Mawar Kelayuan

Assalamualaikum..

DALAMAN KAMPUS: Akhir-akhir ini, kelihatannya rancak program kolej dan persatuan dijalankan bagi memenuhi kehendak mahasiswa. Pada masa yang sama, dapat juga disaksikan pertukaran pemegang posisi dalam institusi dan organisasi kepimpinan universiti. Namun, ada satu perkara yang Admin rasa perlu untuk diubah demi kebaikan mahasiswa universiti ini. 

“Mawar semakin layu”

Sepanjang minggu yang lalu, Admin mendapat tahu bahawa, Kolej Mawar telah menjalankan program FEMINA. Admin difahamkan pengisian dalam program ini sangatlah menarik. Admin memuji keupayaan Kolej Mawar menganjurkan program-program yang berimpak tinggi seperti ini. 





Tahniah kepada Kolej Mawar atas penganjuran program yang mendidik pemikiran mahasiswa.

Namun begitu admin dikejutkan dengan satu program yang kelihatan menjatuhkan maruah dan me”layu” kan mawar yang sedang kembang mekar di taman larangan.




Tengok poster admin dah geleng kepala dah, bagaimana poster yang memaparkan gambar sebegini boleh mendapat pelepasan  untuk ditayangkan kepada umum. Tiada sensivitikah pada orang yang membuat poster tersebut tentang larangan Tuhan dan adat kemelayuan? Kemudian dianjurkan pula oleh sebuah kolej yang selama ini gah namanya dengan program yang membentuk peribadi dan sahsiah feminin mahasiswinya. Nampak ironi disitu. 

Admin difahamkan program yang dijalankan pada malam tersebut adalah sejenis program aerobik. Admin tidak kata aerobik ini salah, tapi mengikut aduan yang admin terima, disebabkan ianya dibuat di khalayak dengan instructor yang berpakaian kurang sopan dan aksi dan tariannya yang boleh disifatkan agak MELAMPAU, ditambah pula dengan ‘sound system’ yang memecah sunyi malam keseluruhan bumi UiTM. Tidak keterlaluan kalau admin katakan sudah macam pakej untuk ke “night club” dah. Dari Kolej Melati, ke Fakulti Kejuruteraan semuanya terganggu dengan alunan bunyi irama aerodance ini. 

Admin lampirkan beberapa aduan dari pelajar.










Dari pihak admin sendiri, admin sangat sedih kerana budaya ini masih lagi wujud di bumi UiTM. Tidak cukup dengan isu zinanya, dadahnya ditambah pula dengan mahasiswa disogok dengan hiburan yang melampau, hiburan cara barat. Sedangkan jiwa dan pemikiran mahasiswa harus di asah ke minda kelas pertama kerana mereka pelapis generasi akan datang.

Justeru, admin ingin menyampaikan sedikit teguran kepada Kolej Mawar dari Pengurusan Kolej yang memberi kelulusan, Pegawai yang menasihatkan program hinggalah kepada Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) yang menggerakkan program untuk kalian lebih sensitif dalam memilih saluran mana untuk membangunkan jiwa mahasiswa. Buatlah program yang boleh membantu mahasiswa UiTM ini cemerlang, bukan hanya pada laungan semata-mata mahu mewujudkan mahasiswa cemerlang tapi akhirnya masih galak merangka program yang menghancurkan anak bangsa sendiri.

Janganlah perjalanan murni keseluruhan program yang dirancang, dicacatkan oleh satu program yang memberi kesan buruk kepada mahasiswa. FEMINA nyata tidak seanggun namanya jika terselit lagi program yang tidak membina sahsiah sebegini. 

Akhirulkalam, Admin menasihatkan supaya semua persatuan dalaman dan kolej yang ingin mengadakan program agar sebaiknya meletakkan sahsiah dan jati diri mahasiswa sebagai prioriti daripada kehendak kepada hiburan yang tidak bermanfaat. Mahasiswa dahagakan program yang membentuk dan bukannya meruntuhkan jati diri mereka. 

"Apabila menerima teguran, usah terus melenting, bersyukurlah, masih ada yang mahu menegur kesilapan kita"
-Ayahanda Dato' Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar-

GMM mahukan perubahan
Mengubah Kanvas Perjuangan Mahasiswa

2 comments:

  1. ish ish....harap2 prgram mcm ni dah tak de kt uitm...kamon la mawar...

    ReplyDelete