Selamat Datang ke blog GMM

Siapa kami??Kamilah Gabungan Mahasiswa Merdeka!

UiTM Seluruh Malaysia

Bersatu demi MATLAMAT yang SAMA. BUKA MATA BUKA HATI.

Perjuangan tidak berhenti disini

Demi masa depan anak-anak kami kelak, kami akan BERSATU memperjuangkan HAK kami.

Siapa kami?

Kamilah Gabungan Mahasiswa Merdeka

FREEDOM!!

HAK kita semua

Bahang PRU Menusuk Ke UiTM


Malam kelmarin balik dari kelas tengok atas meja ada satu borang kaji selidik..tup tup tengok.. O.O wow..borang ape ni..tetiba je..untuk FYP ke??tengok-tengok...

Kajian Persepsi Pelajar UiTM Terhadap Kepimpinan Negara

Hahaha...nampak sangat le tu nak tahu pelajar UiTM di sebelah mana...tanya geng lain, korang dapat ke borang yang sama?diorg bagitau, “Kat fakulti tadi aku isi jugak..nyirap tol..” dan ada juga pihak yang dapat melalui sms dan panggilan telefon bertanya soalan yang sama.


Ni yang dari Fakulti FKM


Ni yang diedarkan kepada Kolej Kediaman di UiTM Shah Alam
  
Wow..kata kajian Akademik, 

Persoalannya:
Kalau betullah nak buat kajian kenapa borang berbeza?


Bukan tu je, pada Konvensyen Mahasiswa Kelantan 1 Malaysia 2012 tu ada gak benda alah ni..
  
Sedikit info utk konvensyen yang pengurusan  siap telefon dan keluar senarai anak negeri Kelantan ni suruh turun ke program ni.


Ulasan dari berita:

SHAH ALAM 8 Dis. - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed memberi jaminan akan melaksanakan perubahan yang lebih besar sekiranya rakyat memberikan sokongan dan kepercayaan kepada BN untuk menguruskan pentadbiran negeri itu.


''Saya berjanji akan membawa perubahan yang lebih besar kepada negeri Kelantan, begitu juga dengan negara ini secara keseluruhannya jika BN kembali menguasai Kelantan," katanya yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri ketika berucap pada majlis penutup Konvensyen Mahasiswa Kelantan 1Malaysia 2012 di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini hari ini.



Artikel Penuh: Utusan Malaysia
 

Ni soal selidik yg diperlu dijawab oleh yang hadir

Wow…terdesak ke??Sampai suruh semua anak Kelantan turun program yang kata ‘tiada terlibat dengan mana-mana parti politik? 

Bukan dari UiTM sahaja tapi dari Universiti Awam lain ada juga.

Eh eh..aritu kata “POLITIK TIDAK BOLEH MASUK KAMPUS”ni apsal ni... 

Buat program nama 

AKADEMIK

 tapi isinya

 ‘POLITIK KEPARTIAN

Mungkin diorg lupa..




“ Mereka boleh menyertai parti politik di luar kampus tetapi dilarang membawa fahaman politik kepartian ke dalam kampus kerana ia menjejaskan suasana neutral di kampus,” - DS Khaled Nordin.




 
Sumber:Utusan Malaysia

 Tapi hakikat yang terjadi?


26 Ogos 2012-Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, dalam satu kenyataan berkata, Pemuda Umno akan menubuhkan kelab penyokong di setiap kampus institut pengajian tinggi awam di negara ini bagi meraih sokongan golongan mahasiswa terhadap parti itu dan Barisan Nasional (BN).


  
 Sumber :
1.   Sinar Harian

Pada 19 April lalu, Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2012, yang membenarkan penuntut universiti terbabit dalam politik dan memegang jawatan dalam persatuan serta pertubuhan di luar kampus.

Pindaan itu menyediakan peruntukan bahawa seseorang pelajar boleh menjadi ahli mana-mana pertubuhan, termasuk parti politik, sama ada di dalam atau di luar Malaysia.

Bagaimanapun, ia mengenakan sekatan ke atas penglibatan pelajar dalam aktiviti politik di kampus.

Pagi tadi (27 Disember 2012) dapat maklumat ada satu notis/kertas ditampal di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media.
 
Tepuk dada tanya diri..adakah PRU dah dekat????Dapat 'tiket' FREE masuk semua Universiti Awam ye ^.^

Yang berapi,



Hari Keputeraan DYMM Sultan Selangor ke 65

Lynas:Impian atau Igauan Ngeri?




Kami bawakan faktanya untuk anda hasil hujung jari  seorang mahasiswa. 


Anda juga mahasiswa. 

Anda nilailah dengan pemikiran rasional, bukan dengan sentimen politik.




Sebelum saya mula untuk menerangkan anda adakah "Lynas:Impian atau Igauan Ngeri?"Sila tonton video ini



Untuk edisi Bahasa Malaysia :Lynas LojI Pembunuh (Edisi Bahasa Melayu)

Apa itu LYNAS?

Kilang memproses nadir bumi untuk menghasilkan barang-barang yang selalu kita guna dalam gadjet2 semasa.Contohnya alat elektronik dan komunikasi.

Apa itu thorium?



Thorium ni lah antara alternatif kepada uranium dalam penghasilan tenaga nuklear.  

Thorium apabila reput, akan menghasilkan gas radon radioaktif yang boleh dibawa dalam jarak yang jauh, meliputi udara yang disedut oleh rakyat Malaysia. 

Bahan radioaktif ini lah yang akan menyebabkan radiasi.









Sumber:

Berbahaya kah thorium?

- Thorium bukanlah terlalu berbahaya dalam jumlah tertentu. Namun ia masih boleh merisikokan keselamatan individu.

- Thorium menghasilkan radiasi yang sangat rendah.

- Namun jika thorium dikumpulkan = sisa pemprosesan nadir bumi bertambah dari semasa ke semasa ia boleh membawa padah jika dilepaskan.
  
Baru-baru ini keluar di dada akhbar di Malaysia...









Did u know??  Projek memproses nadir bumi di Gebeng oleh firma Australia,  

       - Lynas akan menghasilkan 20,000 tan sisa radioaktif setahun apabila beroperasi kelak. 

       -10 kali lebih kontroversi dari kilang nadir bumi Asia di Bukit Merah yang ditutup 20 tahun lalu
 
-      -Lynas argument : thorium mempunyai tahap radiasi yang rendah serta tidak mendatangkan bahaya kepada manusia dan persekitarannya

-      -BUT, ia bahaya apabila jumlah yang banyak mula terkumpul.

  SEBENARNYA, sebarang pendedahan berterusan tidak kira sekecil mana sekalipun adalah   bahaya kepada kesihatan dan merosakkan alam sekitar


 Banyak sangat kah sisa yang akan terhasil?
 20,000 tan setahun. Namun,  jika ada operasi tambahan? Bermaksud ada penambahan sisa    di situ.

 Ringkasnya, seperti tempat pembuangan sampah.Mula2 sikit, kita boleh kambus.Tapi bila  dah banyak, kita perlukan lebih ruang untuk kambus.

 Dan akan sampai ke satu tahap bila mana kambus pun takkan berguna lagi, jadi kita memerlukan ruang yang baru. Sama macam thorium neh. 

 Berapakah banyak tanah yang perlu kita korbankan untuk menampung sisa tersebut? 

 Adakah suatu hari nanti kita terpaksa berebut tanah dengan sisa radioaktif ini pula?

 LYNAS bercadang mahu beroperasi sekurang2nya untuk tempoh 12 tahun lamanya kerana terdapat perjanjian dengan kerajaan. 

 How much would the waste be by then??

Jika sisa dibuang melalui tanah dan dikambus, katakan lah jika dia bergabung dengan tanah, contohnya ketika hujan..air meresapi tanah.

 Adakah tidak ada kemungkinan bahawa ia akan mengalir bersama air di dalam tanah? 

 Tidak logik kah ia menganggu tumbuhan dan udara kita?

 Persoalan-persoalan ini GMM sampaikan kepada pembaca.

Tapi bukankah kerajaan ada jaminan wang RM50juta sebagai pra syarat utk merisikokan nyawa kuantan?

Keuntungan yang lynas raih =  rm8billion = SETAHUN.
Selama 5 tahun kerajaan akan dibayar rm10juta setahun sebagai bon jaminan.

Adakah nilai rm50juta boleh membeli tanah2 di malaysia? Alam sekitar kita?Udara dan air kita.

Adakah nyawa kita hanya bernilai rm50juta untuk 26juta nyawa rakyat malaysia?


Apakah cara terbaik untuk menguruskan thorium?
Pindahkan ia keluar dari negara kita!!! 

Tiada cara yang lebih baik dari cara ini.  Untuk rekod, jangka hayat thorium lebih tinggi berbanding uranium.

Ia perlukan masa yang lebih lama untuk terurai. 

Tidakkah anda memikirkannya?

Isunya di sini, rakyat Malaysia bukan hanya berfikir soal tinggi atau rendah kadar radiasi itu sahaja, tetapi kita sangat meniti beratkan soal keselamatan, kesihatan dan alam sekitar. 

Kalau tiada jaminan bahawa ia akan selamat, siapa yang mampu bersetuju dengan projek tersebut? 

Kesimpulannya, apakah dengan merisikokan nyawa rakyat dan alam sekitar ini akan berbaloi?

Adakah wang ringgit mampu mengembali kan senyum seorang kanak-kanak yang telah cacat seperti Lai Kwan? 


If Australians don’t want it(the thorium) then why should we MALAYSIA sacrifice our future generation?????


Konklusi adalah Lynas Malaysia satu Impian atau Igauan Ngeri????

What HOT Inside Campus!! Siri 2.0

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pabila kita katakan WHAT HOT INSIDE CAMPUS, maka disini GMM ingin katakan GMM telah ambil insiatif untuk kumpul

WHAT:Apa  HOT:Hangat INSIDE:Dalam  CAMPUS:Kampus Siri 2.0

Sepanjang minggu ini dan akan datang:

1. Konvokesyen Ke 77 UiTM

-Tak kan tak perasan kot??traffic jem memanjang ke awal-awal pagi dan tengah hari dalam dan luar uitm shah alam ni.. Apa-apa pun tahniah buat semua yang terlibat..U all the best..tak kira la dari yg tertinggi ke bawah sekali terutamanya mak cik2 dan abang2 cleaner yang bertungkus lumus memastikan kelangsungan majlis konvo ini berlangsung dengan jayanya.

- Sedikit post dari Orang BESAR UiTM kiteeewww :
-27ooo tuuu..banyak tu...tapi teringat balik kata-kata seorg pensyarah:

Beli bunga besar-besar pastu main limpas je bila tengok muka kami 

ko tak sedar ke pensyarah-pensyarah yang bertungkus lumus untuk korg??

kami tak minta apa-apa..gembira dapat tengok korang berjaya.Tapi ada yang sombong, tak sedar diri..kita orang tahu sapa yang 'push up=student sepatutnya gagal tapi dibantu utk lulus' so jangan la lupakan 'jasa' pensyarah2 ni..ingat tu!!wahai manusia sekalian...


 kadang2 memang la 'sengal' jugak kadang2 lecturer2 ni mengamok..tapi hakikatnya..deep in their heart, dia nak didik kita supaya kita 'survive' outside there..ni baru kena 'bom' sikit dh nak resign..

Tahniah U all!!


















-Walaupun UiTM sudah 76 kali melaksanakan konvokesyen tapi tetap juga ada aduan yang diterima.Tak kira kepada Jawatankuasa Konvo, ke Polis Bantuannyer..Apa-apa pun yang pihak GMM ingin utarakan disini, SILA AMBIL BERAT ADUAN-ADUAN ini. Sebab manusia ni, kalau belum kena batang hidung sendiri diorang akan kata tapi GMM ambil berat setiap apa yang berlaku demi kelangsungan program-program akan datang tak kita konvo ke benda-benda kecil sekali pun.

2. Durian Crepe FEVER
-Wow..seakan-akan satu fenomena di Malaysia.Kerana lambakan duriannya..terciptalah satu resipi baru iaitu DURIAN CREPE..

Durian Crepe
Korang nak order? call/sms sini 0194523342<Nua>  GMM tak try lagi tapi nampak sedap..


3. Run For Humanity Rakhrine & Rohingya 2012



Ada FLASHMOB lagi tu..
Rugi tak join!



































4.  Entrepreneurial University Of The Year 2012


UiTM - Entrepreneurial University Of The Year 2012
Tahniah UiTM kerana diumumkan sebagai Entrepreneurial University Of The Year 2012 oleh Kementerian Pengajian Tinggi








5. Kursus Pra Perkahwinan Siri 5/2012 


Pada 15 dan 16 Disember 2012 dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang di Masjid Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin, UiTM Shah Alam. 

Penyertaan terbuka kepada pelajar tahun akhir dan kakitangan UiTM sahaja dengan bayaran RM60. 

Terhad untuk 200 peserta, rujuk poster untuk maklumat lanjut.



6. Sukan Antara Fakulti (SAF) 2012

Bermula pada 2-16 Disember 2012. Sebanyak 53 sukan akan dipertandingan dalam SAF kali ini. Rujuk Pusat Sukan utk maklumat lanjut.


Malam tadi (6.12.12) berlangsungnya majlis raptai rasmi perasmian SAF 2012 di Stadium UiTM Shah Alam.

7. Rengit

Tak habis-habis lagi masalah dengan perkhidmatan bus Rengit. Terutamanya pabila pihak Rengit 'outsource' kan perkhidmatan mereka kepada pihak luar.

GMM bukan berkata kosong sahaja tapi PERNAH SENDIRI mengalami perkara yang sama. Ikut jadual 8.00am bertolak, 7.45am baru pihak Rengit telefon ketua lawatan untuk membuat pengesahan pukul berapa nak bertolak, pastu bus sampai jam 9am. Dah lewat 1 jam dari jadual asal. Bukan sahaja nama UiTM tercalit kotor sebab kes lambat ke kawasan lawatan tapi nama fakulti juga turut terlibat sama. Semoga satu tindakan tegas pihak UiTM dapat buat kepada pihak Rengit.

Nak tahu kisah Rengit dulu yang pihak GMM pernah ulas??Rujuk sini:
1. Kisah 1

8. Pengurusan Jenazah-Anjuran Kolej Perindu

KAU FIKIR KAU HEBAT KE????Nak urus jenazah pun tak tau ker??Kalau tak tau JOM LA!!

9. Walkathon 2012 

Konklusinya:
Ada banyak program baik yang dirancang untuk pelajar-pelajar UiTM tapi diharap tidak berlaku lagi KES MUNAFIK di dalam UiTM demi menjaga 'hati' anak-anak bangsa dan agamanya ISLAM dalam UiTM ini.

Tak sempat GMM nak ulas satu-satu program dan apa yang berlaku dalam UiTM Shah Alam ni apatah lagi di UiTM cawangan jadi JADILAH MAHASISWA YANG CAKNA DUNIA.

MUNAFIKUN KEMBALI MENGGANAS


Baru-baru ini UiTM boleh berbangga sekejap dengan program agama yang dianjurkan oleh pelbagai pihak seperti kelab dalaman, kolej, pusat islam dll selama 10 hari berturut-turut.

Namun segalanya terpalit dek kerana satu rentetan program yang sangat buruk dan mencemarkan imej UiTM iaitu program Festival Mawar Indah dan Anggun (FEMINA). 

Siap ada kupon lagi terrr..
Sebelum ini mungkin anda terbaca posting dari GMM berkaitan gangguan golongan munafik di UiTM. Belum baca?  < Baca di sini>

Apa yang mr.Freelance ingin sampaikan program ini membuktikan golongan ini bukan sahaja mengganggu, malah semakin menggila dan mengganas.

Ada empat fokus utama mr. freelance, pertama,

1. Mawar Got Talent on 20/11. 
Memang dasar munafikun dengan menganjurkan program jahiliyah yang membawa peserta dekat pada neraka dan kemurkaan Allah. Program ini memang tiada keberkatan bahkan ini satu bala kepada kolej mawar. Sepanjang program ini mengikut pemerhatian, Mr. Freelance terlalu banyak masalah teknikal. 

2. Konsert Akustik on 21/11.
Wau, sambutan boleh tahan dengan kehadiran penyanyi Adi Six Sense bersama sebuah band demi melaghakan warga mawar dengan hedonism melampau. Maka terlompat terkinjalah yang hadir pada malam itu. Tepik sorak sudah seperti manusia yang hilang akal. 


Mr. Freelance sejujurnya hairan dengan jumlah peruntukan yang dikeluarkan, dan selepas disiasat didapati program ini menerima penajaan dari luar. Tak sangka ada juga penaja (sebuah syarikat bumiputera) dari luar mahu merosakkan anak bangsanya sendiri.

Tidak habis di situ mereka menganjurkan pula,
3.  De Voice Night -23/11, kesinambungan dari Mawar Got Talent. 

Dengan kehadiran artis Shiha Mentor, buat kali ketiga warga Mawar dimabukkan dengan program berunsurkan maksiat. 
Program penutup pada 25/11 pula amat mengejutkan mr.freelance kerana ianya seakan-akan membuka satu rahsia bahawa golongan munafikun ini bukan sedikit tetapi mempunyai rangkaian yang besar dan stabil dalam UiTM.

Program ini dinamakan Hari Mawar Kasih yang juga merupakan majlis penutup bagi FEMINA.
Ia dihadiri oleh pegawai besar UiTM sendiri iaitu Dr. Bahrin, Pengarah Pembangunan Pelajar UiTM dan Tn. Hj. Aziz  yang merupakan pegawai di pejabat bendahari UiTM dan mereka dihiburkan dengan tarian dari penari-penari pusat kebudayaan UiTM.  

 Memang pergh! Sedih melihat program maksiat sebegini mendapat “restu” dan “redha” pihak pentadbiran UiTM(Kolej dan JPK yang melaksanakan benda ni).

Koreksi:
Sebagai akhirnya mr.freelance ingin membuat penegasan di sini: 
1.      Mr. Freelance tidak pernah menghalang dengan membabi buta sebarang program berbentuk hiburan, namun hiburan itu perlu dikawal dan berpandukan syariat 
2.     Mr. Freelance mengecam budaya hedonism melampau di dalam sebuah institusi yang sepatutnya menjunjung tinggi nilai ilmu dan ketamadun. 
3.     Mr. Freelance mengingatkan mereka yang terlibat agar segera menghentikan aktiviti-aktiviti sebegini sebelum serangan yang lebih besar dilancarkan kepada mereka.



Yang Benar,
Mr Freelance
Penaku Menari Tarian Pedang.

Penafian:Pemilik video tidak ada kena mengena dgn GMM