Assalaamua’laikum wbt, hello there!
Panas lagi mengelirukan, ini lah isu yang menurut admin agak
mengganggu konsentrasi umat Islam untuk
menyambut dan meraikan Ramadhan yang datang kali ini. Tetamu mulia ini disambut
dengan suasana yang angak tidak seronok kali ini.
Larangan tazkirah oleh Mufti Pahang
Perak juga mencetus kontroversi.
Keadaan ini mewujudkan ketegangan apabila persoalan tazkirah
menjadi titik perbalahan. Keadaan ini mewujudkan respons yang tegang daripada
beberapa pihak termasuklah Ustaz Nasrudin Hassan.
"Saman, saya ke mahkamah. Tangkap, saya ke penjara.
Namun untuk membiarkan ummah ini jahil angkara kerajaan dungu ini, tidak sama
sekali," – Ustaz Nasrudin Hassan
Keadaan tegang ini juga membuat pihak JUHAM (Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia) mengeluarkan kenyataan rasmi.
Antara lainnya, JUHAM bersedia membela mana-mana AJK Masjid dan surau yang dikenakan apa-apa tidakan undang-undang berkenaan larangan memberi tazkirah khususnya di Pahang.
Sementara itu, Jabatan Mufti Selangor menyarankan supaya
tazkirah Ramadan diadakan dalam dua waktu ditetapkan sama ada selepas solat
Maghrib yang berakhir sebelum Isyak atau setelah solat Tarawih selesai
ditunaikan. Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid berkata, saranan itu dibuat
bagi menjaga keharmonian jemaah yang hadir ke masjid atau surau untuk
menunaikan solat sunat tersebut dalam suasana lebih kondusif. Katanya, setakat
ini, aduan berhubung masa tazkirah Ramadan itu tidak diterima, namun pihaknya
mengambil langkah awal bagi mengelakkan pertikaian di antara jemaah yang
konsisten untuk beribadah di masjid untuk mendapatkan keistimewaan Ramadan.
“Sekiranya tazkirah
di tengah-tengah Tarawih, ini akan mengganggu konsentrasi jemaah. Keharmonian
masyarakat yang datang itu mungkin berbelah bagi, akhirnya orang datang bukan
dalam keadaan seronok nak beribadah, tetapi memikirkan tentang (perkara) yang
akan berlaku selepas Terawih,”
Mohd Tamyes berkata, penyelarasan waktu tazkirah itu tidak
akan menjejaskan kehadiran jemaah memandangkan mereka yang berminat
menghadirinya akan sanggup menunggu program berkenaan walaupun lewat dimulakan.
Menurut admin sendiri, sudah lah berbalah mengenai hal agama
ini. Ayuh lah kita mengambil pendekatan membuka daripada menyekat. Mengapa
sesuatu yang baik harus dilarang? Pendapat yang menarik menurut pandangan
Admin;
Jadi, sudah-sudah lah memperlihatkan Islam seperti sesuatu
yang sempit dan banyak kekangan. Sebaliknya, tawarkan lah keterbukaan dan
kelapangan dalam agama yang sejahtera ini.
p/s: sementara itu, pesan Admin, berhati-hatilah apabila mendengar berita, sementara dalam bulan mulia ini, ayuhlah ambil pendekatan selidik dulu baru sebarkan. Semoga kita tak termasuk dalam golongan penfitnah.
Keep supporting us!
Ramadhan Kareem, selamat melangkah ke fasa ke dua Ramadhan!
-Admin-
0 comments:
Post a Comment