KONVENSYEN MAHASISWA UITM SEMALAYSIA..RESOLUSINYA?

MPP UiTM Semalaysia telah berkampung di UiTM Sarawak selama 5 hari bermula pada hari ahad yg lalu. Konvensyen UiTM Semalaysia ini adalah program wajib yg dijalankan setiap tahun oleh UiTM yg dihadiri beberapa wakil Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) setiap cawangan. Di dalam program ini akan dibentangkan kertas kerja usul yang dibawa oleh cawangan masing- masing untuk diluluskan dan diambiL tindakan oleh pihak-pihak yang berkaitan,isu yang dibawa akan mengikuti tema yang dipesetujui pada tahun tersebut. Tema pada tahun ini adalah ‘Kepimpinan dan Pembangunan Mahasiswa’
Isu Pembangunan mahasiswa sangat betepatan dipilih oleh MPP pada tahun ini. Hal ini demikian kerana, mahasiswa kini dilihat semakin kurang nilai-nilai yang sepatutnya ada sebagai mahasiswa. Budaya pelajar sekolah yang hanya menunggu,menurut dan memilih untuk berhibur sahaja sangat meruncing pada dewasa kini. Pembangunan mahasiswa bukanlah sekadar keintelektuan mereka di dalam kelas sahaja, malah perlu dibawa sehingga ke luar kelas bahkan kampus. Bagaimana ia perlu dibawa,? Mahasiswa seharusnya mendalami dan mencuba untuk sesuatu yang baru dan kehadapan dalam memenuhi aspirasi Diri, Agama, Bangsa dan Negara. Jangan hanya mengikut rutin yang biasa  di kolej,kelas dan kafe tetapi harus keluar  mengikuti segala aktiviti yang berfaedah yang telah dianjurkan pihak universiti sekaligus menterjemahkan segala perkara yang telah dipelajari dalam kelas dengan berhemah.
Tingkah laku dan hasil yang diperolehi mahasiswa sebenarnya adalah berasaskan sistem yang mereka lalui sekarang yakni produk dihasilkan dari pemprosesan yang sempurna dan baik. Jadi kami sebagai mahasiwa adalah produk yang ingin dikeluarkan universiti. Jadi seharusnya Universiti meneliti segala sistem yang ada dalam usaha untuk membantu mahasiwa membangun, bukan sahaja dari aspek lahiriah tetapi dari segenap aspek. UiTM harus memberi ruang kepada kami untuk menterjemahkan pemikiran kami dalam membawa pembangunan mahasiswa ini. Pembangunan  yang ingin dilakukan harus seimbang meliputi semua aspek  spiritual, mentaliti dan lainnya. Baharulah produk yang dikeluarkan oleh Mahasiswa UiTM memenuhi kehendak pasaran. Jangan hanya disogokkan pada pemikiran mahasiswa satu pemikiran yang lateral sahaja demi memenuhi kehendak atau kepentingan sesetengah pihak.
Akhirnya,kami di GMM mengharapkan persidangan pemimpin-pemimpin pelajar yang dipilih oleh kami dalam PRK yang lepas dapat membawa aspirasi kami di sana. Kami dengar banyak kertas kerja yang cukup bernas untuk dibawa dalam kelikatan isu pembangunan mahasiswa sekarang,isu Kemahiran Insaniah ,isu silibus CiTU dan dengarnya autonomi Mahasiswa pun ada dibawa. Bahaslah dengan baik demi memikirkan nasib generasi yang akan masuk dalam UITM kelak. Mungkin kami tidak merasai kesan dari konvensyen ini, tapi sekurang-kurangnya bagilah kami jelas dengan apa yang ingin dibawa kelak. Kami percaya MPP dibawah seliaaan Sdr. Farid Zuhri dapat memacu mahasiswa UiTM kearah yang lebih baik. Kami menunggu resolusi dari konvensyen ini dibentangkan kepada seluruh mahasiwa UiTM.
-KESEDARAN DARI PEMBUDAYAAN ILMU-GMM2011

0 comments:

Post a Comment