PESTA KONVOKESYEN : KEMERIAHAN VS KEINTELEKTUALAN

Konvokesyen…
23-25/10/2011
 Pertandingan Muzik Kreatif (Padang Kawad)
 Pertandingan Semarak Bangsawan (Padang Kawad)
Istimewa - 23/10/2011 > Fira (finalis Mentor 3)
- 24/10/2011 > Street Magic

28/10/2011
- Majlis Perasmian (Padang Kawad)
- Nite Run : Tribute To Palestine (Padang Kawad)
29/10/2011
- Megarobik Perdana (Padang Kawad)
- Karnival Sukan UiTM Dihatiku (Kompleks Sukan)
- Wayang Pacak (Padang Kawad)


Pesta konvokesyen adalah acara wajib diadakan setiap kali adanya konvokesyen di setiap Universiti,tidak terkecuali untuk UiTM,pelbagai program dan aktiviti dianjurkan untuk memenuhi minggu tersebut dalam masa yang sama memeriahkannya.Di atas ini ada disertakan tentatif aktiviti sempena pesta konvokesyen ke -75 UiTM.
 
Asas pesta konvokesyen diadakan adalah bertujuan untuk meraikan segala penat jerih graduan untuk memiliki sekeping kertas yang sungguh bermakna buat seluruh mahasiswa, yang mana ia diisi dengan program yang penuh kemeriahan. Kemeriahan yang dipingin bukanlah hanya berasaskan hibuan semata-mata. Ia perlu diselangi dengan nilai akademik setara dengan asas penganjuran pesta tersebut,ia bukanlah pesta muda-mudi,pesta fun-fair,tapi ia pesta untuk mahasiswa yang punyai daya intelektual yang sungguh tinggi berbanding insan lain di luar sana.

 Kita mengambil contoh pesta konvokesyen di Negara luar seperti Turki dan Indonesia,diadakan pesta buku untuk meraikan hari bersejarah tersebut . Seharusnya graduan meraikan kejayaan mereka untuk meluaskan dan menterjemahkan keintelektualan mereka di luar sana sesuai dengan status yang dibawa. Mungkin acara seperti pembentangan kertas kerja,bedah buku dan pemikiran tokoh boleh mengambil tempat selepas ini.

Apabila ibubapa dan keluarga datang ke pesta konvo ini kita harapkan mereka dapat merasakan suasana penuh keilmuan sesuai dengan status universiti sebagai pusat pencambahan ilmu. Mereka pulang dengan penuh rasa takjub dan bangga dengan keberadaan anak-anak mereka di tempat yang mulia ini.Bukan suasana yang sama seperti di luar sana yang sudah sarat dengan budaya-budaya songsang.

Tahniah diucapkan dari kami GMM atas graduasi mahasiswa UiTM untuk kali ke 75 ini,kalian adalah produk bumiputra yang seharusnya membanggakan Agama, Bangsa dan Negara kelak. TAHNIAH !

2 comments:

  1. isu ni sebenarnya dah lama..setiap kali konvo memang akan berlaku.apa2 program bukan konvo je mesti kena ada nyanyi2 or hiburan2 lain.dah macam satu kemestian. Mahasiswa yang mugkin pada mulanya tak suka suma ni, lama-lama pun boleh jadi suka kerana dah disuap dan dibiasakan dengan benda2 ni setiap kali ada event.tak tahulah bila uitm nak buat anjakan paradigma agar dapat merealisasikan impian world class university..

    ReplyDelete
  2. Tahap pemikiran mahasiswa dan seluruh masyarakat malaysia dah biasa kene suapan yang melalaikan seperti dadah diberikan kepada orang pada kali pertama ada rasa keenganan lagi tetapi setelah hanyut dengan dadah tersebut menjadikan ianya sebagai keseronokan...dan berulang kali ambil... mcm itu lah yang berlaku dengan dunia kita pada hari ini...kita jenis yang mengikut bukan peneraju kehadapan........kal mcm ini mcm mane nak realisasikan impian world...

    ReplyDelete