TEAM CAKNA GMM telah mengikuti pidato perpaduan melayu yang berlangsung di Dataran Mawar ahad lepas 25/9.Alhamdulillah sambutan daripada pelajar amat menggalakkan dengan 6 khemah yg disediakan hampir penuh ditambah org yg duduk bersila dibelakang2,jarang pidato atau program ilmiah dapat sambutan melainkan ada perkara2 yg mendorong mahasiswa uitm keluar,satu kerana kupon,dua makan dan ketiga mungkin juga dipaksa atau diugut dalam kelayakan permohonan kolej semester hadapan.
Speaker pidato pada malam itu terdiri dari 3 orang,speaker pertama Sdr.Lokman Adam (panel pemikir JASA) (klik),kedua Ir Razif(akademi nusantara) dan speaker terakhir Dato' Dr. Syed Ahmad bin Syed SamsuddinAl-Saggof (ketua akademi nusantara) (klik). Melihat speaker kedua dan ketiga adalah kelayakan mereka utk bercerita mengenai perpaduan melayu,tapi bila melihat speaker pertama,kami TEAM GMM berasa pelik.Peliknya berasas dalam pidatonya yg akan kami ulas di bawah.
Pemidato kedua banyak mengungkapkan mengenai sejarah melayu,sejarah yg ada perlu ditafsir sebetulnya oleh orang yang layak,bkan menafsir ikut kepentingan masing2,itu yg tersirat dalam ucapannya,beliau juga ada menekankan bahawa islamlah yg mengangkat bangsa melayu,sangat tepat apa yg diperkatakan dimana dahulu org melayu sangat berpegang teguh pada syariat dan secara sinis juga bila mana melayu automatic agamnya islam biarpon amalan nya tidak berlandaskan syariat. Akhir ucapannya diselangi jenaka tan sri dan dato’seri kahwin tiga (kami lupa jenakanya tu)
Pemidato ketiga menerima sambutan yg menggalakkan dr audiens dengan karekternya yg sesuai dengan gelaran yg dibawa iaitu ikon pidato Malaysia. Gaya bebas nya berpidato dengan kata2 yg memikat dan lantang diselangi jenaka2 yg santai mengundang sorakan dan tepukan mahasiswa. Antara isi penting yg diungkapkan dalam membentuk perpaduan melayu ada 2 aspek iaitu pertama SEMANGAT,semangat yg jitu dan kuat mampu menumbangkan segala perkara dan anasir2 yg mendatang . Semangat bukan shj dr kata2,tapi perlu dibuktikan dgn ‘action’. Aspek kedua ialah ILMU,semangat yg ada perlu diiringi dengan ilmu yg cukup,sebab tanpa ilmu kita akan terburu2 dgn semangat yg ada,malah semangat mungkin akan luntur tanpa adanya ilmu.Kite perlu FAHAM apa yg kite SEMANGAT kan supaya tidak menjadi seperti kerbau yg dicucuk hidung pergi kemana-mana tanpa tahu tujuannya.Akhir ucapannya disudahi dengan satu trademark,”u’re da bst,I’m da bst, we’re da bst” dan satu tepukan gemuruh dr mahasiswa sekalian.
Sebenarnya TEAM CAKNA GMM dan mahasiswa yg lain sudah berasa tidak selesa dgn speaker pertama yg dijemput oleh penganjur iaitu Sdr. Lokman Adam . Ucapan beliau yg tidak tersirat sedikit pon bagaimana cara2 untuk menyatu padukan melayu,yg banyak dihamburkan adalah hentam-menghentam parti pembangkang dan tokoh2 parti pembangkang,Itu bukan nya menyatu padukan tapi mahu memecah belahkan umat melayu di Malaysia ini. Kami berasa kecewa dgn kehadiran beliau dalam kampus kami yg mana ia mendidik mahsiswa kearah satu sifat yg negative dan melemahkan keintelektuan mahasiswa.
Akhirnya kami di pihak TEAM CAKNA GMM mengucapkan sekalung tahniah buat penganjur IMPAK( Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu) kerana menganjurkan pidato tersebut,disamping mendedahkan mahasiwa pada isu2 dalam memartabatkan bangsa melayu ia juga melatih mahasiswa utk berpidato,cume pandangan peringkat kami perlulah bersifat ‘selective’ dalam memilih speaker,bukankah ia sudah menjadi polisi dalam UiTM yg suka menapis penceramah2 yg ingin datg memberi pencerahan kepada mahasiswa di sini,jadi bagaimana ada juga yg terlepas. Kami mahasiswa sentiasa dahagakan ilmu yg bermanfaat..SYABAS..
-KESEDARAN DARI PEMBUDAYAAN ILMU-GMM 2011
apa yg sdr lokman telah perkatakan...jgn serkap jarang jer...kemukakan apa yg dia cakap
ReplyDelete