Terengganu VS Negeri sembilan

Santai hujung minggu..
Apa aktiviti rakan2 hujung minggu ni..mesti penuh warna-warni. Sebagai pelajar dan anak remaja di UiTM ni, tidak kira apa aktiviti yang anda buat ,nikmatilah ruang mahasiswa yang ada dengan bijak dan riang. Minggu ni mesti rakan-rakan yang minat bola sepak dihidangkan dengan ‘matches’ yang amat menarik sama ada domestik dan luar Negara, Pada peringkat domestik seperti Piala Malaysia sudah sampai ke penghujungnya dengan pertembungan final antara Terengganu dan Negeri Sembilan .
Apa yang menariknya pertembungan ini kepada student UiTM Shah Alam  adalah pertembungan yang akan menemukan di tengah2 kota Shah Alam ni,yang sememangnya bukan tuan rumah kepada kedua-dua pasukan tetapi tuan rumah kepada ramainya student uitm Shah Alam yg berasal dari Terengganu dan Negeri Sembilan . PERANG SARAF mungkin sudah bermula di dalam kelas hari isnin ini antara pelajar Terengganu dan Negeri Sembilan. Dua negeri yg jauh jaraknya dan budayanya.
Jadi kepada penyokong kedua-kedua pasukan, mari tonjolkan semangat kesukanan yg tggi pada hari sabtu ni. Pakat sokong negeri masing2 dengan mengekalkan semangat perpaduan sebagai rakyat Malaysia..jangan bertegang tapi bertenang hadapi segala keputusan ;-) JANGAN LUPA KEPADA PENYOKONG MAN U JANGAN LAMA SANGAT BERDUKA CITA..:-) BERANILAH PERGI KE KELAS DENGAN HATI YANG TERBUKA…

0 comments:

Post a Comment