Selamat Datang ke blog GMM

Siapa kami??Kamilah Gabungan Mahasiswa Merdeka!

UiTM Seluruh Malaysia

Bersatu demi MATLAMAT yang SAMA. BUKA MATA BUKA HATI.

Perjuangan tidak berhenti disini

Demi masa depan anak-anak kami kelak, kami akan BERSATU memperjuangkan HAK kami.

Siapa kami?

Kamilah Gabungan Mahasiswa Merdeka

FREEDOM!!

HAK kita semua

MAHASISWA,KAMPUS DAN POLITIK.

Politik sememangnya tidak boleh lari dari kehidupan seharian kita,ia mengenai bagaimana skil,metod,cara yg terbaik dalam kita mengurus,mentadbir dan memimpin sesuatu perkara bila mana mendapat satu kekuasaan. Sama ada sedar atau tidak kita telah terjerumus dalam mainan politik dalam kehidupan seharian,sama ada ia politik nilai atau politik ceghoii (kate org kedoh). Sebagai mahasiswa generasi baru ini,lagilah tidak terkecuali dalam gerakan seni pentadbiran...

KEBAKARAN DI JATI!!!!

Kolej jati UiTM dikejutkan dgn satu kebakaran malam tadi,kejadian berlaku pada pukul 2.30 pagi yg bermula dari bahagian sampah belakang blok C. Api merebak dengan cepat sehingga naik ke tingkat 6,kejadian berpunca dikatakan dari puntung rokok yg dibuang ke dalam tong sampah di bawah,hasil siasatan penuh masih ditunggu.  Kebakaran pada mulanya diselamatkan oleh hasil usaha pelajar sendiri sebelum pihak bomba datang. Alhamdulillah tiada kemalangan jiwa berlaku sekadar apa yg dilaporkan,hanya 5 org cedera,sorg patah kaki,2 org terseliuh...

PIDATO PERPADUAN MELAYU

TEAM CAKNA GMM telah mengikuti pidato perpaduan melayu yang berlangsung di Dataran Mawar ahad lepas 25/9.Alhamdulillah sambutan daripada pelajar amat menggalakkan dengan 6 khemah yg disediakan hampir penuh ditambah org yg duduk bersila dibelakang2,jarang pidato atau program ilmiah dapat sambutan melainkan ada perkara2 yg mendorong mahasiswa uitm keluar,satu kerana kupon,dua makan dan ketiga mungkin juga dipaksa atau diugut dalam kelayakan permohonan...

PARTI POLITIK DI KAMPUS??

Kesibukan menyusun jadual dan menguruskan perkara berkaitan akademik seminggu ni kami dikejutkan dengan beberapa bunting di sekitar DATC berkenaan program dalaman sebuah parti yg jelas2 terpampang logo parti tersebut. Kami tidaklah menghalang kemasukannya dan sememangnya layak untuk mereka berbuat di premis berkenaan sebab ia adalah parti pemerintah,tapi bagi kami ia agak bercanggah dengan prinsip tidak melibatkan mahasiswa dalam politik semasa...

Selamat datang dan kembali mahasiswa UiTM

Selamat datang kepada pelajar baru dan selamat kembali pada pelajar lama uitm dari kemasukan ijazah.tidak terlambat lagi mengucapkan  Tahniah kepada pelajar baru diatas kemasukan anda ke bumi bertuah UiTM ini,bukan mudah untuk menjejak kaki ke sini,dengan hasil titik peluh anda ketika SPM dan seterusnya ketentuan Allah S.W.T untuk anda ke sini. Program destini siswa yg diperkenalkan naib cancelor kita juga memberi peluang kepada anak-anak desa...