assad dengan menidakkan pertumpahan darah yang terus berlaku?
Hadam lah pertanyaan itu wahai yang menyaksikan kekejaman.
Admin dengan ini mengajak semua rakyat Malaysia malah semua
yang merasakan bahawa sudah tiba masanya Syria dilepaskan daripada kepimpinan
yang penuh kezaliman itu, untuk sama-sama berdoa dan sama-sama menghulurkan apa
sahaja bantuan yang termampu untuk meringankan penderitaan mereka. Setidak-tidaknya
janganlah kita menjadi penyebar dan peng’like’ kepada fitnah-fitnah yang
tersebar di media sosial tika ini. Admin tahu, para pembaca bijak menilai.
-SAYANGI SAUDARA KITA-
~Tabah lah saudaraku, kami juga diuji dengan fitnah yang tak
berhenti, namun kami tetap bersama kamu dalam perjuangan mengejar syahid dan
redha Ilahi. Maher Zain: Love Will Prevails
ALFATIHAH untuk saudara-saudara kita yang telah terkorban.
0 comments:
Post a Comment