Assalaamua’laikum wbt, hello there!
Tanggal 1 Julai 2013, berita melaporkan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia akan menyiasat SPR berkenaan ketidaktelusan dalam pilihanraya yang lepas.
1) Ini Kali Lah! Vs Lain Kali Lah. Ragam sepanjang tempoh berkempen.
2) Tragedi dakwat kekal.
3) Ops bangla! Malaysian voters ONLY!
4) Seterusnya, drama momen-momen kehilangan peti undi
5) Dan pastinya yang terhangat hingga saat ini masih berbisa penangannya
adalah isu BLACKOUT
Untuk pengetahuan pembaca, lagu Beribu-ribu taniaa adalah lagu yang
popular semasa pilihan raya yang lepas. Admin tersenyum-senyum mendengar lagu
ini.Nakal sungguh pereka gambar ini.. huhu
6) Akhirnya PRU-13 berakhir dengan ‘kemenangan’ BN.
Kita telah menyaksikan pelbagai ragam dan cerita disebalik
PRU-13. 5 Mei 2013 menyimpan pelbagai sejarah dan peristiwa. Admin berasa
sedikit teruja dengan status kesedaran golongan belia mengenai hari memilih
pemimpin negara ini. Tahniah atas peratusan kesedaran yang meningkat! Namun
begitu, yang pastinya, BN telah mengekalkan kemenangan pada PRU kali ini.
Rakyat Malaysia telah pun memilih.
Walaubagaimana dramatiknya 5 Mei 2013 itu,
PRU-13 sudah pun melabuhkan tirainya. Rakyat yang masih yakin akan masalah
dalam pengurusan SPR yang berlaku akan terus menuntut bela, manakala yang masih
yakin bahawa ketelusan SPR tidak boleh disangkal, akan terus memberi hujahnya.
Kalah atau menang adalah adat dalam setiap pertandingan.
Ianya hanya lah adalah perbezaan angka dan nilai murni dalam perlaksanaan.
Masakan pohon bergoyang jikalau angin tidak bertiup? Masakan ada ketidakpuasan
hati jikalau ia benar-benar tidak memenuhi yang dijanji. Fikir lah sendiri.
Admin yakin, untuk
menutup mata ke atas isu yang timbul bukan lah satu perkara yang mudah. Admin
hanya mengharapkan dalam kita mencari yang terbaik sebagai barisan hadapan
negara, kita seharusnya menjadi yang terbaik dahulu sebagai pengukuh dan tulang
belakang yang reliable untuk barisan hadapan yang kita harap-harapkan. Ayuh,
sematkan semangat cintakan negara dalam diri, bawalah semangat ini ke tempat
yang tertinggi dan hiasilah ia dengan nilai murni dan akhlak terpuji. Admin
mengharapkan yang terpilih menjalankan tugasnya dengan baik dan memenuhi
janji-janji yang ditabur. Sementara itu yang tidak memperoleh kemenangan, kaji
lah semula stretergi, mungkin ada silapnya dimana-mana.
VOTERS, congratulations for doing your jobs! PRU-14 nanti
pasti lebih hangat dan dramatic menurut pendapat Admin lah… Kita tengoklah
macam mana nanti…Anyway, selamat maju jaya untuk SPRM dalam menangkap pesalah laku dalam pilihanraya yang lepas. Kita mahukan pilihanraya yang adil dan bersih.
Wassalam…keep supporting us!
Pendapat dan komen pembaca amat dialu-alukan.
SENYUM
0 comments:
Post a Comment