Selamat Datang ke blog GMM

Siapa kami??Kamilah Gabungan Mahasiswa Merdeka!

UiTM Seluruh Malaysia

Bersatu demi MATLAMAT yang SAMA. BUKA MATA BUKA HATI.

Perjuangan tidak berhenti disini

Demi masa depan anak-anak kami kelak, kami akan BERSATU memperjuangkan HAK kami.

Siapa kami?

Kamilah Gabungan Mahasiswa Merdeka

FREEDOM!!

HAK kita semua

Corat-coret orang nombor 1 datang UiTM


Malam rabu 22 Mac 2012 mencatatkan sejarah untuk sekian kalinya buat UiTM, Perdana menteri kita rela turun ke bumi tempat ramai anak Melayu ini menuntut ilmu. Kedatangan YAB Dato’ Seri telah dirancang sambutannya dengan sebaik mungkin oleh seluruh warga UiTM dari kakitangan akdemik mahupun bukan akademik,pelajar-pelajar sehinggalah pekerja-pekerja kontraktor kebersihan yang bekerja lebih masa membersihkan kawasan DATC malam itu.


Kedatangan Bapa Transformasi, Dato’ Seri Najib Tun Razak sememangnya telah dinanti-nantikan oleh pelajar yang dapat dilihat dari kehadiran seramai lebih 10,000 pelajar dari lebih 40,00 pelajar UiTM yang mana jumlah itu  termasuk dari pelajar2 luar seperti UPSI,UPM dan lain-lain. Sepanduk-sepanduk,usher di tepi jalan, dan konvoi bermotosikal menunjukkan semangat pelajar UiTM untuk meraikan Perdana Menteri yang mana dari petang sabar menunggu sambil dibekalkan sebungkus makanan dan sehelai T-Shirt untuk dijadikan kenangan beserta RM5  untuk pusing satu UITM.

Saat paling ditunggu oleh Pelajar yang hadir adalah amanat seorang Bapa Transformasi kepada seluruh pelajar, ucapan Dato’ Seri awalnya diselitkan humor daripada beliau kepada seluruh audien dengan perkataan Terangsang yang diungkapkan, yang mungkin tidak disengajakan.Ucapan dalam sela masa sekitar 45 minit itu membuat pelajar kagum dan teruja atas segala kemajuan dan transformasi yang dilakukan oleh Dato’ Seri dan rakan-rakan di Kabinet,sambil mengungkapkan segala transformasi ini boleh terus dilakukan oleh beliau sekiranya beliau terus dipilih dalam pilihanraya  nanti berbanding pembangkang yang hanya tahu menabur janji.

Setelah selesai berkempen  mengenai dasar-dasar kerajaan terbaru, beliau ada juga menasihatkan kepada mahasiswa untuk terus belajar rajin-rajin ketika dalam kampus dan jangan terpengaruh dengan segala anasir-anasir luar yang ada. Kebebasan mahasiswa perlulah bertanggungjawab untuk terus memimpin negara ini dan berterima kasih kerana ramai lagi yang menyokong beliau walaupun ada seorang yang telah men’jatuh’kan benderanya baru-baru ini, mungkin Dato’ Seri rasa lebih selesa datang ke sini apabila ramai yang menepuk tangan di hadapannya berbanding ramainya lebih kepada respon tepuk dahi terhadap beliau di laman-laman facebook anak muda masa ini.
Acara kemuncaknya adalah pelancaran Yayasan Sukarelawan Siswa (YYS) yang disempurnakan sendiri oleh Dato’ Seri, Pengerusi pertamanya adalah Datuk Zuraidah Atan yang merupakan tokoh ekonomi dan korporat (link) yang juga merupakan aktivis sukarelawan yang aktif (link)
. Hasrat pengerusi yang mahukan UMNO lebih banyak program untuk menarik sukarelawan tercapai apabila beliau sendiri yang mempengerusikannya, jadi peluang terbuka luas pada beliau untuk menarik siswa untuk menjadi sukarelawan UMNO.
Akhirnya warga UiTM ini mengucapkan rasa penuh syukur dengan kehadiran YAB Dato’ Seri ke sini, walaupun kehadiran disebabkan ada yang keluar dari bilik kolej kediaman yang gelap (black out tiba2) bergasak di luar dewan, dan diberi pilihan ‘tawaran’ untuk menetap di kolej semester hadapan atau tidak, Itu semua tidak mematahkan semangat kami malah menaikkan semangat kami untuk berjumpa dengan YAB Dato’ Seri.  Jemput datang lagi ke bumi UiTM yang bertuah ini..


SELAMAT MENEMPUH SEMESTER BARU..

Tahniah kepada semua pelajar baru dan lama yang berjaya menempatkan diri anda ke semester baru ini, Sessi mac- sept 2012. Anda adalah orang yang terpilih dari yang dipilih, jadi gunakan lah ia sebaik mungkin dan jangan dipersiakan
.
Sessi ini dibuka dengan pelbagai pembaharuan atau isu yang timbul sepanjang cuti semester yang lepas.VC telah mengumumkan banyak perkara dalam untuk menambahbaik sistem dan perjalanan UiTM ini khususnya pada pelajar sendiri . bermula dengan pekeliling kebenaran membawa kereta pada pelajar tahun akhir sahaja. Isu ini menimbulkan pelbagai respon dari pelajar dan akhirnya mendapat satu tindakan bijak dari MPP yang berbincang dengan VC sendiri dan selesai dengan keputusan menangguhkan dahulu keputusan ini.

Pengumuman lain yang agak mengembirakan pelajar juga adalah pengurangan kompaun sehingga 80-90 % yang dibuka sehingga 15 Mac ini. Ia satu tindakan bijak dimana kesilapan atau kesalahan yang dikenakan kompaun kepada pelajar adalah bersifat tekanan situasi yang mendesak iaitu tiada tempat parking yang mencukupi menyebabkan pelajar parking ikut ‘dan’ dan akhirnya membawa kepada kompaun.

Sebelum timbul perkara ini kita dapat lihat pemberian BB1M (baucar buku 1 Malaysia) telah mencetuskan polemik di kalangan pelajar dan VC sendiri telah mengeluarkan kenyataan akan mengambil tindakan tegas pada sesiapa yang menyalah gunakan baucar tersebut. Bermula dengan membeli buku-buku yang tidak berfaedah sehinggalah menukar dengan tunai baucar tersebut.

Apa pun segala isu dan permasalahan yang timbul GMM dapat lihat dari datu sisi betapa pentingnya suara pelajar ataupun suara anak muda disini. Segala rencam dan tindakan yang menggangu gugat kehidupan kita waima perkara kecil sekalipun perlukan pembelaan. Isu parking dan segalanya dilhat memberi satu sisi baru bahawa ruang bersuara semakin dibuka oleh pihak pentadbiran, tapi apa yang diharapkan ia tidak terlalu memilih atas dasar kepentingan peribadi. Mahasiswa perlu cakna dan sedar akan kehidupan sekeliling.

Selamat menempuh semester baru dengan azam dan iltizam penuh tersemat di hati..kepada pelajar Diploma bersiap sedia untuk peperiksaan akhir..GOOD LUCK.UiTM dihatiku..Usaha Taqwa Mulia..

CAUTION: EXAM MODE


Selamat Maju Jaya dari Team GMM !

"Kemudian apabila engkau telah berazam maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mencintai orang yang bertawakal kepada-Nya" [Ali Imran:159]

Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS)


6 tuntutan BEBAS :-
1)      Mansuhkan AUKU, AKTA 174 dan AKTA 555 
2)      Bebaskan ilmuan berakademik 
3)      Bebaskan mahasiswa bersuara 
4)      Bebaskan mahasiswa mengurus pilihanraya kampus 
5)      Bebaskan mahasiswa mengurus tadbir persatuan dan aktiviti 
6)      Bebaskan mahasiswa berpartisipasi dalam politik



Jadi apa kaitan kita dengan BEBAS ini? Walaupun kita sebagai pelajar UiTM penuh dengan nilai budaya bumiputra yang tinggi namun penghadaman isu ini perlu dititikberatkan kepada semua mahasiswa supaya kita sedar apa kesan dan implikasinya kepada mahasiswa khususnya kita pelajar UiTM.

Ada apa dengan BEBAS?

1)  Majoriti mahasiswa dilihat masih takut-takut untuk bersuara waima dalam medan maya sekalipun, hanya boleh bersembang isu-isu berat di kedai kopi sahaja

2)  Ruang ilmiah mahasiswa masih tertutup dengan tidak mampu  diberi penerangan ilmiah berkenaan isu-isu semasa yang berlaku di dalam atau luar negara  disebabkan tapisan penceramah mahupun tajuk

3) Mahasiswa lebih disogokkan perkara-perkara picisan yang melalaikan seperti  karaoke, pertandingan siapa paling cantik dan sebagainya

....implikasinya dari perkara-perkara di atas:

1) Ramai mahasiswa kurang pendedahan bagaimana berhadapan dengan masyarakat luar yang berlainan pemikiran.

2) Kebanyakan mahasiswa tidak mempunyai pengetahuan yang luas mengenai isu-isu semasa yang berlaku berkaitan kampus

3) Rata-rata mahasiswa tidak cakna mengenai apa yang berlaku di luar mengenai hal-hal nasional mahupun antarabangsa



p/s-Sekalung tahniah GMM ucapkan buat Timbalan Menteri Pengajian Tinggi yang memahami keinginan mahasiswa yang mahu melihat ilmu ditempatkan di tempat yang tinggi dan dihargai tanpa tekanan mana-mana pihak. Beliau juga menyatakan kekecewaan terhadap sikap ketinggalan zaman universiti yang hanya pandai mengongkong mahasiswa dan bukannya membantu mereka ke arah keadaan yang lebih baik. Jelas, sikap pentadbir universiti  perlu diambil perhatian semua dan kuasa autonomi mahasiswa untuk bersuara bukan sesuatu yang tidak relevan.


p/s/s- GMM sempat menjenguk diskusi meja bulat peringkat UiTM baru-baru ini. Ternyata ia indah khabar dari rupa. Masih tiada lagi keBEBASan untuk pemimpin-pemimpin pelajar UiTM bertindak..

HIBURAN VS ILMIAH (3)- Satu diskriminasi atau kebetulan

Satu Diskriminasi atau Kebetulan


Salam hujung minggu buat warga UiTM..
Angin Kampus UiTM semalaysia dua tiga hari ini bergerak mendung terhadap pelajar-pelajar sekelam cuaca yg melanda UITM Shah Alam, bermula dengan kejutan satu gambar konsert kontroversi di DSB (Dewan Sri Budiman) di laman sosial facebook dan diikuti Speaker Corner oleh aktivis mahasiswa.

Gambar yang tersebar di laman sosial pelajar UiTM sehari dua ini berkaitan konsert anjuran satu kelab dalaman yang telah mendapat perhatian dari setiap pihak, ada yang tidak puas hati dan tidak kurang juga ada yang menyokong berkenaan konsert itu. Kerisauan pelajar-pelajar kebanyakannya adalah berasas jika dilihat penganjuran program hiburan idari setahun lepas. GMM cuba menyenaraikan program-program berbentuk hiburan yang sempat diambil di UITM Shah Alam pada tahun 2011. 

Apa yang pasti, ekoran pendedahan gambar ini, ramai pihak tampil mengatakan kekesalan atas penganjuran konsert sebegini yang ternyata melalaikan dan memberi gambaran negatif kepada pihak luar. GMM mendapat tahu bahawa hal ini bukanlah isu baru kerana sebelum ini, pelbagai konsert yang menghidangkan artis-artis pujaan tanah air sudahpun diadakan di segenap penjuru UiTM.

Timbul persoalan mengapa sekiranya ingin diadakan program-program ilmiah, kerenah birokrasi yang terpaksa dihadapi sangat menekan mahasiswa UiTM. Adakah pihak tertentu sengaja memudahkan kelulusan program-program hiburan sebegini supaya remaja UiTM terus leka dan lalai, selesa dalam zon masing-masing sehingga memandang enteng perkara-perkara yang berlaku di luar sana yang berkaitan dengan keadaan masa depan Malaysia?
Persoalannya lagi, adakah ini satu diskriminasi atau kebetulan?:-

1-PUBLISITI

Program-program hiburan mendapat PUBLISITI MELUAS dengan banner dan bunting sekeliling UiTM, program ilmiah hanya ditempat program sahaja. Sumber dipercayai GMM memberitahu, kelulusan program ilmiah yang sering lewat disebabkan birokrasi menjadi salah satu faktor hal ini sedangkan program hiburan baru-baru ini mendapat kelulusan kurang sebulan daripada perjumpaan pertama mereka dan siap ditaja untuk menjadi  ‘promoter’ hiburan oleh penaja berkenaan !

2-TEMPAT & FASILITI PROGRAM
Program berbentuk hiburan mendapat tempat & fasiliti yang sangat eksklusif dan mendapat tumpuan ramai seperti di Dataran Mawar,  Dataran Cendikia, DSB dan juga di DATC. Program ilmiah pula di dataran-dataran kolej, surau, dan Pusat Islam yang sememangnya terlalu sedikit pelajar tertarik ke sana, ditambah kesukaran mendapat kelulusan untuk mendapat tempat yang efektif yang telahpun di'booking' oleh konsert-konsert berkenaan.

3-TAPISAN
Jemputan program hiburan dilihat ditapis sebesar gawang bola sepak dengan undangan artis yang telah digam sendiri oleh RTM tapi penceramah atau panelis program ilmiah ditapis sebesar lubang jarum, menyesakkan dan menyusahkan pelajar sendiri yang terpaksa berulang kali naik pejabat HEP kerana terpaksa menukar penceramah.

4-SPONSOR & BAJET
Peruntukan untuk program hiburan MUDAH dan BESAR, tajaan dari stesen televisyen, syarikat komunikasi namun apabila dibandingkan dengan peruntukan untuk  program ilmiah hanya datang dari Hal Ehwal Pelajar dalam peruntukan yang terhad dan  kekangan komunikasi serta birokrasi apabila terpaksa mengadakan sehingga dua hingga tiga kali perjumpaan sebelum mendapat kelulusan.

5-KELULUSAN
Ini yang paling penting. Kelulusan program agak lambat diterima oleh program ilmiah menyebabkan pengurusan program agak kelam kabut berbanding program-program hiburan yang mendapat sokongan & pelinciran dari pihak atasan.  Di mana keadilan??

Bagaimana? adakah ia satu tuduhan melulu? maaf dipinta jika terkena tapi ia adalah REALITI hasil dari pengalaman sumber dipercayai GMM dan rakan-rakan UiTM sendiri yang sedang atau habis beraksi di dalam arena kampus UiTM ini...YAH nie lg satu konsert akan datang...KITA LIHAT BAGAIMANA??

Oh ya! GMM tidak lupa mengingatkan mahasiswa UiTM mengenai kejadian yang berlaku di Dataran Cendekia baru-baru ini apabila terdapat pidato pelajar yang dikatakan di’cemari’ dengan kehadiran beberapa aktivis mahasiswa luar. Apapun, kejadian sebegini tidak sepatutnya berlaku kerana mahasiswa yang hadir untuk memberikan hujah-hujah mereka dan mahasiswa lain boleh terus menanyakan soalan atau berdebat dengan ilmiah sekiranya tidak sependapat, konsepnya sama seperti pidato politik yang diadakan oleh Pemuda BN tak lama dulu. Untuk ulasan yang lengkap..tunggu...

Dan bagaimana pula program ilmiah yang berada di UiTM ini pula,adakah sudah menepati kehendak semasa mahasiswa atau berada di awangan semata-mata..? Sama-sama lawati GMM dalam siri seterusnya ….

p/s : Sebelum terlupa telah berlaku banjir di UITM  di Pusat Kesihatan dan beberapa tempat sekitar UIC  yang dinaiki air setinggi 0.5 meter, sudah lama tidak banjir..emm adakah petanda dari Allah dengan banyaknya program hiburan nie..Wallahua’alam..jumpa pada episod seterusnya…

AKAN DATANG..


HIBURAN VS ILMIAH (4)

-PIDATO POLITIK VS SPEAKER CORNER- .......nantikan..