Politik sememangnya tidak boleh lari dari kehidupan seharian kita,ia mengenai bagaimana skil,metod,cara yg terbaik dalam kita mengurus,mentadbir dan memimpin sesuatu perkara bila mana mendapat satu kekuasaan. Sama ada sedar atau tidak kita telah terjerumus dalam mainan politik dalam kehidupan seharian,sama ada ia politik nilai atau politik ceghoii (kate org kedoh).
Sebagai mahasiswa generasi baru ini,lagilah tidak terkecuali dalam gerakan seni pentadbiran ini iaitu gerakan politik. Mahasiswa dalam lingkungan umur 18-26 adalah usia yg sentiasa dahagakan pembaharuan dalam kehidupan. Mereka akan bersama dengan pensyarah,staf pengurusan akademik di siang hari,berpersatuan di sebelah malam dan bersosial di lewat malam,ia memerlukan skil politik yg sungguh tinggi untuk mereka survive dalam kehidupan kampus ini.
Ruang untuk mahasiswa bergerak ini perlu dibuka luas oleh pihak yg berkaitan supaya kehendak mereka disalurkan pada tempat yang betul. Mereka tidak boleh dikongkong dgn hanya mengikut sahaja kehendak pihak atasan dalam menjalankan agenda mahasiswa mereka. Mungkin mereka boleh kata banyak sahaja program yg sudah dianjurkan peringkat universiti oleh pelajar,tapi kita lihat ,adakah mahasiswa sebagai perancang program itu atau hanya sbg pelaksanana peringkat atasan sahaja. Ini kerana program terdiri dari tiga jenis, iaitu “aktiviti”, “bakti” dan “advokasi”. “Advokasi” adalah ciri utama gerakan mahasiswa, dan yang membezakannya dengan pelajar sekolah, tetapi ia dihalang AUKU. Justeru, banyaknya program jenis “aktiviti” dan “bakti, tetapi tiada atau sedikitnya jenis “advokasi” tidak melambangkan gerakan mahasiswa yang sihat dan segar.(Saifudin Abdullah 2010)
Program dewasa ni khususnya di UiTM lebih kepada program aktiviti dan bakti, jarang kita dengar program yg berbentuk advokasi.Badan2 pelajar di UiTM spt MPP,JPK, dan Persatuan dalaman dapat melakukan sesuatu yg memberi impak kepada siapa yg mereka wakili,MPP kpd pelajar,JPK kepada pelajar kolej dan persatuan dalaman kepada ahlinya.
Kebanyakannya hanya menurut sahaja kata2 penasihat mengenai orientasi program, dan kadang2 hanya memenuhi agenda dr pengurusan sahaja . Perbincangan bersama mahasiswa hanyalah mengenai perkara2 teknikal sahaja. Adakah sekadar itu tugas kami sebagai mahasiswa,atau tidak lebih hanya sekadar pengawas sekolah.
Pihak2 yg berurusan dengan badan pelajar atau wakil pelajar spt HEP,PPP,Penasihat Kelab & persatuan Pengetua Kolej,Pengurus Kolej dsb haruslah bersifat terbuka dalam mengamalkan skil politik . Beri ruang politik mahasiswa di kampus,demokrasi yg harus diamalkan haruslah berada pada tahap yg tertinggi sesuai dengan kapasiti mahasiswa adalah pelajar institusi pengajian tinggi (IPT). Jika mereka mengamalkan sikap politik yg kotor jangan terkejut satu hari nanti mahasiswa akan bertindak dengan lebih kotor dan kita tidak mahu itu berlaku. Mahasiswa UiTM sedang memerhati.
masalahnye byk bdk2 zmn skrg nie x ambek kesah pon psl politik !
ReplyDelete