BEIJING 17 Okt. - Rakaman video memaparkan seorang kanak-kanak perempuan berumur dua tahun di China yang dilanggar sebuah van dan kemudian tidak dihiraukan oleh pejalan kaki, menggemparkan negara ini dan menimbulkan kemarahan orang ramai kerana ia menggambarkan keadaan kurang bermoral dalam masyarakat moden di republik ini.
Video dari kamera litar tertutup bertarikh 13 Oktober lalu itu dan disiarkan oleh sebuah stesen televisyen tempatan merakamkan seorang kanak-kanak perempuan dilanggar sebuah van dan kanak-kanak itu ditinggalkan dalam keadaan berdarah di sebuah jalan raya di bandar Foshan, wilayah Guandong.
Media rasmi hari ini melaporkan lebih 12 orang yang melalui jalan itu sama ada pejalan kaki atau menaiki basikal, tidak mempedulikan kanak-kanak itu sehinggalah dia dilanggar buat kali kedua oleh sebuah lori.
Seorang wanita kemudian menarik kanak-kanak berkenaan ke tepi jalan sebelum ibu kanak-kanak itu yang merupakan seorang pekerja asing di bandar itu tiba di tempat kejadian.
Akhbar China Daily melaporkan kanak-kanak itu yang kini dirawat di sebuah hospital, diisytihar 'mati otak'.
Agensi berita Xinhua melaporkan dua pemandu kenderaan yang melanggarnya telah ditahan polis. - Reuters
GMM: kenapa perkara ini berlaku di negara China yg berideologi komunis ini..sedih melihat tahap keperimanusiaan yang ada pada penduduk China tersebut..sifat kasih sayang dan kemanusiaan harus dipupuk sejak dari awal lagi,kita tidak mahu nanti negara kita pula sebegini, tetapi tidak mustahil jika Malaysia hilang sifat2 murni yang ada..ia bermula dari sistem yang ada seperti pendidikan,sosioekonomi dan lain-lain,jika lompang sistem nya musnahlah 'tamadun' manusia..mahasiswa sbg pemimpin masa hadapan nanti perlu lebih prihatin terhadap permasalahan tersebut.
videonya klik di sini :
http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=Ys9DPhAMJr0
14 December, 2018 17:33
6 years ago
Ini adalah bystander effect. Bystander effect menyatakan bahawa orang yang melihat sesuatu kejadian beranggapan orang lain akan membantu, jadi dia tidak membantu. Orang lain pun akan beranggapan begitu. I know it's weird, but its actually part of human psychological behaviour.
ReplyDelete