TAKZIAH BUAT MANGSA KEBAKARAN..

BREAKING NEWS..

     Salam...mungkin ada sebilangan yang pernah dengar kebakaran yang pernah berlaku di kolej kediaman aku, kolej jati Uitm Shah Alam pada 28 September lepas di laman gemilang blok C. Kini selepas beberapa minggu, pada 1 pagi tadi(15 Oktober), salah seorang daripada mangsa telah meninggal dunia iaitu Roger Lagis setelah bertarung nyawa akibat melecur badannya... Takziah buat mendiang serta Ahli keluarga mereka...

     Sedih sebab punca utamanya ialah perokok yang membuang rokok merata2 sehingga berlaku kebakaran ini yang merebak sampai ke tingkat 6 di corong sampah di tepi tangga. Dahlah ada tayar 2-3 bijik, masakan kebakaran makin menggila-gila sehingga corong sampah tu hilang terus dimakan api. Buat masa ni suspek masih belum dikenalpasti... harap2 awak( si punca kebakaran berlaku):

1. Kalau ade >>>>>>>, mintak maaf kat ahli keluarga si mati dan mengaku kesalahan di depan kami (pelajar dan staf kolej jati). tapi sapa yang nak mengaku kann??


2. Berenti serta merta merokok.. kerana rokok bukan saja pembunuh senyap2 diri, malah akan membunuh orang lain tanpa kita sedar.


3. Sedar tindakan awak telah menyebabkan semua penghuni laman Gemilang terpaksa menghuni di blok B di tingkat 6 sehingga 9 orang serumah (kalau tak silap) sehingga sekarang.. Tak ke tindakan ko telah menyusahkan mereka??


4. Tindakan ko menyebabkan 3 orang mangsa lagi telah melecur sehingga nampak parut kekal.. kan sadis bila badan yang penat2 dijaga hampir 20 tahun last2 melecur dan berparut angkara awak?????

    Selain itu puncanya beberapa mangsa jadi melecur disebabkan tangga cuma ada satu, da la tangga tu terbakar n panas... Adehh... Dan aku dengar cerita selepas ni dalam 2013 kalau tak silap aku kolej jati akan dirobohkan.. Mungkin disebabkan banyak aduan diterima selain Kolej ni memang tak mendapat sijil kelayakan menduduki, CF sejak tahun 80-an lagi. Harap2 kenyataan ini menjadi kenyataan demi keselamatan ramai penghuni kolej jati nih...



dari:
http://nash121.blogspot.com/2011/10/takziah-buat-mangsa-tragedi-kebakaran.html


GMM : GMM mengucapkan takziah pada keluarga mangsa,semoga apa terjadi ini menjadi satu pengiktibaran bagi semua,tidak kira pelajar,staff mahupun pihak pentadbiran,semua harus menilai kembali apa yang berlaku...kita harapkan tiada kejadian yg serupa berlaku lagi...sedih dan tragis....

1 comment:

  1. salam bro.. thx sbb follow blog saya n share balik entri pasal kebakaran walaupun xberapa lengkap.. tp nak bagi sedikit pesanan as blogger, kalau nak copy tu xsalah cuma agak janggal guna ayat kat atas 'Salam semua.. amboi.. lama gila aku tak berblog dan berblogwalking.. Minta maaf banyak2 ea... ok,' tu macam pelik n better buang ayat tu.. sori la sbb entri aku pendek je

    ReplyDelete