STUDENT UITM EMPOWERMENT : TURNING POINT OR SMASH POINT

Shah Alam, 27 Okt : Dua demonstrasi yang diatur mahasiswa dalam isu pergantungan Prof. Dr. Aziz Bari Jumaat dan Selasa lalu nampaknya tidak akan berkesudahan.
Prof. Dr. Aziz Bari sudah ‘bebas’ namun episod perjuangan gerakan mahasiswa nampaknya bakal diteruskan ke sebuah lagi kampus selepas ini.
Terbaru, seorang mahasiswa daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam diberitakan telah diugut dan diberi amaran daripada pentadbiran universiti tersebut.
Amaran itu dikeluarkan berikutan keaktifan pelajar tersebut ‘melawan kerajaan’ dalam beberapa isu utama.
HEP ‘warning’ akan gantung pengajian


Khalid Ismath
Menurut maklumat yang diperoleh, Khalid bin Muhammad Ismath, siswa Tahun Satu Fakulti Undang-undang UiTM Shah Alam bakal dipanggil untuk tindakan tatatertib di Mahkamah Universiti.
Sehingga kini, tarikh untuk dihadapkan masih belum diketahui.
Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar UiTM Shah Alam, Dr. Mohammad Rizal Abidin diberitakan telah mengeluarkan amaran kepada Khalid agar tidak terlibat dengan mana-mana gerakan ‘menentang kerajaan’.
“Jika kamu terus terlibat, kami tidak akan teragak-agak akan gantung pengajian kamu jika terus lawan kerajaan.”, demikian kata-kata amaran yang dikeluarkan terhadap siswa tersebut baru-baru ini.
Aktif di blog
Khalid Ismath yang juga antara individu lantang bersuara melalui blognya (Revolusi Habib dan Revolusi Habib II) diberitakan diberi amaran berikutan gambarnya tersiar di beberapa aksi mahasiswa menentang tindakan kerajaan sebelum ini, terbaru di UIAM baru-baru ini.
Khalid juga merupakan antara siswa yang aktif dalam Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang lantang menyuarakan pandangan dan lontaran berhubung isu-isu semasa yang berlaku. – GZDaily

GMM : Kami dari GMM mengharapkan segala tindakan yang dicetuskan, diprovokasi dan di siarkan biarlah semuanya bertindak adil kepada semua pihak,kepada individu tersebut yang telah mencetuskan salah satu lagi fenomena dari kalangan yang pernah ada sebelum ini.Tahniah kami ucapkan secara peribadi dari GMM,kami hormati pendirian dan prinsip anda. Sesungguhnya mahasiswa sekarang perlu bertindak dengan proaktif dalam masa yang sama penuh berhemah mengikut suasana yang ada. perlu bijak menyesuaikan diri. Pihak Universiti kami kira dapat melakukan tindakan yang bijak demi menjaga nama baik UiTM.

2 comments:

  1. Apakah Khalid dan SMM kini akan berani berdemo terhadap pentadbiran UiTM demi kebebasan akademiknya dan kebebasan akademik mahasiswa-siswi UiTM sebelum bertindak atas UIA???

    Seorang mahasiswa Universiti Teknologi Mara(UiTM) Shah Alam dipanggil pihak pentadbiran universiti itu semalam berkaitan tulisan dalam blognya yang "menghentam" Universiti Islam Antarabangsa (UIA) berhubung isu penggantungan tugas Prof Dr Abdul Aziz Bari.

    Menurut sumber lagi, Khalid dikatakan menggunakan perkataan yang "kurang enak" terhadap pentadbiran UIA.

    Susulan perjumpaan tersebut, sumber berkenaan berkata Khalid akur dengan arahan HEP yang meminta beliau membuang tulisan tersebut.

    ReplyDelete
  2. budak2 uitm dah terlalai dengan HIBURAN!1

    ReplyDelete