Kesibukan menyusun jadual dan menguruskan perkara berkaitan akademik seminggu ni kami dikejutkan dengan beberapa bunting di sekitar DATC berkenaan program dalaman sebuah parti yg jelas2 terpampang logo parti tersebut. Kami tidaklah menghalang kemasukannya dan sememangnya layak untuk mereka berbuat di premis berkenaan sebab ia adalah parti pemerintah,tapi bagi kami ia agak bercanggah dengan prinsip tidak melibatkan mahasiswa dalam politik semasa berada di alam kampus. Jika ia adalah agenda kerajaan kita sebagai mahasiswa perlu meraikannya tapi bila mana agenda parti sudah pasti ia menganggu pemikiran mahasiswa di sini yang mana selalunya menggunakan mahasiswa untuk membantu agenda mereka. Kami meraikan titah sultan Selangor yg katakan supaya dihentikan politik di kampus,lagi2 politik kepartian.( http://www.malaysiakini.com/news/172387)
Politik yg dibawa dalam kampus ad pro dan kontranya,pronya memberi pendedahan kepada mahasiswa akan dunia politik di luar sane yg memerlukan kehadiran mereka kelak, jadi mahasiswa perlu membiasakan diri dengan aktiviti2,program dan segala bentuk yg menjerumus mereka kearah itu,selain itu ia sebagai nilai tambah kepimpinan mahasiswa itu kelak berbanding mahsiswa yg hanya berada dalam ‘wayar’ internet sahaja.kontranya mungkin ia akan berdepan dengan kekangan akademik yg memerlukan komitmen yg agak tinggi,tapi bagi kami ia adalah latihan yg biase dalam kite mengkehendakkan sesuatu perkara yg baik.
Tetapi politik yg dibawa dalam kampus haruslah seimbang dan tidak melemahkan keintelektuan kami mahasiswa melayu UiTM. Aktiviti parti dalaman yg selalunya member kata2 berbaur ugutan,ancaman dan janji manis yg tidak berpijak haruslah dibuang,lakukan secara ilmiah dengan ada kan forum2,wacana ilmiah,pidato dgn syarat ia tidak boleh digelapkan isi dan ahli panelnya,berikan kami kebebasan utk berfikir dan jangan halang kami untuk terus mencari kebenaran.
Kepada pihak2 yang berkenaan,seperti HEP,MPP dan badan2 yg lain..kami mohon kerjasama anda dalam meraikan keintelektuan mahasiswa seperti kami.
-KESEDARAN DARI PEMBUDAYAAN ILMU-GMM 2011
sangat setuju..
ReplyDelete