Selamat Datang ke blog GMM

Siapa kami??Kamilah Gabungan Mahasiswa Merdeka!

UiTM Seluruh Malaysia

Bersatu demi MATLAMAT yang SAMA. BUKA MATA BUKA HATI.

Perjuangan tidak berhenti disini

Demi masa depan anak-anak kami kelak, kami akan BERSATU memperjuangkan HAK kami.

Siapa kami?

Kamilah Gabungan Mahasiswa Merdeka

FREEDOM!!

HAK kita semua

STUDENT UITM EMPOWERMENT : TURNING POINT OR SMASH POINT

Shah Alam, 27 Okt : Dua demonstrasi yang diatur mahasiswa dalam isu pergantungan Prof. Dr. Aziz Bari Jumaat dan Selasa lalu nampaknya tidak akan berkesudahan. Prof. Dr. Aziz Bari sudah ‘bebas’ namun episod perjuangan gerakan mahasiswa nampaknya bakal diteruskan ke sebuah lagi kampus selepas ini. Terbaru, seorang mahasiswa daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam diberitakan telah diugut dan diberi amaran daripada pentadbiran universiti...

PESTA KONVOKESYEN : KEMERIAHAN VS KEINTELEKTUALAN

Konvokesyen… 23-25/10/2011  Pertandingan Muzik Kreatif (Padang Kawad)  Pertandingan Semarak Bangsawan (Padang Kawad) Istimewa - 23/10/2011 > Fira (finalis Mentor 3) - 24/10/2011 > Street Magic 28/10/2011 - Majlis Perasmian (Padang Kawad) - Nite Run : Tribute To Palestine (Padang Kawad) 29/10/2011 - Megarobik Perdana (Padang Kawad) - Karnival Sukan UiTM Dihatiku (Kompleks Sukan) - Wayang Pacak (Padang Kawad) Pesta konvokesyen...

FENOMENA AZIZ BARI..DI MANA SILAPNYA???

Tidak sukar untuk kita memahami amalan demokrasi di negara ini. Dosa besar dalam amalan demokrasi di Malaysia ialah berkata benar kepada pemimpin. Arak, judi, zina, bukan lagi ‘dosa’. Budaya ini mengimbau kembali kepercayaan melayu kuno terhadap sultan iaitu sebagai jelmaan tuhan di bumi. Ini jahil dan amalan jahiliyah ini perlu dihapuskan. Kenyataan Professor Dr Abdul Aziz Bari yang disiarkan di laman berita Malaysiakini telah mencetuskan...

HIMPUN : Pandang sisi Mahasiswa

Assalamualaikum wbth... Saya merupakan mahasiswa kelahiran Malaysia. Secara asasnya, jiwa Melayu bergelora di dalam diri saya. Terlalu lama menetap dalam rumah kayu beratap bata berdinding rotan, berkejaran dengan lembu dalam kebun getah, menjala ikan di sungai tepi sawah dan bermain gurah dan gasing di tepi rumah. Belajar quran dengan arwah datuk yang garang, menyalin buku-buku agama karya tangan warisan berzaman dan berjalan ke surau waktu...

Terengganu VS Negeri sembilan

Santai hujung minggu.. Apa aktiviti rakan2 hujung minggu ni..mesti penuh warna-warni. Sebagai pelajar dan anak remaja di UiTM ni, tidak kira apa aktiviti yang anda buat ,nikmatilah ruang mahasiswa yang ada dengan bijak dan riang. Minggu ni mesti rakan-rakan yang minat bola sepak dihidangkan dengan ‘matches’ yang amat menarik sama ada domestik dan luar Negara, Pada peringkat domestik seperti Piala Malaysia sudah sampai ke penghujungnya dengan pertembungan...

KONVENSYEN MAHASISWA UITM SEMALAYSIA..RESOLUSINYA?

MPP UiTM Semalaysia telah berkampung di UiTM Sarawak selama 5 hari bermula pada hari ahad yg lalu. Konvensyen UiTM Semalaysia ini adalah program wajib yg dijalankan setiap tahun oleh UiTM yg dihadiri beberapa wakil Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) setiap cawangan. Di dalam program ini akan dibentangkan kertas kerja usul yang dibawa oleh cawangan masing- masing untuk diluluskan dan diambiL tindakan oleh pihak-pihak yang berkaitan,isu yang dibawa...

Bekas Pelajar UiTM Lakar Sejarah Di Mekah

Menara Jam di Makkah Punyai Sentuhan Anak Malaysia MEKAH 16 Okt. – Seharusnya Malaysia boleh berbangga melihat struktur menara jam yang tersergam indah menghadap Masjidil Haram di sini, Menara Hotel Jam Diraja Mekah atau dikenali sebagai Abraj Al-Bait, kerana ia sebenarnya mempunyai ”sentuhan anak Malaysia”. Wan Nazri Wan Aria, 31, merupakan jurutera syarikat dari Jerman, SL Rasch, yang bertanggungjawab menampilkan reka bentuk dan pembinaan...

KEJAM DAN SEDIH...!!

BEIJING 17 Okt. - Rakaman video memaparkan seorang kanak-kanak perempuan berumur dua tahun di China yang dilanggar sebuah van dan kemudian tidak dihiraukan oleh pejalan kaki, menggemparkan negara ini dan menimbulkan kemarahan orang ramai kerana ia menggambarkan keadaan kurang bermoral dalam masyarakat moden di republik ini. Video dari kamera litar tertutup bertarikh 13 Oktober lalu itu dan disiarkan oleh sebuah stesen televisyen tempatan merakamkan...

TAKZIAH BUAT MANGSA KEBAKARAN..

BREAKING NEWS..      Salam...mungkin ada sebilangan yang pernah dengar kebakaran yang pernah berlaku di kolej kediaman aku, kolej jati Uitm Shah Alam pada 28 September lepas di laman gemilang blok C. Kini selepas beberapa minggu, pada 1 pagi tadi(15 Oktober), salah seorang daripada mangsa telah meninggal dunia iaitu Roger Lagis setelah bertarung nyawa akibat melecur badannya... Takziah buat mendiang serta Ahli keluarga mereka...  ...

BAJET 2012-PANDANGAN ILMUAN ISLAM-

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani, Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarganya, sahabat dan seluruh umat yang menurutinya dalam kebaikan dan keimanan.Bajet 2012 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam menyediakan peruntukan RM232.8 bilion dengan defisit 4.7 peratus. Secara umumnya kami mengakui bahawa bajet yang dibentangkan secara umumnya adalah...