JOM BERPESTA!!!

Selamat berhujung minggu TEAM  CAKNA GMM ucapkan kepada warga kampus UiTM Shah Alam khususnya,apa perancangan rakan2 semua di hujng minggu ni,semoga ianya bermanfaat buat semua.
Minggu nie UiTM Shah Alam sebenarnya padat dgn karnival yg dianjurkan oleh pelbagai pihak,ia bermula dgn CAIREX pada 4-6 haribulan yg lepas iaitu karnival berbentuk kerjaya yg didalamnya ad pameran kerjaya,temuduga dsb nya,dlm pada waktu yang sama di dataran cendikia (DC) ada satu lagi karnival ekspo dianjurkan oleh YES dgn kerjasam Fakulti Pengurusan Perniagaan dalam mempromosikan produk terbarunya dalam kampus,

Pada hujung minggu ni,rakan2 kampus dihidang dengan pelbagai lagi carnival,iaitu bermula dengan INTERNATIONAL ISLAMIC FINANCE & BUSINESS SYMPOSIUM and HALAL CARNIVAL 2011 di DATC. Karnival ni sangat menarik kerana diselit dengan pembentangan kertas kerja oleh tokoh2 usahawan seperti  Sdr.Irfan Khairi (jutawan internet muda) dan lain2. Di dataran itu juga dipenuhi dengan booth2 produk halal dari produk tempatan hinggalah produk International,TEAM kami sempat merasa susu kambing segar di salah satu gerai. Karnival ni sebenarnya bersaing atau diserikan  dengan expo di DC dan program2 di kolej dan fakulti seperti di kolej Anggerik dan hari terbuka Fakulti Perladangan dan Agroteknologi (FPA) atas pelancaran fakultinya yg  terbaru di UITM.Tahniah kepada staf dan pelajar FPA dr GMM atas penubuhan Fakulti  ini.

‘Pesta’ diteruskan pd hari kuliah iaitu di DSB diadakan acara wajib setiap awal semester iaitu PC CARNIVAL,jd rakan2 yg masih loaded dengan pinjaman dan biasiswa masing bolehla shopping gadjet2 terbaru disini yang hanya dibuka pada 10-12 october. Di sebelah malamnya pula rakan2 GMM dapat terus berhibur dengan adanya FIESTA MUDA-MUDI anjuran MPP kerohanian daan Gabungan JPK kerohanian (GJPK Kerohanian) dengan kerjasama persatuan2 dalaman. Banyak program dan pengisian disusun oleh penganjur selama seminggu ni bermula  dari 10-15 oktober dan sememangnya bermanfaat utk kita sbg ‘muda-mudi’ yg terpelajar,nak tau apa programnya boleh lihat di banner dan poster sekeliling nada,jadilah mahasiswa yg cakna J ,GMM jamin program sangat menarik utk rakan2.

Akhirnya TEAM CAKNA GMM sendiri tidak larat untuk pusing satu kampus mengikuti karnival2 yang ada nanti. Banyak lagi yg akan dianjurkan termasuklah di kampus cawangan Puncak Perdana iaitu Karnival halal haram dan disini seperti CARSTECH anjuran FSG dan lain2. Cuma nasihat kami kepada mahasiswa UITM,manfaatkan segala carnival dan ekspo yang ada untuk kebaikan diri kita,.tapi seharusnya kita bijak memilih mana satu yg sebenarnya memberI manfaat pada kita,adakah karnival2 yg penuh dengan hiburan menjadi pilihan kita atau penuh dengan keilmuan menjadi pilihan kita, ‘tepuk dada tanya hati dan kaki nak pegi mana’..’SELAMAT BERPESTA!!!’
-KESEDARAN DARI PEMBUDAYAAN ILMU-GMM 2011

Reactions:

1 comment:

  1. diharap program ini akan memberi manfaat kepada Mahasiswa selaras dengan runku perjuanga yakni idealisme , intelektualisme dan aktivisme. Tanpa itu semua , Mahasiswa akan terus diulit Hedonisme seperti yang dilabel terhadap Mahasiswa UiTM. :)) Ayuh Mahasiswa , perkasakan dirimu .

    ReplyDelete