Pensyarah UiTM Arau berdepan siasatan kes cabul pelajar


Assalamua'laikum wbt, gempar institusi pendidikan tanah air sebaik sahaja mendapat laporan berkenaan kejadian ini. Admin turut terkejut dengan keadaan ini.


Kalau baca sekali lalu banyak yang mentafsir, “Eh, apahal lah yang professor tu miang sangat?” 


Kemudian tak kurang juga yang berfikiran negatif, “Ni lah UiTM merosakkan Melayu sahaja…” 



Rata-rata komen yang diberikan kepada permasalahan bukanlah bersifat ingin menyelesaikan sebaliknya mencetus lebih banyak rasa marah dan membangkitkan pelbagai isu sensitif yang kemudiannya menambah teruk keadaan. 


Beginilah keperluan kepada adab dan akhlak dalam menjalani kehidupan seharian. Tanpanya maka hilanglah norma kemanusiaan. Sebagai pendidik tunjukkanlah contoh yang baik dengan status kalian yang menggambarkan kemuliaan tugas yang dipikul. Sebagai pelajar pula, jangan lah hanya meletakkan markah dan gred sebagai satu-satunya fokus utama datang ke universiti. Banyak lagi ilmu kehidupan yang perlu dicari. Jagalah kehormatan diri dan sentiasa elakkan pertemuan seorang diri dengan pensyarah lelaki bagi pelajar siswi.  


 -Laporan polis yang dibuat pelajar tersebut-


Kepada yang memerhatikan dan memberi komen, cuba lah kita berfikiran rasional dan memberi nasihat yang baik. Jangan terlampau bernafsu dalam mengkritik hingga terlupa membela nasib insan yang terainaya. Sekali sekala, letakkan diri kalian ditempat mereka. Rasai sendiri kepedihannya sebelum melontarkan batuan kecaman dan kritikan. 


Menghadapi masalah ada caranya, tumpukan kepada penyelesaian bukannya masalah tersebut. Focus on the solution and not the problem.”


-Ayahanda Dato’ Prof Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar- 

Kami mengharapkan tiada lagi perkara sebegini terjadi dalam insitusi pendidikan yang memuliakan ilmu ini. Jika perkara ini disiasat benar, kami mengharapkan tindakan dapat diambil oleh Naib canselor UiTM. Namun sebaiknya kita menunggu siasatan polis dan keterangan pihak bertanggungjawab berkenaan isu ini. Moga-moga tiada yang terfitnah atau membuat fitnah.

Buat para mahasiswi, jika kalian dalam situasi sebegini, pilih agar menjaga maruah diri dan membuat laporan utk tindakan lanjut.

GMMprihatin
GMM; Cakna Dunia Sebenar
 

0 comments:

Post a Comment